srsfeqah.fotopages.com

By: srs feqah

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  [2]  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Sunday, 5-Sep-2010 09:05 Email | Share | | Bookmark
SALAM AIDILFITRI 1431H

Assalamualaikum & selamat sejahtera

EARLY BIRD CATCHES THE WORMS
Lebih kurang SIAPA CEPAT DIA DAPAT. Sekarang musim SALES sempena sambutan Aidilfitri yang akan menjelma dalam masa beberapa hari sahaja lagi. Sana sini ada 'sales', diskaun hingga 70%, jualan hebat, jualan murah. jualan gudang, penghabisan stok, harga borong & segala macam promosi. Jadi siapa datang dulu dia dapat, siapa datang lambat tak dapek ese nak nolong eh doh

TENOM-JOHOL
Tahun pertama 'terbang' balik kampung untuk menyambut lebaran. Wah, rasa macam perantau pula (memang perantau la kan?); maklum la duduk oversea Beberapa bulan sebelum balik raya, saya & kawan2 dah tempah tiket. Kami balik sebaik tamat tugas. 12pm balik kerja, 120-440pm bergerak naik teksi; TENOM-KK. 445-520pm sempat ke Pasar Filipina beli souvenir 630-845pm terbang; KK-KL. 930-1130pm tiba di JOHOL N9. Alhamdulillah & terima kasih kepada Mak, Abah & Imah yang sudi jemput XOXO

SALAM AIDILFITRI 1431H
Sempena Aidilfitri saya ingin mengucapkan:

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1431H
Mohon Maaf Salah & Silap


Daun Teratai Gergasi di Taman Pertanian TENOM Sabah

E-Kad Raya





Wassalam


Wednesday, 25-Aug-2010 08:25 Email | Share | | Bookmark
RAMADHAN 1431H

Assalamualaikum & selamat sejahtera

BIRDS OF A FEATHER FLOCK TOGETHER
Proverbs ini membawa maksud yang lebih kurang sama dengan peribahasa "Enggang sama enggang, pipit sama pipit". Sudah menjadi lumrah alam, manusia lebih suka bergaul sesama kelompok mereka. Kadang-kadang bukan kerana tidak sebulu atau berlagak sombong, tapi apabila bersama 'geng' sendiri, manusia akan merasa lebih selesa.

Contoh: Sesetengah orang suka ber-sungkai (iftar@buka puasa) di luar sebab boleh berbuka puasa beramai-ramai dengan kawan-kawan serta tidak perlu memasak juadah untuk berbuka puasa. Tetapi bagi sesetengah orang pula, mereka lebih berminat untuk berbuka puasa di rumah bersama kawan-kawan serta memasak sendiri; lebih jimat & puas hati. Tambahan pula selepas makan boleh terus menunaikan solat Maghrib. Kalau berbuka puasa di luar, satu hal pula nak mencari surau/masjid. Lain-lah kalau tempat makan tersebut turut menyediakan tempat bersolat; baru-lah selesa nak ber-sungkai di luar. Faktor ini-lah yang menyebabkan saya kurang berminat untuk ber-sungkai di luar, kecuali dengan kawan-kawan yang faham situasi sebegini. Lagi parah kalau kawan tersebut puasa tetapi tidak solat. Nau'zubillah min zalik.

Nota:
1. Silibus minggu ini - Proverbs
2. Setakat 2 minggu menjalani ibadah puasa di TENOM Sabah, belum pernah ber-sungkai di luar.

NASI AYAM GORENG
Pertama kali nampak resipi ni di FP mamawandiha, saya sudah terpikat. Lalu apabila tiba giliran memasak (di rumah sewa kami ada giliran memasak), saya tidak melepaskan peluang untuk mencuba resipi ini. Terima kasih kepada empunya resipi. Tapi saya 'ceneke' (ngelat) sikit, sebab ubah suai resipi mengikut bahan-bahan yang ada XOXO

Nasi Ayam Goreng, Sambal Tempe & Jelatah


Quote:
NASI AYAM GORENG Sempoi

Bahan2
Bunga Cengkih
Bunga Lawang
Kulit Kayu Manis
Bwang Merah
Bawang Putih
Serbuk Kari
Beras
Ayam
Susu Cair
Serbuk Kunyit
Garam
Minyak
Daun Pandan
Air

Cara2
1. Gaul & perap sekejap ayam dengan garam, serbuk kunyit & kari. Goreng. Ketepikan.
2. Tumis bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis, bawang merah & bawang putih hingga naik bau. Alihkan dari dapur. Masukkan beras, susu cair, air & daun pandan. Kemudian susun ayam goreng di bahagian atas (dalam periuk/periuk nasi yang sama). Tanak nasi seperti biasa.


KUIH GELANG
Kuih Gelang atau juga dikenali sebagai Kuih Keria ini merupakan kuih yang paling digemari. Kalau hari-hari makan kuih ni pun saya rela

Kuih Gelang @ Keria (the most favourite kuih)


Nasi Lemak


Trifle


Seminggu sebelum balik kampung...Rindu sudah masakan Mak, Bazaar Ramadhan KL/N9 & shopping di Jln TAR KL. Bazaar Ramadhan di TENOM/KENINGAU sangat tidak sama dengan Bazaar Ramadhan di tempat sendiri baa

SELAMAT MENGIMARAHKAN RAMADHAN AL MUBARAK

Wassalam


Sunday, 15-Aug-2010 08:15 Email | Share | | Bookmark
ORKID di TAMAN PERTANIAN SABAH

Assalamualaikum & selamat sejahtera..

LAIN PADANG LAIN BELALANG
Perumpamaan "Lain Padang Lain Belalang" membawa maksud yang serupa dengan "Lain Lubuk Lain Ikan", serta pantun 2 kerat yang tidak kurang popular; "Banyak Udang Banyak Garam, Banyak Orang Banyak Ragam". Sudah lumrah setiap orang dilahirkan berbeza. Macam saya juga, orang lain sibuk dengan pelbagai resipi menarik versi Ramadhan di fp, fb & blog, saya pula sibuk dengan koleksi orkid. Maklum-lah tiada resipi yang BEST untuk dikongsi baa..XOXO

ORKID DI TAMAN PERTANIAN SABAH
Walaupun 10 Julai 2010 sudah ada enrty berkaitan Taman Pertanian Sabah, tapi yang ini lain sedikit. Kali ini saya cuma paparkan koleksi gambar bunga Orkid yang tedapat di Taman Pertanian Sabah; sempena Pesta Bunga Orkid yang berlangsung pada 30 Julai hingga 1 Ogos 2010. Buat pengetahuan, taman ini terletak di Lagud Sebrang, iaitu lebih kurang 15km dari pekan Tenom.

Saya ke taman tersebut ber-4; dengan 3 orang kawan. Pusingan pertama kami menaiki tren, manakala pusingan kedua mengayuh basikal. Bayaran masuk adalah RM10, manakala RM3 dikenakan untuk berbasikal selama 1 jam. Tren adalah percuma.

Laluan Masuk


Bangunan Pentadbiran, Ruang Santai, Tempat Meletak Kenderaan & Kiosk


Tren & Basikal


Pusat Anggerik Kacukan & Pusat Anggerik Tempatan


Koleksi Orkid di Taman Pertanian Sabah, TENOM






Last but not least, foto Konvokesyen 2010 iaitu sehari sebelum 1 Ramadhan (10/8/10)


RAMADHAN 1431H
Tahun ini merupakan tahun pertama merasai pengalaman berpuasa di TENOM, Sabah. Tidak kisah walau di mana kita berada, Selamat Mengimarahkan Ramadhan Al-Mubarak. Semoga Ramadhan kali ni lebih baik dari Ramadhan yang lepas

Wassalam


Friday, 6-Aug-2010 08:06 Email | Share | | Bookmark
HAPPY OGOS 2010

Assalamualaikum & selamat sejahtera..

SELAMAT BULAN OGOS 2010

Seperti biasa, kehadiran bulan OGOS memang ditunggu-tunggu setiap tahun. Bulan OGOS merupakan bulan yang paling BEST berbanding 11 bulan yang lain. Kenapa? Sebab Hari Lahir saya jatuh pada bulan OGOS yang BEST inilah. Selain Hari Lahir saya, OGOS tahun 2010 juga ada pelbagai perkara yang BEST, antaranya:

6 Ogos 2010: Hari Lahir saya & Hari Anugerah Pelajar Cemerlang
7 Ogos 2010: Terbang KK-KL
10 Ogos 2010: Konvokesyen saya di U*M
11 Ogos 2010: 1 Ramadhan 1431H & terbang semula KL-KK
18 Ogos 2010: Hari Lahir Pidah
27 Ogos 2010: Hari Lahir k-Dilla
28 Ogos 2010: Hari Lahir Abah
31 Ogos 2010: Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-53

Walaupun dah kurang pengguna fp, saya masih lagi 'mahu' update fp baa..Ini antara koleksi gambar di Gunung Kinabalu yang paling saya gemari



Akhir kata,
SELAMAT HARI LAHIR kepada saya, Pidah, k-Dilla, Abah serta semua OGOSians..
SELAMAT Mengimarahkan Ramadhan Al-Mubarak..
SELAMAT Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-53..

Wassalam


Tuesday, 20-Jul-2010 07:20 Email | Share | | Bookmark
XPDC GUNUNG KINABALU

Assalamualaikum & selamat sejahtera

XPDC GUNUNG KINABALU (17-18 JULAI 2010)

Alhamdulillah..Allahu Akbar!!

Tidak pernah terlintas di fikiran untuk mendaki Gunung Kinabalu; puncak tertinggi di Malaysia. Kalau tidak kerana kawanku Erliz, dan kalau tidak kerana bertugas di Sabah, ada kemungkinan saya tidak menjejakkan kaki ke Gunung Kinabalu

Ketika Erliz mengajak untuk mendaki Gunung Kinabalu, awal-awal lagi saya sudah mengingatkan; saya hanya akan turut serta sekiranya hari pendakian jatuh pada hujung minggu (Sabtu-Ahad). Alhamdulillah rezeki kami, melalui promosi di MATTA Fair, Erliz dapat ‘booking’ pada tarikh yang sesuai.

Sejak Khamis lagi, Erliz, Syida & Kam telah terbang KL-KK & kemudian ke TENOM. Jumaat petang kami bergerak TENOM-KK. Awal pagi Sabtu barulah kami bergerak ke Kundasang

Di Kinabalu Park HQ sblm pendakian; bersama guide Mr Lasius


Take Nothing But Photographs Leave Nothing But Footprints


Sebelum berangkat melepasi garisan permulaan


Pondok Timpohon; lapor diri+pendakian bermula


Trek laluan



Pondok rehat di sepanjang laluan


Pondok Layang-layang 'lokasi' lunch, air tidak dirawat bekalan yang disediakan & Sayat-sayat Check Point; pondok lapor diri sebelum menuju ke puncak..


Papan tanda jarak laluan & ketinggian di setiap 0.5km



Notis


Muka4 di sepanjang perjalanan


'Porters'; memang 'tough' diorang nih..boleh bawa 10-15kg rileks je..


Antara flora yang terdapat di Gunung Kinabalu


Alhamdulillah berjaya sampai di puncak


Puncak-puncak di puncak Gunung Kinabalu


Subhanallah..


Kali terakhir bersama Mr Lasius yg sporting; selepas pendakian


Bersama ejen; Mr Jack yg bw keta punya-lah laju..


Kami memulakan perjalanan dari Pondok Timpohon pada hari Sabtu 17 Julai 2010 pukul 10 pagi, tiba di Laban Rata 6km (tempat penginapan) 4.30 petang. Selepas membersihkan diri, tidur 7.30 petang-1.30 pagi dan mula mendaki pada pukul 2.15 pagi. Akibat tidak mengalas perut, kami tiba di Low's Peak 8.7km selepas matahari terbit; 6.45 pagi. Setelah bergambar kami bergerak turun ke Laban Rata; 7.30-10.30 pagi. Selepas makan & berehat sekejap, kami mula bergerak pulang; 12 tengahari dan selamat tiba di Pondok Timpohon pada pukul 5.30 petang (kelajuan masing-masing tidak sama), 18 Julai 2010 Ahad.

Sepanjang perjalanan kami setia 'ditemani' sebatang kayu, bekalan makanan seperti energy bar, coklat & kismis, semangat waja & fikiran yg positif (?) serta guide yang sentiasa sabar. Buat makluman, 1 orang guide terhad/maksimum untuk 5 orang pendaki sahaja.

TERIMA KASIH kepada Erliz (chief d mission yang sungguh bersemangat waja), Syida & Kam (rakan sependakian yang banyak membantu), Mr Lasius (guide+porter yg sporting), Mr Jack (ejen yg bawak kereta punye-lah laju), k.G, T & Haini (housemates), guru2 SMKE, Abah, Mak, Anum & family serta semua pihak yang telah terlibat secara langsung & tidak langsung dalam menjayakan XPDC Gunung Kinabalu ini. Terima kasih juga kepada 3 sahabat; Erliz, Syida & Kam yang sanggup turun berkunjung ke TENOM & ajak makan makanan laut di KK baa XOXO

Alhamdulillah..

Wassalam


[<<  <  1  [2]  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net