srsfeqah.fotopages.com

By: srs feqah

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  7  8  9  10  11  12  13  [14]  15  16  17  18  19  20  21  >  >>]    [Archive]
Monday, 22-Dec-2008 12:22 Email | Share | | Bookmark
JUMPA k-INA + KAWAN3 & PANCAKES @ LEMPENG

Assalamualaikum & selamat sejahtera..

REZEKI JANGAN DITOLAK MUSUH JANGAN DICARI
Segala kurniaan Allah itu rezeki. Kita kena bersyukur dengan segala rezeki & kurniaan Allah. Rezeki jangan dibaziri, musuh pula jangan dicari. Buat apa cari musuh, dapat susah. Lebih baik cari kawan, dapat juga faedah..

BERTEMU KAWAN4

Walaupun kerja bertimbun, saya masih berkesempatan + mencuri & meluangkan masa bersama kawan-kawan..Tak sampai hati nak tolak..

JUMAAT 191208

8.30am-9.45 am : ‘brunch’ dengan Akmal di UM
10.00am-11.00 am : minum pagi dengan Erliz di PJ
11.00am-1.00pm : berurusan di lab
2.00pm-3.00pm : window shopping dengan Q & kawan; Sri (Masjid Jamek-Sogo-Pertama Complex-Maju Junction-Central Market)
3.30-6.30pm : otw KL-Kuala Pilah N9
6.30-6.45 : jumpa k-Fazarina di bustand Kuala Pilah
7.15pm : sampai Johol

SABTU 201208

7.30am-12.30pm : buat kek batik, iron baju, tengok astro saluran 106..
1.00-2.00pm : pergi kenduri kahwin di Kuala Pilah dengan Mak, Abah & Ateh
2.15-3.00pm : lawat Mak Cik Rosnah @ mak k-ina di Hospital Kuala Pilah
3.00-4.00pm : posing di taman & makan cendol di bustand Kuala Pilah
4.00-7.00pm : otw Kuala Pilah-KL

AHAD 211208

7.30am-3.30pm: trekking & hiking di Air Terjun Lepok Hulu Langat dgn Erliz..gambar, tungguuuuu..

KESIMPULAN : ponekkk..

JUMPA KAK INA DI KUALA PILAH N9

Alhamdulillah..Setelah beberapa kali merancang & bertangguh, hasrat bertemu Presiden TKB (Team Ketupat Bawang) ie k-ina tertunai jua. K-ina @ Fazarina merupakan senior sekolah rendah saya + x-classmate Abangku Ajib serta pernah menjadi cikgu komputer saya selepas saya tamat SPM. 10 tahun tak jumpo..Sekali jumpo sampai 2 hari berturut-turut tu..Terima kasih kepada k-ina & anak2 kerana sudi meluangkan masa + sanggup menunggu saya sehingga 1 jam di bustand Kuala Pilah..Maklum la Jumaat tu jadual 'pack' Terima kasih juga untuk cenderhati; bantal peluk Mr Bean; 1stime dapek..Dan terima kasih juga kerana sudi belanja cendol & hantar saya ke bustand Kuala Pilah (Sabtu)..tq tq

1st day jumpo kek bustand Pilah


Melawat mak k-ina; Mak Cik Rosnah di Hospital Pilah dengan Mak & Ateh


2nd day jumpo..dari hospital, posing di taman pulak..sompek laie tu..


Makan cendol di bustand Pilah..k-ina belanjo..timo kasih kak


Untuk gambar-gambar lain sila klik SINI

PANCAKE
Pancake @ lempeng..Pancake bunyi macam 'glamer' lagi moden..Dah lama buat pancakes nih..Kalau ter-lupa beli roti untuk breakfast, tapi tetiba te-rajin, maka saya buat pancake..Pancake ni banyak versi. Ini pun saya dah mix+match pelbagai resipi. Pancake ni boleh dimakan begitu sahaja, ataupun letak coklat cair/madu/kaya/susu pekat..

pancake @ lempeng..


Quote:
PANCAKE @ LEMPENG

Bahan2
1 cawan tepung gandum
1 sudu besar gula
1 sudu kecil baking powder
secubit garam
1 cawan susu segar
1 biji telur
3 sudu besar mentega cair/minyak

Cara2
1-Gaul tepung, gula, baking powder & garam
2-Campurkan susu, telur & minyak. Gaul sebati
3-Masak atas pan


STUDY vs STUDY!!

Wassalam


Monday, 15-Dec-2008 12:15 Email | Share | | Bookmark
LABU oh LABU

Assalamualaikum & selamat sejahtera

PISANG EMAS DIBAWA BELAYAR
MASAK SEBIJI DI ATAS PETI
HUTANG EMAS BOLEH DIBAYAR
HUTANG BUDI DIBAWA MATI


Masyarakat Timur kaya budi bahasa

LABU

Bukan perihal pisang, tapi pasal labu daa..
bukan labu labi..
Mak saya suko labu; suko makan labu, suko tanam labu..

bunga betina


bunga jantan


kacuk manual


labu muda


labu masak


labu dah potong


gulai lomak labu; sodap makan dgn sambal gesek..


pengat labu


sebut labu, ingat sekolah kat LABU Seremban N9; SMAP LABU..

STUDY oh STUDY!!

Wassalam


Wednesday, 10-Dec-2008 12:10 Email | Share | | Bookmark
AIDILADHA 2008

Assalamualaikum & salam sejahtera

INGAT 5 PERKARA SEBELUM 5 PERKARA

Mari kita sama-sama rebut 5 PERKARA sebelum datang 5 PERKARA

LAPANG sebelum SEMPIT
KAYA sebelum MISKIN
MUDA sebelum TUA
SIHAT sebelum SAKIT
HIDUP sebelum MATI

AIDILADHA 2008

Aidiladha kali ini, kami sekeluarga sambut dengan penuh sederhana. Hujan turun tanpa henti dari pukul 3 pagi sehingga menginjak waktu Zuhur. Sekalipun hujan, solat sunat Aidiladha tetap kami tunaikan secara berjemaah di Surau Tinggi Kg Changgang Johol N9.

Menjamu selera selepas solat sunat Aidiladha


Menu utama; NASI DAGANG


Pencuci mulut; LEPAT PISANG


Amir Syafiq & Auni Syafiqah
261008 aritu sempat singgah di Hospital Tunku Ampuan Najihah Kuala Pilah, tengok 'baby'. Tahniah kepada k-azNanie & abg Hasdi; dah ada sepasang anak



Buat akhirnya, TAKZIAH kepada semua pihak yang terlibat dengan Tragedi TANAH RUNTUH di BUKIT ANTARABANGSA..HENTIKAN SEGALA PEMBANGUNAN DI BUKIT!!

STUDY!!

Wassalam


Wednesday, 3-Dec-2008 12:03 Email | Share | | Bookmark
PUDING ROTI versi BAKAR & KAWAN4 KAWEN

Assalamualaikum & selamat sejahtera

Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.


Pantun paling popular berkaitan 'belajar'..
Tolong jangan cakap tak pernah dengar..

PUDING ROTI versi BAKAR

Sambung MASAK-MASAK DI JOHOL..Sudah lama teringin nak buat Puding Roti versi Bakar, sebelum ni ‘asyik’ buat versi kukus je..Ini resipi versi sendiri; kombinasi pelbagai sumber resipi..

Quote:
PUDING ROTI

Bahan2
6 keping roti
200ml susu segar
1 sudu besar mentega
2 biji telur
3 sudu besar gula
1 genggam kismis

Cara2
1-Susun roti dalam loyang
2-Pukul susu, telur & 2 sudu besar gula
3-Curahkan bahan-bahan yang telah dipukul ke atas roti. Biarkan terendam sekejap
4-Taburkan kismis, mentega & baki gula di atas permukaan adunan
5-Bakar pada suhu 200 C selama 20 minit atau sehingga masak

Sos Kastad
1 tin susu cair
2 sudu besar gula
3 sudu besar tepung kastard

Kacau kesemua bahan atas api sehingga masak

Untuk menghidang, potong puding roti, curahkan sos sebelum dimakan


sebelum & selepas..ter-over-cooked ckit..


mari 'cover' dengan sos..


MUSIM CUTI SEKOLAH=MUSIM KENDURI KAHWIN

Saya memenuhi beberapa undangan perkahwinan kawan-kawan
SELAMAT PENGANTIN BARU
Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat

AZIZUL-SHIMA


AFIFAH-WANZUL


AISYAH-RANI


AZAM-AISHAH


UCAPAN

Ucapan ini daripada sepupuku Fida. Terima kasih ye Kak Lang
Saya tujukan khas kepada semua kawan-kawan..

Ina & Ina; anak kepada Fida & anak kepada saudara ie jiran depan rumah di kampung


HAPPY BIRTHDAY juga kepada Fida (4 Disember) May ALlah bless u..

SALAM AIDILADHA
Selamat Hari Raya Haji @ Hari Raya Korban @ Aidiladha kepada semua kawan-kawan
Kepada yang balik kampung, BERHATI-HATI DI JALAN RAYA
SELAMAT BERCUTI
Ini juga khas untuk kawan-kawan..

Rumah Pusaka di Kampung Changgang Johol N9


Orang lain bz, sy pn nk bz juga..
Mari bz..
STUDY!!

Btw sy memang terpaksa bz sebab kena habis-kn study menjelang penghujung Disember 2008..
Doakan sy berjaya ye..tq tq

Wassalam


Tuesday, 25-Nov-2008 11:25 Email | Share | | Bookmark
ORKID KASUT & APAM JOHOL

Assalamualaikum & selamat sejahtera

SUDAH TERANG LAGI BERSULUH
Sesuatu benda/perkara yang sudah terang lagi nyata dan pasti, tetapi masih lagi mahukan bukti. Situasi ni memang biasa. Kadang-kadang bukan setakat bukti, rahsia peribadi habis digali..

BUNGA
Cerita lama. Mak suruh saya balik kampung bawa kamera. Walaupun ‘study’ pasal Orkid, ini kali pertama saya tengok Orkid ni. Kesimpulannya saya tak tahu Common Name apatah lagi Scientific Name Orkid ni..

Quote:
Mak: Assalamualaikum..Kak..
Akak: Waalaikumussalam..
Mak: Minggu ni balik kampung tak?
Akak: Lom tau laie..Apsal lak Mak?
Mak: Kalau balik tolong bawak’an kamera..
Akak: Nak buek apo kamera?
Mak: Nak ambek gamba la..Aghitu Mak ado tanam orkid, dah be-bungo..Lawa bungo eh Kak..Bontok (bentuk) kasut..Akak ponah tengok tak?
Akak: Tak..
Mak: Ha, tu yang kono balik tuh..Bungo’eh kan..bla bla bla (sambil menerangkan ke-cantik-an orkid tersebut)..Bukan’eh sonang nak tengok Orkid Kasut ni..(aik? dah ada nama dah?)
Akak: Ok..Insya Allah Akak balik minggu ni..
Mak: Kamera jangan lupo..
Akak: Iyo..


Inilah bunga Orkid bentuk kasut


Alang-alang tu ambik juga gambar bunga-bunga lain di halaman rumah. Antaranya..


CAMERON HIGHLAND 2007
Lepas tengok gambar bunga Orkid Kasut tu teringat pulak..Tahun lepas semasa ke Cameron Highland ada terjumpa bunga Lady Shoe. Tapi yang ni bukan Orkid la..

Lady Shoe..blur da..


Antara tanaman yang terdapat di sekitar Cameron Highland


APAM JOHOL vs APAM PISANG JOHOL a.k.a APAM PISANG DAUN RAMBAI
Sebelum balik semalam [Isnin 241108], sepupuku Niezam ym ini..timo kasih Jam!!

Quote:
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1124&pub=utusan_malaysia&sec=Selatan&pg=ws_01.htm&arc=hive
APAM JOHOL MEMIKAT
Oleh Ainol Amriz Ismail


KUALA PILAH 23 Nov. - Keenakan apam Johol pernah diperdebatkan dalam sidang Dewan Undangan Negeri dua tahun lalu apabila jenama tersebut diletakkan pada kuih apam yang bukan asli sehingga menjejaskan pengeluaran kuih tradisional unik ini.
Lebih mengecewakan, ketika itu apam tersebut dihidangkan kepada tetamu kehormat dalam satu majlis dengan menyatakan ia adalah hasil sebenar apam dari daerah Johol sedangkan keasliannya tidak menyerlah.
Kisah mengecewakan itu sudah berlalu namun persoalannya apakah rahsia kuih apam Johol sehingga keasliannya tidak boleh digugat sesiapa.
Pengusahanya di Kampung Masjid Tua, Johol dekat sini, Zahariah Mohd Zin, 39, berkata, dia telah mengusahakan apam Johol sejak 2005 dan tidak pernah menjejaskan kualiti dan keasliannya.
Menurutnya, apam Johol atau dikenali juga 'apam daun rambai diadun dengan teliti supaya mampu mengeluarkan aromanya tersendiri apatah lagi ia dibungkus dengan daun rambai.
''Apam Johol dibungkus dengan teliti untuk membangkitkan selera. Kalau tidak percaya, rasalah," kata Zahariah sambil tersenyum.
Menurutnya, dia mampu menghasilkan kira-kira 500 hingga 700 ketul kuih berkenaan sehari dan ia boleh mencecah sehingga 2,000 ketul sehari terutama apabila ada majlis kerajaan, keraian atau cuti sekolah.
''Saya telah membuat pelbagai kajian dan cita rasa untuk menghasilkan apam bermutu dan ia bukan sahaja memerlukan ramuan yang sebati supaya apabila dikukus, kuih berkenaan naik dengan cantik.
''Apam Johol ini istimewa kerana ia bukan sahaja boleh dimakan begitu sahaja tetapi kini diperluaskan kepada hidangan sampingan menggantikan pulut dalam campuran cendol.
''Ia juga boleh dimakan dengan sambal tumis ikan bilis dan percaya atau tidak, sekali makan apam Johol, anda tentu ingat sampai bila-bila," ujarnya.
Menurut Zahariah, dia bukan sahaja berjaya memasarkan apam Johol ini di sekitar Negeri Sembilan malah ada juga tempahan yang diterima dari Kuala Lumpur, Selangor, Melaka dan juga Singapura.
''Harga seketul apam Johol 30 sen di sekitar pekan Johol dan 35 sen jika ia diedarkan di Seremban," katanya.
Ditanya apakah rahsia pembuatan apam Johol sehingga rasanya menjilat jari, Zahariah menjelaskan, itu adalah rahsia peribadi yang tidak dikongsi.
Bagaimanapun dia berkata, bahan untuk membuat apam Johol ialah tepung gandum, gula merah, gula pasir, ibu roti dan selepas diadun ia akan dikukus cuma 10 minit.
Kata Zahariah lagi, jika orang ramai hendak menempah apam Johol yang cukup istimewa ini bolehlah menghubunginya di talian 013-6891620.
''Apam Johol ini tidak melekit dan dibuat pejal serta mampu tahan lama sekurang-kurangnya tiga hari," katanya.


k-fazzarinna pun ada buat entry pasal ni jugak..Banggo oghang Johol

APAM JOHOL ni berbeza dengan APAM PISANG DAUN RAMBAI yang Mak saya buat tu (previous entries)

Quote:
APAM PISANG DAUN RAMBAI
Resipi: Pn Husni a.k.a Mak saya


Bahan2
1 cawan pisang* yang telah dikisar (sukat selepas dikisar)
1 ½ cawan gula
3 cawan tepung
3 sudu besar mentega/marjerin
2 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil cream of tartar

Cara2
1 Kisar pisang (yang telah dikisar) dengan soda bikarbonat, cream of tartar, gula & mentega/marjerin
2 Gaul bahan2 yang telah dikisar dengan tepung; sedikit demi sedikit
3 Bungkus dengan Daun Rambai**
4 Kukus selama 12 minit

* lebih sedap guna pisang kapas/kolek/masam
** boleh diganti dengan Daun Pisang atau boleh juga dikukus terus menggunakan talam/loyang/acuan lain


WORKSTATION
Saya di-tag oleh tokey kek & swissroll Shah Alam; k-jasmeen..

saya transfer gambar entry lepas-lepas..aci ek


STUDY ok!!

Wassalam


[<<  <  7  8  9  10  11  12  13  [14]  15  16  17  18  19  20  21  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net