srsfeqah.fotopages.com

By: srs feqah

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  5  6  7  8  9  10  11  [12]  13  14  15  16  17  18  19  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 1-Apr-2009 04:01 Email | Share | | Bookmark
EXAM

Assalamualaikum & selamat sejahtera..

GOOD LUCK & ALL THE BEST kepada semua yang menghadapi peperiksaan..
Semoga mendapat keputusan yang cemerlang..



p/s:
1-Doakan saya berjaya dengan cemerlang..
2-HAPPY BIRTHDAY buat kawanku Erliz (3 April)


Liz wif Jamie

STUDY!!

Wassalam


Friday, 20-Mar-2009 02:20 Email | Share | | Bookmark
BOLA TAMPAR

Assalamualaikum & selamat sejahtera..

BADAN CERGAS OTAK CERDAS
Apabila badan aktif otak juga bergerak aktif. Seronok bersukan/bersenam/riadah ni. Selain mengisi masa terluang, sukan juga mengeratkan silaturrahim. Di samping itu, sukan juga sangat baik untuk kesihatan. Badan sihat otak pun sihat. Majulah sukan untuk negara.

BOLA TAMPAR
Secara jujur, saya tidak terror sukan, tapi saya 'sibuk' nak main bola tampar..

Sejarah
Pada 9 Februari 1895, William G Morgan, Pengarah Pendidikan Fizikal di YMCA (Young Men's Christian Association) di Holyoke, Massachusetts Amerika Syarikat, telah mencipta 1 permainan baru yang dipanggil Mintonette, yang dimainkan secara indoor oleh beberapa orang pemain. Ciri permainan tersebut mirip kombinasi tenis & bola baling. Pada 1896, ketika pertunjukan pertama permainan tersebut di International Training YMCA School, Alfred Halstead, seorang pemerhati, melihat permainan tersebut mempunyai teknik pukulan balas (volley), maka muncul nama VOLLEYBALL ie Bola Tampar.

Permainan
Bola Tampar ialah sukan berpasukan Olimpik, iaitu melibatkan 2 pasukan dengan 6 orang pemain yang dipisahkan olah jaring. Setiap pasukan cuba mendapatkan mata melalui jatuhan bola di gelanggang lawan. Kebiasaannya permainan bola tampar menggunakan tangan, namun pemain juga boleh menggunakan anggota-anggota badan yang lain, selagi tidak melanggar peraturan permainan. Terdapat beberapa teknik tertentu yang digunakan dalam permainan Bola Tampar, termasuk spiking, blocking, passing, setting dan beberapa strukur posisi pemain.







PERNYATAAN
Seperti yang telah dimaklumkan sebelum ini, atas kesibukan yang melampau, saya hanya akan update FP 3 kali sebulan iaitu pada 10, 20 & 30hb. YM pun akan slow sikit. Namun begitu blog akan 'aktif' di-update memandangkan blog merupakan salah satu tugasan untuk subjek study saya (10%). Mohon maaf atas segala 'ke-tidak-aktif-an'. Harap maklum.

blog AKU BUKAN KAMU

STUDY

Wassalam


Tuesday, 10-Mar-2009 03:10 Email | Share | | Bookmark
MELAKA TRIP

Assalamualaikum & selamat sejahtera..

Kalau roboh Kota Melaka
Papan di Jawa hamba dirikan
Kalau sungguh bagai dikata
Badan dan nyawa hamba serahkan


Pantun bersifat kepahlawanan ini terhasil sewaktu zaman Kesultanan Melayu Melaka. Pada waktu tersebut pahlawan Melayu Melaka sedang berusaha mempertahankan Kota Melaka dari serangan Portugis. Taktik mereka, sekiranya Kota Melaka tertawan, pahlawan Melayu Melaka akan mendapatkan bantuan dari Palembang & Jawa seterusnya mencari tapak & perlindungan di bahagian selatan, iaitu Johor.



MELAKA TRIP

Melaka merupakan negeri ke-3 terkecil di Malaysia, merangkumi 1 650km persegi dengan populasi 759 000 orang penduduk pada tahun 2007. Melaka terletak di pantai barat selatan Semenanjung Malaysia, berhadapan Sumatera, Negeri Sembilan di bahagian selatan dan Johor di bahagian utara. Pada 7 Julai 2008, Melaka telah tersenarai sebagai World Heritage Site oleh UNESCO.

Saya ikut kawanku Erliz ke Melaka

7/3/9 (Sabtu) 9.30 malam-2 pagi
Naik River Cruise menyusuri Sungai Melaka
Berjalan-jalan di sekitar Dataran Sungai Melaka tengok Pameran Tanglung
Bersiar-siar di tapak Menara Taming Sari & di sekitar Jalan Dataran Pahlawan

8/3/9 (Ahad) 11.45 pagi-7.30 petang
Naik Menara Taming Sari
Window shopping di sekitar Jalan Dataran Pahlawan
Solat jama' di Masjid Selat Melaka
Trekking di Kota A Famosa

Dataran Sungai Melaka


Pameran Tanglung @ Dataran Sungai Melaka


Menara Taming Sari



Masjid Selat Melaka


Kota A Famosa


TERIMA KASIH Erliz

Jom klik AKU BUKAN KAMU (srsfeqah.blogspot.com)

Terima kasih kepada kawan-kawan yang setia berkunjung

STUDY vs study!!

Wassalam


Saturday, 28-Feb-2009 02:28 Email | Share | | Bookmark
ADAM DANIAL & PETROSAINS KLCC

Assalamualaikum & selamat sejahtera

ANAK-ANAK IBARAT KAIN PUTIH, IBU BAPA MENENTUKAN CORAK
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah (suci bersih), maka ibu bapa bertanggungjawab sama ada menjadikannya Yahudi, Majusi atau Nasrani,” (Riwayat Muslim).
Pendidikan (informal) anak-anak bermula di rumah. Ibu bapa berperanan untuk mencorakkan kehidupan anak-anak. Guru-guru pula akan membantu pendidikan formal anak-anak di sekolah. Sehubungan itu ibu bapa memegang tanggung jawab yang besar untuk mendidik anak-anak, lebih-lebih lagi dalam zaman teknologi & IT + penghujung zaman.

ADAM DANIAL BIN MOHD RADZIF
Alhamdulillah. Tahniah kepada abangku Abang Ajib serta isteri beliau, kak Dilla atas kelahiran putera sulung pada 21 Februari 2009, 1.23pm di Hospital Dungun, Terengganu. Semoga Adam Danial menjadi anak yang soleh serta cemerlang dunia & akhirat. Adam Danial merupakan cucu sulung Mak & Abah-ku serta cicit sulung kepada Uwan (Johol). Bagi mengikuti perkembangan Adam Danial, sila klik PRIA GANTENG







PETROSAINS KLCC 2008
Koleksi JALAN-JALAN 2008 (Ahad-Isnin); adikku Imah & Dik Wan. Aktiviti yang telah dirancang sejak 2005. Sponsored by Kak Lang Anum. Saya cuma ditugaskan membawa adik2 (naik bas) dari Johol-KL + meneroka Petrosains KLCC. Seterusnya bersama Anum, diorang ke Aquaria KLCC. Hari seterusnya, aktiviti diteruskan ke Menara KL, Jalan Petaling (Petaling Street) serta Mid Valley Megamall. Malam tu diorang ber-3 balik naik keretapi; KL-N9.

Quote:
Petrosains terletak di tingkat 4 Suria KLCC, Menara Berkembar Petronas. Petrosains merupakan tempat yang paling sesuai untuk melihat serta meneroka dunia sains & teknologi, terutama dalam bidang industri petroleum.

Bayaran
Dewasa RM12
Remaja (13-17 tahun) RM7
Kanak2 (5-12 tahun) RM4
Kanak2 (bawah 5 tahun) FREE
Warga Emas (55 tahun ke atas) RM6


So gambar2 di Petrosains sahaja..











PENGUMUMAN
Dengan segala hormatnya, saya dengan ini mengumumkan serta menjemput lagi mengalu-alukan kawan-kawan semua untuk menjenguk blog saya; AKU BUKAN KAMU

STUDY-lah..

Wassalam


Friday, 20-Feb-2009 02:20 Email | Share | | Bookmark
BUKIT GASING PJ

Assalamualaikum & selamat sejahtera..

BELUM CUBA BELUM TAHU
Sebelum mencuba sesuatu kita tidak boleh terburu-buru cakap tidak tahu. Jangan cepat melatah, jangan cepat mengalah. Fikir positif. Jadikan segala cabaran dan rintangan sebagai dugaan dalam kehidupan. Kalau sentiasa bahagia dan aman, itu bukan kehidupan, silap-silap hanya lakonan. Anggap segala pancaroba adalah pengalaman yang mendewasakan. Jangan takut mencuba, jangan takut terluka. Tidak rugi mencuba sesuatu yang baru, kalau tak cuba tak tahu!!

20 HARI DALAM FEBRUARI 2009
Februari 2009, bulan yang sangat mencabar.
Penuh suka duka, tawa ria, duka lara..
bahagia? derita? sengasara? kecewa?
Ya Allah, semoga hamba-MU terus tabah..

BUKIT GASING PETALING JAYA SELANGOR
Aktiviti hiking+trekking diteruskan. Erliz ajak ke Bukit Gasing PJ. Atas sebab gangguan teknikal yang tidak mampu dielakkan, misi ke Bukit Gasing terbahagi kepada 2 siri..





Siri 1: 010209
Saya & Erliz. Mula dah lambat, 11.45am baru nak naik. Orang lain jangankan dah turun, dah ramai pun yang balik..Kitorang sempat cover bahagian Menara Pandangan & Anak Sungai je..Disebabkan kali pertama pergi, kitorang ter-mendaki ikut laluan alternatif





Siri 2: 150209
Saya, Erliz, McYu & Fairuz. Kali ni 8.30am dah mula mendaki. Orang punya la ramai, especially Chinese. Hutan Pendidikan Bukit Gasing ni sungguh crowded & happening. Kali ni kitorang mendaki ikut main entrance. Misi kali ni sempat ke Menara Pandangan (sekali lagi) & Jambatan Gantung. Laluan kali ni agak mencabar berbanding misi pertama





JUMPA k-ZAI
6 hari sebelum POT LUCK TKB @ Puchong, saya & k-fazarina sempat bertemu k-zai kulim di Senawang buat kali pertama. Terima kasih k-zai atas cenderahati..Terima kasih juga kepada kakak-kakak yang sudi menunggu..



UCAPAN DARIPADA k-ILA
Terima kasih k-ila..


STUDY vs stress??

Wassalam..


[<<  <  5  6  7  8  9  10  11  [12]  13  14  15  16  17  18  19  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net