srsfeqah.fotopages.com

By: srs feqah

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  [5]  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Saturday, 20-Mar-2010 03:20 Email | Share | | Bookmark
IKAN 3 RASA

Assalamualaikum & selamat sejahtera..

RASA SAYANG
"Rasa Sayang" merupakan antara lagu rakyat yang sangat terkenal di Malaysia, Indonesia & Singapura. Lagu ini dikatakan berasal dari Malaysia & Indonesia.



Quote:
Rasa sayang, hey! Rasa sayang sayang hey
Hey lihat nona jauh, rasa sayang sayang hey
Rasa sayang, hey! Rasa sayang sayang hey
Hey lihat nona jauh, rasa sayang sayang hey

Makan roti di gerai Macha
Sambil bersembang jamu selera
50 tahun merdeka
Jemputlah member, "Come to Malaysia"

We maybe young & playful
And we 'cakap banyak' & practically cool
But when it comes to our Malaysia
We love It, so don't you play the fool

Rasa sayang, hey! Rasa sayang sayang hey
Hey lihat nona jauh, rasa sayang sayang hey
Rasa sayang, hey! Rasa sayang sayang hey
Hey lihat nona jauh, rasa sayang sayang hey

*Main masak-masak kenangan lalu
DI gerai mamak menjamu selera
Biar Siew Ji Ah Moy atau Abang Adik
Kami cinta Negaraku

**Gunung indah lautan membiru
Flora fauna & rumah panjang
Di puncak Kinabalu kami berdiri

***Kami semua bersatu hati
Tiada sengketa sesama kami
Melayu Cina sahabat kami
Hidup kami dalam harmoni

Rasa sayang, hey! Rasa sayang sayang hey
Hey lihat nona jauh, rasa sayang sayang hey
Rasa sayang, hey! Rasa sayang sayang hey
Hey lihat nona jauh, rasa sayang sayang hey

*Bahasa Mandarin
**Bahasa Iban
***Bahasa Tamil


IKAN 3 RASA
Itu pasal lagu yang mempunyai RASA. Sebelum ke Sabah sempat mencuba IKAN yang ada 3 RASA ni



Quote:
IKAN 3 RASA

Bahan2
Ikan
Kunyit
Garam
Bawang Merah
Bawang Putih
Bawang Besar
Sos Cili
Sos Tomato
Sos Tiram
Tepung Jagung
Air
Cili

Cara2
1. Lumur ikan dengan kunyit & garam. Goreng. Ketepikan.
2. Tumis bawang merah & bawang putih.
3. Masukkan semua sos. Kacau sebati.
4. Masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air. Kacau.
5. Masukkan ikan, bawang besar & cili. Siap


1st COMMENTOR
Terima kasih k-pau. Bukan senang nak mencopot nih



Update di Semenanjung; Johol N9. Esok sudah mau terbang semula baa

STUDY

Wassalam


Wednesday, 10-Mar-2010 03:10 Email | Share | | Bookmark
NASI MINYAK

Assalamualaikum & selamat sejahtera

NEVER SAY DIE BEFORE YOU TRY
Jangan mengaku kalah sebelum melangkah! Jangan cakap tidak tahu sebelum tiba waktu! Jangan melatah, jangan mengalah!
Kasihan melihat pelajar sekarang, belum bagi arahan sudah angkat tangan; surrender. C'mon la, belum cuba belum tahu. Waktu belajar, sila-lah belajar. Waktu main, main-lah sangat. Jangan pulak waktu belajar, main. Waktu main pun main. Pergi sekolah tak nak belajar (lebih teruk ada yang tak ke sekolah; ponteng). Masa exam nanti mula-lah cakap tak tahu, tak pandai. Cikgu ajar tak nak dengar, cikgu bagi kerja rumah tak nak buat. Apo nak jadi anak bangsa-ku?

Belum buat apa-apa dah letak 'senjata'..pe cer??

NASI MINYAK

Lupakan sekejap fenomena sekolah alaf sekarang..
Di TENOM Sabah, saya menyewa dengan 3 orang lagi rakan; saya orang N9, 1 orang Perak & 2 orang lagi dari Kelantan. Kami masak secara bergilir. Jumaat masih ikut giliran, manakala hujung minggu secara bergotong-royong. Pada suatu Ahad yang indah, kami bekerjasama menyediakan Nasi Minyak, Ayam Masak Merah & Jelatah.



Quote:
NASI MINYAK (resipi sempoi)

Bahan2
beras nasi
air
susu cair/susu segar
minyak sapi/mentega
daun pandan
bawang merah
bawang putih
kulit kayu manis
bunga lawang
bunga cengkih
buah pelaga
bawang goreng

Cara2
1.Panaskan mentega.
2.Tumis bunga lawang, bunga cengkih, kulit kayu manis, buah pelaga, bawang merah & bawang putih.
3.Masukkan susu, daun pandan, air & beras.
4.Kemudian tanak nasi seperti biasa.
5.Hidangkan nasi bersama bawang goreng. Makan bersama Ayam Masak Merah & Jelatah.

Simple baa Nasi Minyak kitorang


Sungguh gembira menunggu hujung minggu!! (Jumaat baa) Yiii-ha!!

Hmm..sebelum tu, fp sunyi-kan sekarang?

STUDY

Wassalam


Sunday, 28-Feb-2010 02:28 Email | Share | | Bookmark
SUNGAI GABIAN JAWA SUMBILING, TENOM SABAH

Assalamualaikum & salam sejahtera..

I WONDER by Jeannie Kirby

Quote:
I WONDER
I wonder why the grass is green
And why the wind is never seen?
Who taught the birds to built a nest
And told the trees to take a rest?
When the moon is not quite round
Where can the missing bit be found?
Who lights the stars, when they blow out
And makes the lighting flash about?
Who paints the rainbow in the sky
And hangs the fluffy clouds so high?
Why is it now, do you suppose
That dad won't tell me if he knows?


Puisi 'I Wonder' merupakan salah satu komponen Kesusateraan Bahasa Inggeris yang wajib dipelajari bagi para pelajar menengah rendah. Karya Jeannie Kirby ini berkisar tentang kanak-kanak kecil yang mempunyai banyak soalan berkaitan 'who', 'where', 'when' dan 'why' kerana mereka masih terlalu mentah untuk berfikir sendiri. Justeru individu kecil ini harus dibimbing dan diberi perhatian yang sewajarnya, BUKAN didera, disepak dan ditendang sehingga menyebabkan kematian; seperti kisah penderaan menyayat hati yang berlaku di Selangor baru-baru ini.

SUNGAI GABIAN, KG JAWA SUMBILING, TENOM SABAH

Sempena cuti Tahun Baru Cina baru-baru ini, saya & rakan-rakan berkelah di Sungai Gabian, Kg Jawa Sumbiling, kira-kira 15km dari Pekan Tenom. Tidak ramai pengunjung ke sungai ini, mungkin kerana lokasi sungai ini kurang diketahui. Suasana yang nyaman lagi mendamaikan, sangat sesuai untuk mencari ketenangan; mengenepikan seketika tugas seharian. Selain itu, sempat juga meraikan sambutan hari lahir rakan; yang kebetulan jatuh pada hari perkelahan tersebut.









Orang Tenom/Keningau (mungkin juga orang Sabah) sangat suka makan SAYAP AYAM BAKAR; di sini diorang tak panggil kepak ayam atau chicken wings. Sayap Ayam Bakar sangat mudah dijumpai di pasar-pasar di Tenom/Keningau.

STUDY

Wassalam


Saturday, 20-Feb-2010 02:20 Email | Share | | Bookmark
TENOM & Happy 1st Birthday ADAM DANIAL

Assalamualaikum & selamat sejahtera..

TENOM Sabah

Quote:
TENOM telah dibuka secara rasmi sejak tahun 1900an. Berkeluasan kira kira 2238-2409 kilometer persegi, Tenom terletak di Bahagian Pedalaman Sabah, bersempadan dengan daerah Keningau, Sipitang, Beaufort dan Wilayah Kalimantan Indonesia. Daerah Tenom mempunyai 7 kawasan Mukim serta 201 buah kampung.

Menurut bancian pada tahun 2006, penduduk Tenom mencecah sehingga 51 000 orang, yang terdiri daripada 60% berbangsa Murut, 20% Cina, 10% Melayu, 8% Dusun/Kadazan serta lain-lain 2%. Majoriti penduduk Tenom menganut agama Kristian, diikuti Buddha, Islam, Tao, Nasrani dan Pagan.

Muka bumi Tenom amat sesuai untuk aktiviti pertanian kerana diliputi Hutan Hujan Tropika; mempunyai bukit bukau yang lebat serta tanah rendah yang subur. Dua buah sungai yang mengalir melalui daerah ini ialah Sungai Padas dan Sungai Pagalan yang menjadi sumber air kepada penduduk Daerah Tenom serta penjana bekalan api Elektrik Hidro Tenom Pangi.

Tenom mempunyai infrastruktur yang lengkap, antaranya jaringan jalan raya, bangunan Jabatan Kerajaan, 6 sekolah menengah, 45 sekolah rendah, bangunan kedai, perumahan kos rendah, pusat kesihatan, 1 hospital, 1 masjid, 4-5 gereja, Balai Polis, Balai Bomba, Pejabat Pos, 4 buah stesen minyak, pasar, Astaka Tenom, kompleks sukan, JPJ, JPN, hotel, stesen keretapi & 2 buah bank.

Tenom menarik untuk dilawati kerana kaya dengan keindahan alam semulajadi seperti pelbagai jenis tumbuhan dan hidupan liar yang menarik lagi misteri serta sungai yang hebat dan berarus deras iaitu Sungai Padas dan Sungai Pegalan. Tarikan utama Tenom ialah Taman Pertanian Lagud Seberang yang masih mengekalkan warisan kehijauan hutan. Taman Pertanian ini memaparkan aktiviti Kementerian Pertanian Dan Industri Pemakanan Sabah dalam Pembangunan Luar Bandar. Selain itu tempat-tempat pelancongan lain adalah Pusat Kebudayaan Murut di Pulong Melalap, Batu Berukir di Tomani, air terjun di Kg. Amboi, Kg. Baru Jumpa, Kg. Kalang dan Rekreasi Air atau White Water Rafting di Pangi. Satu lagi mercu tanda kemegahan Tenom ialah Tugu Antanom yang dibina sebagai memperingati Pahlawan Murut bernama Antanom atau Ontoros yang berjuang bagi kaum Murut di Rundum pada tahun 1915.

Sumber:
http://www.townplanning.sabah.gov.my/Interior_tenom.htm
http://en.wikipedia.org/wiki/Tenom
http://ambrosemail52.blogspot.com/2009/05/profile-daerah-tenom.html


TENOM terletak berhampiran Sarawak, bersempadan dengan Keningau, Sipitang, Beaufort dan Kalimantan Indonesia


Pemandangan daerah TENOM dari Hotel Perkasa


TENOM terletak 172km dari KK


Antara sekolah yang terdapat dalam daerah TENOM (Keseluruhan ada 6 sekolah menengah & 45 sekolah rendah)


Balai Polis, Pejabat Pos, Balai Bomba & Hospital TENOM. Tiada gambar Pusat Kesihatan


1 Masjid, 1 tokong, 4-5 gereja


Pasar & tempat membeli belah di TENOM


Tamu & pasar; ada sayur-sayuran dijual campur; boleh terus dimasak bah..


Stesen keretapi, bas (Tenom tiada BAS yang bas. BAS TENOM ialah VAN) & teksi


Ada 4 buah stesen minyak; 2 Petronas, 1 Shell & 1 Esso


Perkasa Hotel, Orchid Hotel, Tenom Inn, JPJ, JPN, BSN & d' 1 n only fast food @ TENOM; KFC. Tiada gambar Alliance Bank


Majlis Daerah, Imegresen, Astaka TENOM, Jabatan Perhutanan..Tiada gambar Kompleks Sukan


KOPI TENOM yg sadap baa..Tapi 3 minggu sudah di sini belom cubak lagi tu..


Perjalanan dari Kota Kinabalu ke Tenom mengambil masa kira-kira 2.5-3 jam. Agak ramai penduduk Tenom menggunakan 4 wheel drive kerana jalan KK-Tenom berbukit bukau. Sekiranya bernasib baik, anda berpeluang menyaksikan kabus meliputi jalan raya & cerun bukit dalam perjalanan dari KK-Tenom-KK.

HAPPY 1st BIRTHDAY ADAM DANIAL



Ya Allah..Semoga segala urusan dipermudahkan..Amin..

Wassalam


Wednesday, 10-Feb-2010 02:10 Email | Share | | Bookmark
NASI AYAM

Assalamualaikum & salam sejahtera..

AJAK-AJAK AYAM
Simpulan bahasa ini bermaksud pelawaan yang tidak bersungguh-sungguh. Mungkin mengajak hanya setakat berbasa-basi. Tidak mengajak menjadi bahan umpatan, maka terpaksa juga mengajak walaupun tiada perasaan. Namun ajakan sebegini kebiasaannya sekadar 'cukup syarat', mungkin tidak ikhlas

NASI AYAM
Kali ni memang saya cuma mahu ajak-ajak ayam. Orang lain dah bukak kedai Nasi Ayam, saya baru nak cuba try test buat Nasi Ayam. Buat Nasi Ayam sangat mudah, cuma bergantung kepada rajin atau tidak rajin



Quote:
NASI AYAM

Bahan2
Ayam
Air
Bawang
Halia
Rempah ratus
Daun pandan
Kicap
Minyak
Gula
Garam
Air limau nipis
Salad
Timun
Tomato
Daun sup

Cara2
1. Ayam dipotong 2. Rebus dengan bawang putih, halia & rempah ratus. Ketepikan.
2. Masak nasi menggunakan air rebusan tadi, serta daun pandan.
3. Ayam yang telah direbus tadi diperap dengan kicap. Kemudian dibakar atau digoreng.
4. Tumis bawang. Kemudian masukkan baki air rebusan; untuk sup.
5. Untuk sos; kisar cili, bawang putih, gula, garam & air limau.
6. Hidangkan nasi, ayam, sup, sos, salad & bawang goreng.


Perlu diingat kalau nak ajak orang yang kurang biasa makan Nasi Ayam kena beritahu, nak makan Nasi Ayam yang orang makan, BUKAN nasi ayam yang ayam makan

Wassalam


[<<  <  1  2  3  4  [5]  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net