srsfeqah.fotopages.com

By: srs feqah

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  6  7  8  9  10  11  12  [13]  14  15  16  17  18  19  20  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 10-Feb-2009 02:10 Email | Share | | Bookmark
KEKABU & GATHERING TKB

Assalamualaikum & selamat sejahtera..

KALAU TIADA ANGIN MASAKAN POKOK BERGOYANG
Peribahasa ini selalu dikaitkan dengan khabar angin atau desas desus. Sesuatu yang berlaku pasti ada puncanya. Orang tidak cakap kalau tiada sebab. Tapi kadang-kadang khabar angin boleh juga jadi fitnah, lagi parah..

Kecoh betul isu politik di Perak..

HAPPY BIRTHDAY MAK!!
5th of February..
Happy Birthday Mak..
May ALlah bless u..
Thank you for being the best Mak in the world..
I love u Mak!!


Ketika gambar diambil usia Mak adalah 2x ganda dari usia si anak..
Cuba teka berapakah usia mereka?? hehe..tq tq


KEKABU
Ramai yg kenal kekabu..Tahniah, terima kasih kepada yang sudi meneka (previous entry)
Mak sy rajin buat bantal kekabu. Kat rumah kitorang tak main la bantal beli, kitorang layan bantal kekabu je..hehe.. Terima kasih Mak sebab buat bantal kekabu yang best, selesa lagi sodap

rupa kekabu dari luar


kupas kulit


isi kekabu


kekabu; dalam proses


GATHERING TKB
Sy & adikku Pidah memenuhi jemputan k-Azue ke majlis gathering TKB di kediaman k-Azue di Puchong..Meriah meriah..Tiada perkataan yang dapat mengungkapkan kemeriahan majlis tersebut. Ramai juga yang hadir. Dari mula sampai, hinggalah balik, aktiviti utama kitorang ialah bergambar, bergambar & bergambar..Kemudian borak2, gurau senda..Makan2 bukan priority dah..hehe.. 1stime jumpa k-watie, k-yatt, k-sal, k-ila, k-azlieda, faridah & salleharon. k-zai dah jumpa beberapa hari sebelum tu, tp gambar nextime k..









Terima kasih k-Azue, k-Zai serta kakak2 lain yang telah mengundang, menghadiahkan cenderamata, bergambar serta sudi beramah mesra..TKB best!!

SPEED RECOVERY
Kepada kawanku Akmal Adila, semoga cepat sembuh..Syafakallahu khairan kathira..

STUDY!!

Wassalam


Friday, 30-Jan-2009 01:30 Email | Share | | Bookmark
KAK LANG ITA TUNANG, ERLIZ TUNANG & Laksa Sarawak k-MaDiHa

Assalamualaikum & selamat sejahtera

BAGAIMANA ACUAN BEGITULAH KUIHNYA
BAPA BOREK ANAK RINTIK

Sifat seseorang anak yang diwarisi daripada ibubapa. Peribahasa BAGAIMANA ACUAN BEGITULAH KUIHNYA selalu dikaitkan apabila perangai atau tingkah laku anak-anak yang menyerupai ibubapanya. Memang tidak boleh untuk menafikan pewarisan genetik; turun menurun. Sama juga macam BAPA BOREK ANAK RINTIK.

BOYCOTT ISRAEL=QUIT FP
Beberapa orang kawan FP telah pun mengambil keputusan mengundurkan diri dari dunia FP &/+ ada yang beralih ke dunia blog, sebagai salah satu usaha untuk memboikot ISRAEL LAKNATULLAH..Kita bila lagi??

UPDATE FP; 10hb, 20hb & 30hb
Lantaran kekangan masa & kesibukan yang melanda, saya dengan ini mengumumkan bahawa, hari meng-update FP saya jatuh pada 10hb, 20hb & 30hb pada setiap bulan
Sekian, terima kasih..

KAK LANG ITA TUNANG
Pada 17 Januari 2009 di Petaling Jaya Selangor, sepupuku Kak Ita telah selamat bertunang..

Kak Ita & hantaran


ERLIZ TUNANG
Kawanku Erliz juga telah selamat bertunang pada 26 Januari 2009 di Batu Kikir N9.. Bangga dengan Erliz; buat sendiri segala hantaran..Hebat Erliz ni

Erliz si tunang orang


Hantaran daripada pihak perempuan


Hantaran daripada pihak lelaki


Alhamdulillah..
Tahniah + selamat ke jinjang pelamin = semoga berbahagia hingga ke akhir hayat buat Kak Lang Ita & Erliz

LAKSA SARAWAK @ k-MaDiHa
K-MaDiHa sms+call ajak makan Laksa Sarawak..Mula-mula berat hati juga nak pergi, tapi dah memang rezeki..1stime makan Laksa Sarawak..Sodap..Terima kasih yo kak..ingat kat adik eh ni.. Untuk resipi klik SINI

Laksa Sarawak @ k-MaDiHa


Quote:
MARI MENEKA
Cuba teka gambar apakah ini? Jawapan akan disiarkan dalam next entry..Terima kasih kepada yang sudi mencuba..



STUDY!!!

Wassalam


Tuesday, 20-Jan-2009 01:20 Email | Share | | Bookmark
FRIM KEPONG & ASAM PEDAS DAGING

Assalamualaikum & selamat sejahtera..

MELEPASKAN BATOK DI TANGGA
Membuat sesuatu secara sambil lewa dan tidak bersungguh-sungguh. BATOK, bukannya BATUK. Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4, perkataan BATOK merujuk kepada tempurung dalam Bahasa Jawa. BATOK digunakan secara tradisional sebagai penceduk air untuk membasuh kaki sebelum melangkah ke dalam rumah. Sepatutnya selepas menggunakan BATOK untuk membasuh kaki, BATOK perlu diletakkan semula di tempat asalnya, iaitu di pancang kayu yang disediakan berhampiran tempayan air. Namun begitu seringkali BATOK diletakkan di atas tangga selepas digunakan. Situasi ini menggambarkan seseorang itu tidak melakukan sesuatu yang sepatutnya dilakukan, iaitu tidak bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu.

2009
20 hari dalam tahun 2009..
Tahun 2009 saya agak busy
Saya mohon maaf kerana kurang berkesempatan untuk update & melawat FP rakan-rakan..

FRIM KEPONG
Alhamdulillah..Setelah beberapa kali menolak pelawaan kawanku Erliz, saya berpeluang ke FRIM Kepong. Memang dah lama teringin nak pergi ber-aktiviti di FRIM. Kitorang pergi ber-5; saya, Erliz & kawan2 Erliz; Ilah & Ana serta kawan kepada kawan2 Erliz; k-Nurul. Sebelum menyusuri jambatan gantung, kitorang terpaksa hiking dulu..Hiking sekejap je + tak setinggi mana pun.

Trek hiking..


Jambatan gantung


Bergambar ber-5 sebelum melangkah ke jambatan gantung


Sebaik turun dari jambatan gantung (11.30am), kitorang bergegas ke KL Central hantar k-Nurul. Just in time. Check in ERL 12.30pm, flight k-Nurul 1.55pm Dari KL Central kitorang ber-picnic di Tasik Varsiti UM, makan Nasi Lemak Ilah..Terima kasih ye korang..

ASAM PEDAS DAGING
KOLEKSI MASAK-MASAK 2008. Masak Asam Pedas Daging. Uwan Johol ajar. Masak simple Asam Pedas, tapi ganti ikan dengan daging. Sodap kalo dapat makan dengan nasi panas, ikan masin & sayur.



SEDIH dalam GEMBIRA
Gembira sebab kawan3 baik dah bertemu jodoh masing3 & nak kahwin sepanjang tahun ni..Sedih sebab lepas ni 'hilang' kawan3 baik. Tapi harap-harap diorang tak hilang la..huhu

STUDY
Semoga dapat habis study secepat mungkin..
& bertemu jodoh

Wassalam


Saturday, 10-Jan-2009 04:53 Email | Share | | Bookmark
TRIFLE

Assalamualaikum & selamat sejahtera..

BERBURU KE PADANG DATAR
DAPAT RUSA BERBELANG KAKI
BERGURU KEPALANG AJAR
BAGAI BUNGA KEMBANG TAK JADI


Apabila belajar (berguru), maka belajar-lah bersungguh-sungguh. Jangan 'kurang ajar' iaitu tidak cukup belajar (tidak cukup ilmu), kelak rugi diri sendiri. Sewaktu belajar, fokus dan beri perhatian, dapatkan ilmu yang secukupnya, supaya kemudian hari ilmu itu boleh dimanfaatkan dan diajarkan pula kepada orang lain. Kalau 'kurang ajar' diri sendiri yang rugi, orang lain apatah lagi.

Pantun yang sinonim dengan GURU-MURID. Walaupun biasa dengar karya Usman Awang ini, agak susah untuk menterjemahkan maksud pantun ini. Terima kasih kepada sahabat baruku Nik

2009
10 hari di tahun 2009..
Semoga tahun 2009 lebih 'BEST' dari tahun-tahun sebelumnya

TRIFLE
Koleksi MASAK-MASAK 2008..Selalu tengok 'trifle orang', akhirnya dapat tengok 'trifle sendiri'..Kali pertama buat ikut resipi, adik3 suko. Tapi 'nextime' kalo buat lagi, adik3 dah siap request; 1-tak nak lapisan agar-agar, 2-terus buat dalam desert cups supaya senang nak serve+makan..

So, kali pertama buat ikut resipi..Kali kedua buat kita ikut 'idea' sendiri..

Quote:
TRIFLE
sumber: fotopages, tapi tak ingat yang mana 1

Lapisan 1; swissroll
1-Potong swissroll
2-Susun dalam bekas

Lapisan 2; sos kastard
1-Campur 1 tin susu cair, 3 sudu tepung kastard & 2 susu besar gula pasir
2-Kacau di atas api sehingga masak
3-Tuang dalam bekas; atas lapisan 1

Lapisan 3; fruit cocktail
1-Susun fruit cocktail atas lapisan 2

Lapisan 4; agar-agar
1-Kacau 1 peket agar-agar segera dimasak dengan air secukupnya (ikut arahan kat kotak)
2-Tuang atas lapisan 3


1stime; 4 lapisan


1stime; ikut resipi


2nd time; adjust sikit, fruit cocktail dah kena 'ngap', so guna buah-buahan yang ada je; epal, anggur & nenas fresh


HAPPY BIRTHDAY

HAPPY BIRTHDAY kepada k-izan @ BTB; Beauty & The Beads (10 Januari) & adikku IMAH (13 Januari) May ALlah bless both of u

Buat akhirnya, semoga rakyat PALESTIN tabah dengan dugaan yang menimpa & semoga rejim Israel menghentikan serangan

SELAMAT MAJU JAYA
STUDY!!!

Wassalam


Wednesday, 31-Dec-2008 12:31 Email | Share | | Bookmark
SELAMAT TAHUN BARU 1430H + 2009M & AIR TERJUN LEPOK HULU LANGAT

Assalamualaikum & selamat sejahtera..

GOODBYE 2008, WELCOME 2009
Entry terakhir sebelum menjengah tahun baru..

SELAMAT TAHUN BARU 1430H & 2009M
Semoga tahun baru, semangat baru, pencapaian baru..
Walaupun azam tak semestinya baru..



TAKZIAH
Sebelum itu, salam TAKZIAH kepada kerabat diraja Negeri Sembilan khususnya serta rakyat Negeri Sembilan amnya atas kemangkatan DYMM Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan; Almarhum Tuanku Jaafar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman pada 27 Disember 2008.

AIR TERJUN LEPOK HULU LANGAT SELANGOR
3 bulan tak jumpa Erliz..
Sekali jumpa Erliz terus ajak pergi ‘hiking’..Ada ke patut ajak pergi ‘hiking’ di Bukit Antarabangsa. Apakah??
Akhirnya kitorang sepakat ke Hulu Langat. Lokasi & peta 'google' kat internet. So kitorang berdua ‘gamble’ + redah je Lepok nih, berdasarkan info dari internet

Quote:
INFO LEPOK WATERFALL ULU LANGAT
Source: Waterfalls of Malaysia

Lonely Fall in Ulu Langat
The access to the Lepok Fall is part of the fun.Leaving KL and the traffic jams behind, the forest of Hulu Langat is a pleasant surprise. The small village of Hulu Langat is a good place for breakfast, before continuing to Pangsun.Just before reaching this Kampung, turn left to Lepok. This small road ends after a few km at a place where you can park your car.From here you cross a stream and start walking. This is a region of Durian orchards and bamboo forest.
Pleasure walk in the forest
The trek is going uphill all the time but not in a strenuous way. Pleasant forest and ginger flowers abound here. It will take about two hours to cover the 4 km to the fall, with a 350 meter gain in altitude. Generally the track is clear, don't take the sidetracks which end in Durian farms. When you reach a disused water pipeline, you know that you are on the right way.
A beautiful waterfall
The track follows more or less the pipeline until a water catchment basin is reached. From here it is not far to the waterfall. It is a very attractive waterfall, with a deep pool for swimming. In nice unspoiled jungle surroundings. A perfect target for a daytrip. The trail ends here. If you want to reach the top of the fall, you will have to scramble up at the right side of the fall.


Kitorang mula mendaki pukul 9 pagi, dan tiba di kemuncak; Air Terjun Lepok 2 jam kemudian. 1 jam pertama ‘trekking’ manakala jam seterusnya ‘hiking’. Tak ramai orang di kawasan air terjun, termasuk kitorang ada 21 orang. Tapi kitorang tak mandi la..huhu..
Terima kasih Erliz sebab ajak+bawak pergi Lepok + bagi gambar2..Terima kasih daun keladi, lain kali ajak lagi

laluan 'trekking' & 'hiking'


air terjun yang tenang lagi nyaman


budak2 mandi manda & 'pipeline' yg menjadi 'guide'


HAPPY belated BIRTHDAY UDA 251208

Happy Birthday to adikku UDA..
May Allah bless u..
May all your wishes come true..

foto didatangkan khas daripada Uda's friendster


2008
TAK SEMUA YANG KITA NAK KITA DAPAT
TAK SEMUA YANG KITA NAK KITA TAK DAPAT
TAK SEMUA YANG KITA TAK NAK KITA DAPAT
TAK SEMUA YANG KITA TAK NAK KITA TAK DAPAT
by srsfeqah 2003


1: PRU 12; 2008
2: Bukit Tabur Melawati KL
3: Gunung Datuk Rembau N9
4: MAHA 2008
5: Abang Ajib-Kak Dilla menyalang
6: Adikku Pidah-Sharif kahwin
7: Orkid Kasut
8: PASUM; Animal Diversity
9: Nescafe
10: Apam Pisang Coklat
11: Sambal Daun
12: Sardine Roll
13: Bubur Pulut Hitam

2009
Bermula tahun 2009 saya ada ‘kehidupan’ (kerja+study) yang baru..
Kemungkinan tahun 2009 akan menjadi tahun yang sibuk bagi saya..huhu..nervous nervous..
Doakan saya berjaya..tq tq

Maka dengan ini dimaklumkan, sekiranya bersempatan saya akan update FP + on9..
Kepada ahli TKB, kalo ada xtvt, sudi-sudilah sms/'call' saya ye..tq tq

STUDY!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Wassalam..


[<<  <  6  7  8  9  10  11  12  [13]  14  15  16  17  18  19  20  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net