srsfeqah.fotopages.com

By: srs feqah

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  [6]  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Monday, 1-Feb-2010 02:01 Email | Share | | Bookmark
TEMASYA OBOR GEMILANG 2010 & HAPPY BIRTHDAY MAK!!

Assalamualaikum & selamat sejahtera

CEMERLANG GEMILANG TERBILANG
Cemerlang Gemilang Terbilang merupakan sebuah ungkapan yang popular di Malaysia. Ungkapan ini terdiri daripada tiga perkataan Melayu yang berima iaitu:
-Cemerlang bermaksud sangat indah dan baik,
-Gemilang bermaksud bercahaya, terang-benderang, juga sinonim kepada cemerlang,
-Terbilang bermaksud terkenal.

Ungkapan ini sering meniti di bibir rakyat Malaysia kerana bunyinya yang indah serta mempunyai maksud yang baik. Lazimnya ungkapan ini diucapkan untuk melahirkan semangat dan wawasan masyarakat Malaysia. Walau bagaimanapun, ungkapan popular ini bukan cogan kata rasmi negara. Pada asalnya "Cemerlang Gemilang Terbilang" adalah cogan kata bagi manifesto Barisan Nasional ketika proses Pilihan Raya Umum pada tahun 2004. Versi cogan kata yang lebih panjang ialah "Ke Arah Malaysia Cemerlang Gemilang Terbilang".

Ungkapan ini juga digunakan dalam tema Rancangan Malaysia Ke-9 iaitu "Bersama Ke Arah Cemerlang, Gemilang Dan Terbilang", seperti yang dinyatakan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi dalam bahagian Kata Pendahuluan kertas kerja rancangan tersebut. Selain itu lagu yang berjudul "Cemerlang Gemilang Terbilang" dicipta oleh Datuk Mokhzani Ismail dengan lirik ditulis oleh Siso. Lagu ini dinyanyikan ketika Sambutan Hari Kebangsaan Ke-50 pada 31 Ogos 2007.

Sumber: Wikipedia

TEMASYA OBOR GEMILANG 2010
Sungguh panjang intro kali ini bah Sebenarnya mau share gambar-gambar sepanjang TOG iaitu Temasya Obor Gemilang, yang telah berlangsung dari 28 hingga 30 Januari 2010 baru-baru ini Alhamdulillah, secara keseluruhan kejohanan berlangsung dengan lancar, selain beberapa rekod kejohanan telah diperbaharui. Tahniah kepada yang berjaya, yang kurang berjaya kita jumpa lagi tahun depan bah













HAPPY BIRTHDAY MAK (5 FEBRUARI)
Happy Birthday 2 u..
Happy Birthday 2 u..
Happy Birthday 2 Mak..
Happy Birthday 2 u..

May Allah bless u..
I love u Mak



STUDY

Wassalam


Wednesday, 20-Jan-2010 01:20 Email | Share | | Bookmark
PAI DAGING & BYE2 KL (1999-2010)

Assalamualaikum & selamat sejahtera..

FAIL TO PLAN IS PLAN TO FAIL
Salah satu peribahasa yang amat popular ketika di bangku sekolah. Memang betul, perancangan sangat penting dalam setiap pekerjaan yang kita lakukan. Tanpa perancangan yang baik hasilnya kemungkinan tidak menjadi baik. Tapi perlu diingat bukan semua perancangan yang baik akan memberikan hasil yang baik. Kita hanya merancang Allah yang menentukan.

PAI DAGING
Pai daging ni memang tidak termasuk dalam sebarang perancangan. Siang tu tak masak tengahari sebab menghadiri jemputan kahwin. So malam tu nak masak nasi & lauk malas la pulak. Tanya adik2 nak makan apa, diorang cakap "Apo2 yo la..". Seperti biasa si kakak yang rajin memasak di kampung ini, terus online cari idea & terjumpa Pai Ayam k-MaDiHaA. Tapi saya buat pakai daging; inti pai versi sendiri; guna apa-apa bahan yang ada

Quote:
PAI DAGING

Kulit Pai
100g tepung gandum
50g mentega
secubit garam
2 sudu besar air

Inti Daging
Bawang besar
Bawang Putih
Daging
Telur
Lada hitam
Garam
Minyak
Mentega
Air

1. Uli bahan-bahan kulit pai menjadi doh. Ketepikan.
2. Tumbuk bawang merah, bawang putih & lada hitam.
3. Tumis bahan-bahan tumbuk.
4. Masukkan sos tiram & garam. Kacau.
5. Masukkan daging. Biar sehingga empuk. Tambah sedikit air.
6. Masukkan telur. Kacau.
7. Sapu loyang dengan mentega.
8. Canai doh; bahagi kepada 2 bahagian.
9. 1 bahagian doh menjadi tapak.
10. Isi inti.
11. Tutup dengan sebahagian lagi doh. Cucuk permukaan pai dengan garfu.
12. Bakar sehingga masak.






BYE2 KL (1999-2010)
Setelah 10 tahun bermastautin di KL, saya akan berhijrah ke 'tanah' lain pada minggu terakhir Januari 2010. Saya mohon kalian semua mendoakan Allah permudahkan segala urusan saya. Saya juga berharap segala persediaan berjalan lancar seterusnya saya berjaya beradaptasi dengan suasana dan keadaan baru. Kita hanya merancang Allah yang menentukan.



KL, bye2 bah..

Wassalam


Friday, 15-Jan-2010 01:10 Email | Share | | Bookmark
KEK COKLAT KUKUS & HAPPY BIRTHDAY IMAH

Assalamualaikum & selamat sejahtera

RAMBUT SAMA HITAM HATI LAIN-LAIN
Walaupun secara fizikal kelihatan sama namun dari segi mental mungkin tidak serupa. Sering kali kita dengar orang bercakap 'Sama Tidak Serupa'. Setiap manusia dilahirkan unik. Sedangkan kembar seiras mempunyai perbezaan, apatah lagi manusia yang tidak mempunyai talian persaudaraan. Maka sebanyak mana persamaan, masih terdapat sedikit perbezaan. Yang tersirat tidak semestinya menggambarkan yang tersurat. Tapi zaman sekarang rambut dah tak hitam

KEK COKLAT KUKUS
Bukan nak bercerita pasal hitam si rambut, tapi nak berkongsi pasal si hitam Kek Coklat Kukus. Resipi ni dapat daripada makcikku Atam, melalui panggilan telefon. Buat sempena Hari Lahir adikku Imah. Kek ini sangat sempoi & mudah dibuat. Tekstur seperti brownies.

Quote:
KEK COKLAT KUKUS ATAM

Bahan2
1 cawan tepung gandum
1 cawan gula
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu pekat
1 cawan susu cair
1 cawan minyak jagung
1 sudu teh soda bikarbonat
5 biji telur
Sedikit mentega

Cara2
1. Ayak tepung, serbuk koko & soda bikarbonat. Ketepikan.
2. Kisar telur & gula (guna blender je).
3. Masukkan susu pekat, susu cair & minyak jagung. Kisar lagi.
4. Campurkan 1 & 3. Kacau sehingga sebati.
5. Sapukan loyang dengan mentega & tuangkan adunan. Kukus selama 45 minit-1 jam.




HAPPY BIRTHDAY IMAH (13 JANUARI)
Happy birthday 2 u..
Happy birthday 2 u..
Happy birthday 2 IMAH..
Happy birthday 2 u..



Kek ni buat sebelum tido, 10.30 malam mula, 12.30 malam siap. Ingatkan nak buat topping pagi esoknya. Sekali tu birthday girl nak supper Kek Coklat bah..Breakfast pun Kek Coklat bah. So by the time buat topping tu, kek pun dah tinggal separuh Terima kasih kepada k-jasmeen yang telah sudi memberikan idea untuk membuat chocolate topping


Sedang serabut bah..

Wassalam


Sunday, 10-Jan-2010 01:10 Email | Share | | Bookmark
HOMEMADE CRACKERS

Assalamualaikum & selamat sejahtera..

BAIK JADI TELADAN, BURUK JADI SEMPADAN
Dalam kehidupan, ada contoh yang baik dan ada pula contoh yang tidak baik. Contoh yang baik sangat wajar dijadikan panduan, manakala contoh yang tidak baik pula perlu diambil iktibar dan pengajaran, dalam menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan dalam kehidupan.

HOMEMADE CRACKERS

Tiba-tiba rasa nak buat biskut sendiri. So google resipi + try buat simple crackers.

Quote:
HOMEMADE CRACKERS

Bahan2
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh garam
1/2 sudu teh serbuk penaik
1/4 cawan mentega
1/2 cawan susu segar
1 biji telur

Cara2
1. Ayak tepung, garam & serbuk penaik.
2. Masukkan mentega & jadikan 'bread crumb'.
3. Masukkan susu segar & telur. Uli menjadi doh.


Untuk eksperimen kali pertama ini, saya bahagikan doh kepada 3 bahagian; untuk 3 perasa yang berbeza.
Bahagian 1: doh asal; plain crackers. Ikut arahan 400 C (mcm over), suhu maksimum oven kat rumah ni 250 C sahaja. Tapi biskut still hampir rentung hehe. Entah2 400 ferenheit kot..
Bahagian 2: Untuk pusingan seterusnya, doh asal + oat & gula, adikku Dik Wan cadangkan tambah gula sebab biskut tak manis. Suhu 200 C.
Bahagian 3: Untuk pusingan terakhir, doh asal + mentega + vanila + gula + cornflake. Mak cadangkan tambah mentega sebab biskut agak keras, Dik Wan cadangkan tambah vanila dan saya pula tambah cornflake.

Biskut Kosong (?)


Biskut Oat


Biskut Vanilla Cornflake


Biskut in da making


Buat biskut ni ketika perlawanan Bola Sepak Sukan Sea Laos pusingan separuh akhir; Malaysia vs Laos yang berkesudahan Malaysia mengalahkan Laos 3-1

Walaupun hasil eksperimen biskut sedikit keras, dari segi rasa, plain crackers dah cukup sedap sebab lemak masin. Saya & Abah suka biskut yang ke-2; ada oat & gula, rasa macam makan biskut J*cob. Dik Wan pula lebih suka biskut yang ke-3 sebab lebih manis & ada vanila. Uda (adik yang sorang lagi) semua pun dia makan. Mak sakit gusi, so tak berapa nak enjoy + sibuk suruh try buat roti pulak..

STUDY

Wassalam


Tuesday, 5-Jan-2010 01:05 Email | Share | | Bookmark
BUKIT BROGA

Assalamualaikum & selamat sejahtera..

SELAMAT TAHUN BARU 2010
Semoga 2010 lebih baik dari 2009

BUKIT SAMA DIDAKI LURAH SAMA DITURUNI
Peribahasa yang tersenarai dalam silibus Bahasa Melayu Tingkatan 5 ini merujuk kepada persahabatan yang sangat akrab, iaitu susah senang bersama. Bukan senang memperolehi sahabat sejati yang setia di sisi, sanggup menemani di kala suka dan duka. Justeru hargai sahabat-sahabat di sekeliling kita

BUKIT BROGA 010110
Tahun 2010 bermula aktif. Pagi 010110, saya & para sahabat 'mendaki dan menuruni' Bukit Broga. Bukit yang turut dikenali sebagai Bukit Lalang ini berketinggian 350 meter, terletak 1km dari Broga & 8km dari Semenyih, Kajang. Pendakian hanya memakan masa 45 minit hingga 1 jam manakala 30-45 minit diperlukan untuk turun. Namun begitu masa yang lebih panjang diperlukan sekiranya melibatkan aktiviti bergambar Bukit Broga agak sesuai untuk pendakian bersama ahli keluarga. Kehijauan alam melatari aktiviti pendakian kami ber-5. Suasana tambah meriah dengan kehadiran pengunjung yang sangat ramai..Thanx Erliz, Ida, Syida & Kam

Trek..


dan laluan


Hijau tenang


Hijau damai


Hijau permai


Orang yang sangat ramai


5 pendaki wanita bersemangat waja


Melompat lebih tinggi


2010
Masih belum boleh merancang 2010..
Sedang tunggu & terus menunggu..
Harap semua berjalan dengan bagus

STUDY

Wassalam


[<<  <  1  2  3  4  5  [6]  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net