srsfeqah.fotopages.com

By: srs feqah

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  [3]  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Saturday, 10-Jul-2010 07:10 Email | Share | | Bookmark
TAMAN PERTANIAN SABAH

Assalamualaikum & selamat sejahtera

Setelah 5.5 bulan 'bermukim' di TENOM, baru-baru ini 'baru'-lah saya berkesempatan mengunjungi Taman Pertanian Sabah. Taman ini terletak lebih kurang 10-12km dari pekan TENOM. Kunjungan pula cukup singkat; lebih kurang 1.5 jam sahaja; selepas tamat sesi persekolahan Hari 5 (Jumaat). Insya Allah lain kali saya akan ke sana lagi baa

TAMAN PERTANIAN SABAH
Taman Pertanian Sabah terletak di Lagud Sebrang TENOM, iaitu lebih kurang 182km dari Kota Kinabalu. Kaya dengan pelbagai khazanah semulajadi flora dan fauna, taman pertanian ini menjadi tarikan utama pengunjung ke daerah TENOM. Taman yang meliputi kawasan seluas 1500 hektar ini mula dibuka kepada pengunjung pada Oktober 2000 dan dilancarkan secara rasmi oleh Tun Dr Mahathir Mohamad pada Mac 2001.

Antara komponen Taman Pertanian Sabah ialah:
-Taman Bunga-bungaan Tropika
-Taman Haiwan
-Pusat Lebah
-Taman Orkid
-Dusun buah-buahan
-Pulau Burung
-Muzium Tanam-tanaman
-Tasik Sapong
-Tasik Melalap

Ini sahaja gambar yang sempat saya rakamkan. Maklumlah kami berbasikal maka tidak banyak gambar baa..Selain berbasikal, para pengunjung juga boleh menaiki tren yang disediakan atau berjalan kaki sahaja..







BUKIT PERKASA TENOM
Siri akhir persediaan fizikal bagi mendaki gunung tertinggi di Malaysia. Ditemani para pelajar, kami mendaki Bukit Perkasa. Bukit ini rendah sahaja tapi masih menguji kekuatan fizikal. Perjalanan dari kaki bukit ke puncak bukit yang menempatkan Hotel Perkasa, cuma mengambil masa lebih kurang setengah jam sahaja.

Pemandangan TENOM dari puncak Bukit Perkasa


Dalam bulatan merah ialah Hotel Perkasa; pemandangan dari Tugu Antanom di pekan


Mohon doakan keselamatan dan kejayaan ekspedisi saya & kawan-kawan mendaki Gunung Kinabalu pada 17-18 Julai 2010. Semoga dipermudahkan. Amin..

Wassalam


Thursday, 1-Jul-2010 07:01 Email | Share | | Bookmark
XPDC GUNUNG TAMPIN

Assalamualaikum & selamat sejahtera..

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Quote:
GURU PEMBINA NEGARA BANGSA
(Lagu Tema Hari Guru 2010)

Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar baktiku curah
Demimu ibu pertiwi
Sumpah kulafaz janji kukota

Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada Negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya

Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi Negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta

Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap Unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia

Pencipta Lagu: Khairulrizam bin Khalid
Pencipta Lirik: Ili Nurbahirah bt Baharudin
Penggubah Muzik: Marzuki bin Tambi


Sambutan Hari Guru peringkat daerah TENOM Sabah, berlangsung pada 26 Jun 2010 (Sabtu). Majlis yang bertempat di Dewan Antanom, Tenom ini telah dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Sabah yang baru iaitu Hajah Maimunah Suhaibol. Kesemua 5 buah sekolah menengah & 45 buah sekolah rendah telah bekerjasama dalam menjayakan majlis sambutan ini. Sekolah kami terlibat sebagai pasukan koir jemputan; menyampaikan 2 buah lagu iaitu 'Kami Guru Malaysia' dan 'Guru Pembina Negara Bangsa'.



EKSPEDISI GUNUNG TAMPIN

Sepanjang 2 minggu cuti sekolah, saya menghargai sepenuhnya 'masa emas' yang ada. Selain bersantai di rumah dengan keluarga, 2 kali saya ke Kuala Lumpur membeli belah keperluan dan segala kehendak di jiwa (?). Memikirkan hanya selepas 3 bulan baru saya akan pulang semula ke Semenanjung, habis segala macam mahu di'angkut'; sehingga terpaksa membeli alat penimbang bagi memastikan bagasi tidak melebihi had. Risau baa kena caj..Masa membeli tidak pula pandai beringat..

Beberapa hari sebelum terbang pulang ke Borneo, kawanku Erliz ajak 'hiking'; sebagai salah 1 ekspedisi latihan sebelum menawan puncak tertinggi di Malaysia; pada pertengahan Julai ini. Saya tidak mampu menolak kerana memikirkan saya sendiri masih belum merencana sebarang latihan bagi persiapan pendakian. Justeru sehari sebelum pulang, kami merancang untuk mendaki Gunung Angsi. Namun begitu disebabkan hujan pada pagi tersebut, kami tidak dibenarkan untuk mendaki Gunung Angsi oleh pihak pengurusan. Maka kami pun tukar rancangan; lalu mendaki Gunung Tampin (ke Bukit Tampin je eh?)

Quote:
HUTAN LIPUR GUNUNG TAMPIN
Hutan Lipur Gunung Tampin terletak lebih kurang 2km dari Pekan Tampin. Selain pondok-pondok berehat serta berteduh yang disediakan di persekitaran hutan lipur ini, para pengunjung juga berpeluang untuk berendam di kolam yang disediakan. Puncak Gunung Tampin menempatkan pemancar TM & RTM.


Alhamdulillah mission accomplished! Thanx to Abah, Erliz, Imah, Dik Nor & Bariah XOXO







HAPPY BIRTHDAY ANUM 1 JULAI
Happy Birthday to adikku ANUM
May Allah bless u XOXO



Wassalam


Thursday, 10-Jun-2010 06:10 Email | Share | | Bookmark
PAU & WORLD CUP 2010

Assalamualaikum & selamat sejahtera

PIALA DUNIA
Demam Bola Sepak Piala Dunia kembali menggegar. Bagi tahun 2010, kejohanan empat tahun sekali yang dianjurkan oleh FIFA ini diadakan di Afrika Selatan. Sejak mula dipertandingkan pada tahun 1930 (kecuali 1942-1946; Perang Dunia ke-2), hanya 7 negara yang pernah menyandang gelaran juara iaitu Brazil, Itali, Jerman, Argentina, Uruguay, England dan Perancis.

PAU
Iklan sekejap
Ketika ke Keningau mengikuti kursus, terpandang tepung pau. Alang-alang beli sekali inti kacang hitam, shortening & yis. Malam tu terus cuba & hasilnya memang sodap baa..



Resipi? Aiseh ntah mano diam eh gek eh..Maun kono ghayau balik semulo nih..a-haks..

ENGLAND
Sambung semula..

Kumpulan C
ENG vs USA 12 Jun; LIVE Astro 805 (1-1)
ENG vs ALG 18 Jun; LIVE Astro 805?
SVN vs ENG 23 Jun; mungkin tak dapat tengok baa..



Pemain: 1 David JAMES, 12 Robert GREEN, 23 Joe HART, 2 Glen JOHNSON, 3 Ashley COLE, 5 Michael DAWSON, 6 John TERRY, 13 Stephen WARNOCK, 15 Matt UPSON, 18 Jamie CARRAGHER, 20 Ledley KING, 4 Steven GERRARD, 7 Aaron LENNON, 8 Frank LAMPARD, 11 Joe COLE, 14 Gareth BARRY, 16 James MILNER, 17 Shaun WRIGHT-PHILLIPS, 22 Michael CARRICK, 9 Peter CROUCH, 10 Wayne ROONEY, 19 Jermain DEFOE, 21 Emile HESKEY
Jurulatih: Fabio CAPELLO

CUTI XOXO

Wassalam


Sunday, 30-May-2010 05:30 Email | Share | | Bookmark
KOTA KINABALU & CHOC BALL

Assalamualaikum & selamat sejahtera..

KOTA KINABALU
Kota Kinabalu atau KK ialah ibu negeri Sabah, Malaysia. Nama bandar ini diambil sempena nama gunung yang tertinggi di Sabah dan juga ketiga tertinggi di Asia Tenggara, iaitu Gunung Kinabalu. Terletak di Bahagian Pantai Barat Sabah, KK merupakan pusat perdagangan dan industri yang utama di negeri Sabah. Kota Kinabalu mencapai taraf bandar raya pada 2 Februari 2000. Nama asal KK ialah Jesselton yang ditukar kepada Kota Kinabalu pada tahun 1967.

Sumber: wikipedia



Quote:
SAYANG KINABALU

Tinggi tinggi Gunung Kinabalu
Tinggi lagi sayang sama kamu
Biru biru hujung kinabalu
Tengok dari jauh hati saya rindu

Kinabalu dekat di Kundasang
Banyak sayur boleh pilih pilih
Apa guna pergi luar negeri
Naik Kinabalu hati saya rindu

Sumandak sumandak pun ramai menunggu
Menari-nari lenggang sumayau
Sekali melihat melepak kulitnya
Saya jatuh cinta

Saya sayang sayang Kinabalu
Kaamatan pesta bulan lima
Sayang sayang kita pergi tamu
Jalan tamparuli hati saya rindu


Alhamdulillah setelah 4 bulan bertugas di Sabah, akhirnya saya berpeluang juga menjejakkan kaki di bandaraya Kota Kinabalu. Buat pengetahuan, saya bertugas di Tenom; lebih kurang 172km dari KK; 2-2.5 jam perjalanan. Sebelum ini dari KKIA (Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu) terus menuju ke Tenom, tidak singgah langsung di pusat bandar. Sama juga kalau dari Tenom, terus ke KKIA. Apa tidaknya, habis kerja 1150, 1215 tiba di rumah, 1300 bertolak ke KKIA, tiba dah jam 1530, solat Asar, 1700 flight KK-KL. Kalau dari kampung pun terus ke Tenom, takde mood nak singgah mana-mana. Maklum la esoknya kerja.

Terima kasih kepada Ateh Tie, Azah & suami; Faisal yang sudi bawa jalan-jalan di sekitar Kota Kinabalu. Sempat ke Centre Point, 1 Borneo, Pasar Filipina, tengok sunset di Waterfront KK & makan seafood di Tanjung Aru

KOTA KINABALU

Antara masjid utama di KK


Blue Marlin/Ikan Todak di Waterfront KK


Sunset di Waterfront KK






Salah 1 komponen Pasar Filipina


Tenom ke KK ada 3 laluan; Jln Kimanis, Tambunan & Sipitang. Laluan Tambunan & Sipitang agak jauh, manakala Kimanis berbukit bukau & silap-silap haribulan kereta tak mampu panjat bukit. Situasi biasa kalau nampak kereta berhenti di sepanjang laluan Kimanis. Walaupun bahaya, laluan Kimanis sentiasa menjadi pilihan utama; lebih dekat & lebih hebat



Dalam bulatan merah ialah puncak terakhir laluan Kimanis dari KK ke Tenom. Sekali tengok memang nampak tinggi..Hmm, memang tinggi pun..Oh ya, laluan di puncak Kimanis berkabus walaupun baru pukul 3 petang.

CHOC BALL
Sebelum ni asyik beli Choc Ball. Tapi lepas dapat tau punya la senang buat Choc Ball ni, tidak beli sudah, buat sendiri ja..So kalau ada baki kek coklat yang tiada siapa mau makan sudah, bikin choc ball baa..



Quote:
CHOC BALL

Bahan2
Kek coklat
Coklat masakan
Coklat urai (chocolate rice)

Cara2
Hancurkan kek coklat
Double boil coklat masakan
Gaul coklat dengan kek yang telah dihancurkan
Kepal & bulat2kan kek tu
Golek atas coklat urai


Daripada k-nuri



Ndak sabar mau balik kampung sudaa

Wassalam


Thursday, 20-May-2010 05:20 Email | Share | | Bookmark
SELAMAT HARI GURU 2010

Assalamualaikum & Selamat Hari Guru

SELAMAT HARI GURU
HARI GURU disambut pada 16 Mei setiap tahun. Sambutan tahunan ini bertujuan menghargai jasa dan pengorbanan para guru dalam mendidik pelajar-pelajar yang mempunyai pelbagai pencapaian akademik & karenah.

Menjadi guru bukan mudah. Walaupun umum melihat profesion keguruan 'tidak susah', apatah lagi waktu bekerja hanya dari 7am-2pm, NAMUN hakikatnya 'guru bekerja sepanjang masa'. Tidak cukup 7 jam mengajar di sekolah, kadangkala guru perlu memeriksa latihan & buku pelajar di rumah. Selain menanda tugasan pelajar, guru perlu membuat persediaan untuk mengajar di kelas pada keesokan harinya. Setiap pelajar mempunyai tahap pencapaian yang berbeza, maka guru harus mengaplikasikan kaedah pengajaran & pembelajaran yang sesuai bagi setiap pelajar. Itu baru guru biasa.

GURU KELAS pula perlu mengambil tahu maklumat setiap pelajar dalam kelas beliau. Selain pencapaian akademik & latar belakang keluarga, guru kelas juga perlu peka dengan masalah disipilin anak buah. GURU DISIPLIN pula sentiasa memantau masalah disiplin setiap pelajar di sekolah, baik dari aspek kehadiran & salah laku. Itu belum lagi cerita pasal peranan Pengetua, Guru Penolong Kanan (Akademik & Hal Ehwal Murid), Guru Panitia, Guru Kurikulum, Guru Kokurikulum dan guru-guru lain.

Suatu masa dulu saya pun ingat jadi GURU ni kerja yang senang. Tapi selepas dah alami sendiri baru saya mengerti. So kepada sesiapa yang beranggapan jadi guru tu senang, sila isi borang. Cuba dulu baru tahu. Sekian

SELAMAT HARI GURU!! (from the brand new teacher)

Guru-guru SMKE 2010


Ikrar & Nyanyian Hari Guru


Acara Potong Kek


Penghargaan


Gotong-royong Perdana


Peperiksaan Pertengahan Tahun; 19 Mei-4 Jun 2010

Wassalam


[<<  <  1  2  [3]  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net