srsfeqah.fotopages.com

By: srs feqah

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  [4]  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Monday, 10-May-2010 05:10 Email | Share | | Bookmark
HAPPY MOTHER's DAY

Assalamualaikum & HAPPY MOTHER's DAY

SYURGA DI BAWAH TELAPAK KAKI IBU
Sabda Rasulullah SAW: “Daripada Muawiyah bin Haidatal Qusyairi katanya, aku bertanya Rasulullah S.A.W, siapakah orang yang paling patut aku berbuat baik? Rasulullah S.A.W menjawab: Ibumu. Kemudian aku bertanya lagi selepas itu siapa? Rasulullah menjawab : Ibumu. Kemudian aku bertanya lagi, seterusnya siapa? Rasulullah menjawab: Ibumu. Kemudian aku bertanya lagi seterusnya siapa? Lalu Rasulullah menjawab : Bapamu, kemudian orang yang paling hampir denganmu dan seterusnya”. (Hadis Riwayat at-Tirmizi).
Nabi Muhammad S.A.W juga bersabda: “Syurga itu berada di bawah telapak kaki ibu.”

Sumber: Blog Wirasutra

HAPPY MOTHER's DAY
Happy Mother's Day to my Mak. May Allah bless u & I love u Mak. XOXO



Selamat Hari Ibu juga kepada semua ibu di seluruh dunia baa..

KEK COKLAT KUKUS
Minggu lepas teringin sangat nak makan Kek Coklat Kukus. Maka buat 1 adunan; bagi kawan-kawan & anak-anak murid; sekaligus makan sempena Nelson's birthday. Birthday Lamaze 'limpas' (lepas) sudah, next is Padell's Birthday. Minggu ni plan nak buat lagi tapi serbuk koko yang biasa beli tu kehabisan stok sudah di Tenom; macam kena pergi Keningau baa (37km; 40 minit perjalanan)


Back (L>R); Paddelinoh, Jeslyn Anne, Nurhazirah, Nur Syazwani, Lamaze, Norsinah, Nurul Nadiah
Front (L>R): Nelson & Ilykaviron
Not in pics: Wellsah


Okay guys, exam is around the corner, let's STUDY baa..

Wassalam


Friday, 30-Apr-2010 03:40 Email | Share | | Bookmark
PERKHEMAHAN PERDANA UNIT BERUNIFORM SMKE 2010 (Kali Pertama)

Assalamualaikum & salam 1 Malaysia

SOLAT ITU TIANG AGAMA
Sabda Rasulullah SAW:
"Solat itu tiang agama, barangsiapa yang mengerjakannya maka ia menegakkan agamanya dan barangsiapa yang meninggalkannya ia meruntuhkan agamanya".
Riwayat Al Bahari Muslim.

Situasi Muslim di sekolah agak membimbangkan. Bayangkan budak tingkatan 3 tidak tahu langsung bilangan rakaat dalam solat. Tingkatan 3, bukan Tahun 3! Menurut budak tu, ibu bapa sendiri pun tidak solat di rumah. Astaghfirullahal azim. Nau'zubillah min zalik. Bila budak2 ni dipaksa solat, banyak sungguh alasan. Yang perempuan, datang bulan la, tak bawak telekung la, belum mandi wajib la. Yang lelaki Alhamdulillah, boleh solat jemaah sesama mereka. Situasi ini sangat ketara ketika program di sekolah baru-baru ini. Boleh dikira dengan jari bilangan pelajar yang solat. Bertambah parah, ada juga guru yang tidak solat!

PERKHEMAHAN PERDANA UNIT BERUNIFORM SMKE 2010
Perkhemahan Perdana Unit Beruniform yang diadakan di SMKE pada 27-30 April 2010 merupakan program yang julung-julung kali diadakan dalam sejarah sekolah, sejak penubuhan pada tahun 2001. Program yang berlangsung selama 4 hari 3 malam ini melibatkan kesemua 820 orang pelajar serta 60 orang guru, serta 30 orang peserta jemputan yang merupakan para pelajar sekolah rendah dari sekolah aluran SMKE (feeder school). 8 Unit Beruniform yang terlibat ialah St John, Kadet Polis, Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM), Pandu Puteri, Pengakap, Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM), Kadet Remaja Sekolah (KRS) dan Bomba. Sepanjang perkhemahan, semua peserta tidur di dalam khemah.

Antara pertandingan yang dijalankan ialah Kawad Kaki, Hiasan Khemah Kreatif, Malam Kebudayaan, Ikhtiar Hidup, Rentas Halangan serta tidak ketinggalan Pertandingan Memasak. Alhamdulillah program berlangsung dengan lancar hasil kerjasama semua pihak yang telibat secara langsung dan tidak langsung. Sekalung penghargaan TERIMA KASIH kepada Tie yang telah menyediakan juadah yang enak sepanjang 4 hari 3 malam, Mr Judd yang menyediakan bekalan bahan mentah untuk memasak, para urusetia serta semua guru yang terlibat.

Taklimat Pembukaan


Pandu Puteri


Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM)


Pengakap


Kadet Polis


Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM)


Kadet Remaja Sekolah (KRS)


St John Ambulance Malaysia


Bomba


Kawad Kaki



Sebahagian Guru


Semoga kita semua sentiasa mendapat hidayah & rahmat Allah.

STUDY

Wassalam


Tuesday, 20-Apr-2010 04:20 Email | Share | | Bookmark
TELUR BUNGKUS

Assalamualaikum & selamat sejahtera..

PENGALAMAN ADALAH GURU TERBAIK
Pengalaman menyingkap erti kehidupan. Tanpa pengalaman kita tidak akan tahu realiti sebuah kehidupan. Jauh berjalan luas pengalaman. Apabila berjalan/merantau ke tempat orang, secara tidak langsung kita akan mempelajari kehidupan di tempat tersebut; dapat pengalaman. Hakikatnya kadang-kadang apa yang kita lihat dalam gambar tidak sama dengan apa yang kita lihat sendiri di depan mata

TELUR BUNGKUS
'Turn' masak hari Rabu. Selalu masak yang ringkas sahaja. Cukup ada karbohidrat (nasi), 1 lauk protein (ayam/ikan/udang/daging/telur) & 1 lauk vitamin (sayur). Telur Bungkus lagi best; 2 in 1 baa..

Telur bungkus ni tak ikut resipi. Hmm, sebenarnya tak pernah tahu pun macamana yang dikatakan telur bungkus tu. Pernah makan telur bungkus sekali je kot, itupun 6-7 tahun lepas. So ini 'lebih kurang' telur bungkus 'syok sendiri' la. Asalkan ada inti, bungkus dengan telur; jadi la telur bungkus. Ya ka?



Quote:
TELUR BUNGKUS

Bahan2
Telur
Ayam
Kobis
Lobak
Bawang merah
Bawang putih
Cili kisar
Lada besar
Sos tiram
Garam
Minyak

Cara2
1. Tumis bawang putih, bawang merah.
2. Masukkan cili kisar.
3. Masukkan ayam.
4. Masukkan sos tiram.
5. Masukkan kobis, lobak, lada besar & garam. Ketepikan (INTI).
6. Goreng telur dadar. Pastikan nipis.
7. Angkat, masukkan inti & gulung. Siap.


KACHUNG
Kachung merupakan salah satu kuih yang boleh dijumpai di sekitar TENOM. Kuih pulut ini berintikan kacang & dibungkus dengan daun. Kalau tidak silap kuih ni sejenis kuih bangsa Cina. Bungkus dengan daun apa? Entah, penjual tak tahu, orang kat sini pun tak tahu? Habis tu siapa la yang tahu?!! U all ni



Bile nak STUDY?

Wassalam


Saturday, 10-Apr-2010 04:10 Email | Share | | Bookmark
PESTA KALIMARAN 2010

Assalamualaikum & selamat sejahtera

PESTA KALIMARAN
Pesta Kalimaran merupakan acara tahunan bagi Komuniti Murut. Pesta ini diadakan di Pusat Kebudayan Murut di TENOM, Sabah. Bagi tahun 2010, Pesta Kalimaran telah berlangsung pada 2-4 April 2010.

Menurut bancian pada tahun 2006, 60% dari keseluruhan penduduk TENOM terdiri dari Komuniti Murut. Komuniti ini terdiri dari pelbagai kaum. Antaranya Bookan, Kolor, Nabai, Paluan, Serundong, Tahol dan Timulan. Setiap kaum memiliki keunikan tersendiri.



Pusat Kebudayaan Murut


Komuniti Murut


Sumandak & Ambai (girlfriend & boyfriend in Murut)


Kraftangan


Ukiran/Simbol

Quote:
Simbol
1 Lumayau Awas (Perantauan)
Ukiran ini diukir oeh individu yang hendak merantau dan mahu memulakan perjalanan. Ukiran ini hendaklah dipaparkan untuk memaklumkan kepada masyarakat umum tentang pemergiannya.

2 Pinansiet Ungkuyon
Ukiran ini digunakan untuk memaklumkan upacara pertunangan. Pihak lelaki akan menyediakan ukiran ini dan diserahkan kepada pihak perempuan, untuk diletakkan di simpang-simpang jalan sebagai alat hebahan majlis pertunangan tersebut.

3 Nangkawo/Nandikar (Perpisahan)
Ukiran diadaptasi untuk menyampaikan sesuatu yang sulit untuk dinyatakan. Kebiasaannya ukiran ini dihasilkan oleh lelaki yang kecewa dalam percintaan.

4 Pinandayun
Ukiran ini digunakan untuk menghebahkan kepada umum bahawa satu pertandingan membuat hasil kraftangan akan dijalankan antara dua gadis yang bertelagah. Pertandingan diadili berdasarkan jumlah bilangan kraftangan yang dihasilkan. Gadis yang kalah akan didenda.

5 Pinansiet Ruandu
Corak ukiran ini amat simbolik, iaitu untuk memaklumkan sesuatu secara tidak langsung. Keluarga gadis yang telah bertunang akan meletakkan ukiran di ruang tamu rumah bagi menyatakan anak gadis mereka telah bertunang.

6 Sinimpung
Ukiran ini bertujuan memaklumkan kepada pihak lain tentang wujudnya persatuan yang kukuh di kalangan penduduk yang mendiami sesebuah penempatan. Kebiasannya ukiran ini dipamerkan di ruang tamu sesebuah rumah panjang.


Tarian Lansaran

Quote:
Tarian Lansaran (sumber: Wikipedia)
Tarian Lansaran merupakan tarian tradisional suku kaum Murut. Tarian lansaran ini biasanya ditarikan di lantai khas yang berukuran kira-kira 81 kaki persegi yang dibina di tengah-tengah rumah panjang yang diperbuat menggunakan kayu bulat. Kayu bulat dipasang berlapis-lapis secara khusus supaya boleh melantun seperti "spring".
Di atasnya tarian lansaran dilakukan oleh kumpulan penari lelaki dan perempuan dengan pakaian tradisional warna hitam dan hiasan manik-manik yang berwarna-warni, kaum lelaki memakai topi berbulu burung serta pakaian diperbuat daripada kulit kayu bercampur kain berwarna.
Penari tarian ini membuat bulatan sambil melonjak-lonjak di atas lantai lansaran dengan diringi oleh bunyi hentakan susunan kayu bulat di bahagian bawah lantai lansaran, sambil itu penari lelaki akan melonjak ke atas untuk mencapai "kinkilat" (singkowoton) yang digantung di bahagian atas sambil bersorak tanda gagah.
Kemuncak tarian lansaran ialah berbalas-balas pantun tanda mengeratkan lagi tali silaturahim antara mereka. Pada masa lalu tarian itu diadakan bagi menyambut kepulangan para pahlawan yang telah mencapai kemenangan setelah bertarung di medan pertempuran.


NEGERI SEMBILAN Juara Piala FA 2010
Pasukan Bola Sepak NEGERI SEMBILAN berjaya menjulang trofi Piala FA setelah menumpaskan Kedah 5-4 menerusi sepakan penalti. Skuad Si Rusa memastikan kemenangan tersebut setelah kedua-dua pasukan masih terikat 1-1 selepas bermain pada masa tambahan. Kedah mendapat gol awal pada minit ke-27 manakala gol penyamaan dihasilkan 12 minit kemudian oleh Negeri Sembilan. Tahniah NEGERI SEMBILAN!! Hobin Jang Hobin XOXO

gambar: Utusan


STUDY

Wassalam


Tuesday, 30-Mar-2010 03:10 Email | Share | | Bookmark
EARTH HOUR 2010

Assalamualaikum & selamat sejahtera

PEMANASAN GLOBAL
Sejak akhir-akhir ini, isu Pemanasan Global (Global Warming) semakin PANAS diperkatakan. Manakan tidak suhu bumi meningkat sehingga lebih panas dari biasa.

Quote:
Pemanasan Global merupakan proses peningkatan suhu purata di permukaan bumi. Kebanyakan saintis percaya aktiviti manusia mengganggu kesan rumah hijau yang kebiasaannya berlaku secara semulajadi. Keadaan ini menyebabkan pemanasan di lapisan bawah atmosfera dan permukaan bumi, melalui proses kompleks yang melibatkan sinaran matahari, gas-gas dan zarah-zarah yang terdapat dalam atmosfera.
Terdapat pelbagai faktor yang menyumbang kepada kesan rumah hijau. Antaranya pembakaran bahan api fosil dan penebangan kawasan hutan, yang telah meningkatkan kadar pemerangkapan gas atmosfera, atau dikenali sebagai gas rumah hijau. Aktiviti ini menyebabkan suhu bumi mejadi semakin panas.
Sekiranya keadaan ini berterusan, pemanasan global bakal mengubah corak suhu dunia. Paras laut akan meningkat seterusnya menenggelamkan kawasan rendah. Secara tidak langsung bekalan air tawar akan tercemar. Perubahan iklim juga akan menyebabkan haiwan berpindah ke kawasan baru, atau diancam kepupusan.
Tidak syak lagi, kesan Pemanasan Global amat berbahaya. Namun begitu tedapat pelbagai perkara yang boleh kita lakukan untuk menangani isu Pemanasan Global ini. Antaranya mengurangkan kadar penggunaan tenaga elektrik dan mengitar semula bahan-bahan terbuang. Selain itu kita perlu lebih banyak berjalan kaki dan berbasikal, dari memandu sebarang kenderaan bermotor!

Diterjemah dari Oxford Illustrated Science Encyclopedia


Bagi menunjukkan keprihatinan terhadap isu global ini, saya dan rakan turut menyahut cabaran EARTH HOUR, dengan bergelap pada 27 Mac 2010 dari 830-930pm. Kempen 'Earth Hour' mula diperkenalkan pada tahun 2007 oleh World Wide Fund for Nature (WWF) dalam usaha mengajak penduduk bumi menangani isu Pemanasan Global (Global Warming).



TIADA AKTIVITI BARU
Sejak akhir-akhir ni tiada aktiviti ter-baru. Lagipun 'gaji belum menjangah akaun'. Oleh itu mari menikmati sedikit gambar yang 'masih' ada Nampak gaya-nya kena cari stok gambar baru baa

Ini antara gambar kabus yang sempat dirakamkan di sekolah. Gambar diambil pada pukul 630 pagi. Seronok melihat keadaan berkabus pada waktu pagi, terutama sepanjang perjalanan ke sekolah. Tapi tidak boleh nak ambil sebab dalam kereta baa. Buat pengetahuan, walaupun ber-kabus, cuaca tetap panas tu



Ini pula gambar sebahagian pelajar; 108 Tingkatan 1 (English), 10 Tingkatan 4 (EST) serta tidak ketinggalan 33 Tingkatan 3 (Morning Tuition; English)



Next n3
PESTA KALIMARAN 2-4 April 2010 @ TENOM

STUDY?

Wassalam


[<<  <  1  2  3  [4]  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net