srsfeqah.fotopages.com

By: srs feqah

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  6  7  [8]  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 17-Nov-2009 10:15 Email | Share | | Bookmark
TAWARAN ISTIMEWA AIDILADHA

Assalamualaikum & salam sejahtera

JAHIT LENGAN BAJU RM20

Berminat untuk mem-bling-bling-kan lengan baju anda sempena Aidiladha??
Serikan dengan jahitan permata atau manik.
Harga serendah RM20 bagi sepasang lengan!!

Tawaran dari 17/11/2009 hingga 21/11/2009 SAHAJA!!
Lokasi: Lembah Pantai KL, PJ, Bandar Kinrara, Bangi, Shah Alam


Diskaun
1 baju: RM20
2 baju: RM35
3 baju: RM53


Penghantaran: Sebelum atau pada 25/11/2009 (Rabu)













Caranya sungguh MUDAH:
Sila emel nama, nombor telefon & lokasi anda ke feqahsrs@yahoo.com atau anda juga boleh tinggalkan butiran di ruangan komen.

PROMOSI TUDUNG AIDILADHA
Klik Tudung2 Chantique

Selendang Pashmina: 1 RM15, 2 RM20


Tudung Scallop: RM10 sahaja (harga asal RM15)


Promosi Aidiladha
Diskaun 30% bagi tudung yang berharga RM15
Diskaun 50% bagi tudung yang berharga RM20

Sila lawat Tudung2 Chantique

Terima kasih

Wassalam


Tuesday, 10-Nov-2009 11:10 Email | Share | | Bookmark
ERLIZ KAWEN

Assalamualaikum & selamat sejahtera

BAGAI PINANG DIBELAH DUA
Peribahasa ini merupakan antara peribahasa yang paling popular berkaitan perkahwinan, yang bermaksud 'serupa benar'. Kebiasaannya bagi menggambarkan pasangan tersebut sangat secocok dan sesuai benar, sama cantik sama padan. Peribahasa lain yang turut membawa pengertian yang sama ialah 'Salin/sesalin tak tumpah' dan 'Seperti peluru dua setuangan'.
Sumber: KaryaNet

ERLIZ-SAIFUL (7-11)

Tahniah & selamat pengantin baru kepada Puan Erliz & Encik Saiful
Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat..

Akad nikah di masjid



Majlis di dewan



Hantaran



Tumpang gembira sebab kawan-kawan dah kahwin
Tapi sedih sebab semua kawan dah kahwin
Hmm..kena cari kawan baru?

SELAMAT PENGANTIN BARU (Saloma)

Selamat pengantin baru
Selamat berbahagia
Selamat ke anak cucu
Selamat sejahtera

Semoga berkekalan
Semoga berpanjangan
Semoga satu tujuan
Semoga aman

Hidup mestilah rukun
Sabar paling perlu
Cinta setiap hari
Senyum mesti selalu

Selamat Pengantin Baru oleh Saloma (Filem Madu Tiga 1964)


Pada hari bersejarah Erliz & Saiful, berlaku satu lagi sejarah iaitu..

NEGERI SEMBILAN JUARA PIALA MALAYSIA ke-83

Tahniah kepada pasukan bola sepak Negeri Sembilan kerana telah berjaya menjulang Piala Malaysia ke-83 baru-baru ini. Turun selaku pasukan underdog, Negeri Sembilan gagah menewaskan Kelantan 3-1 walaupun 'dikepung' 70 000 penyokong The Red Warriors. Setelah 61 tahun menanti, kejayaan skuad Rusa ini merupakan hadiah istimewa sempena pertabalan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang ke-11, Tuanku Muhriz ibni Tuanku Munawir. Walaupun perlawanan hebat tersebut dicemari insiden kurang bermoral segelintir penyokong fanatik pasukan lawan, anak buah Wan Jamak Wan Hassan tidak sedikit pun melengah-lengahkan masa permainan. Berbekalkan disiplin yang tinggi, 90 minit masa permainan digunakan sebaik mungkin untuk memastikan kejuaraan milik Negeri Sembilan, setelah 2 kali tewas dalam perlawanan akhir pada tahun 2000 dan 2006. Tambah manis pasukan yang menampilkan kesebelasan pemain utama berbilang bangsa ini muncul pasukan tunggal yang tidak pernah kalah sepanjang aksi Piala Malaysia 2009, dengan hanya bolos 3 gol sepanjang musim ini.

Pemain Negeri Sembilan (1Malaysia): Mohd Farizal Harun (Penjaga Gol), S Kunalan, Mohd Aidil Zafuan, Mohd Zaquan Adha, Shahurain Abu Samad, Mohd Shukor Adan, Ching Hong Aik, Idris Abdul Karim, Rezal Zambery Yahya (Kapten), Hairuddin Omar dan Mohd Alif Samsudin.


Gambar dari Arkib Utusan Online 08/11/09

Hobin Jang Hobin!!

Wassalam


Friday, 30-Oct-2009 10:30 Email | Share | | Bookmark
UNGU-PUTIH vs HITAM-PUTIH

Assalamualaikum & selamat sejahtera..

WARNA
Setiap warna ada keistimewaan tersendiri. Kadang kala pemilihan warna boleh mempengaruhi emosi seseorang. Selain itu warna juga boleh mencerminkan personaliti. Saya suka warna MERAH. Menurut info dari laman web EMILY GEMS; Merah melambangkan:

"Red is the warmest of all colors. Red is the color most chosen by extroverts and one of the top picks of males. On the negative side red can mean temper or anger. In China, red is the color of prosperity and joy. Brides wear red and front doors are often painted red. Red is Tuesday's color. Red roses symbolize passionate love. Ruby rings should be worn on the left hand. Red is the color of Mars. This planet is known as the God of War."

UNGU-PUTIH vs HITAM-PUTIH
Minggu lepas saya ada 2 functions. Satu hi-tea dengan tema UNGU-PUTIH manakala 1 lagi dinner bertemakan HITAM-PUTIH. Kebetulan 'tiada stok' baju untuk kedua-dua tema tersebut, sebab itu-lah terpaksa ke hulu ke hilir mencari (Sila rujuk entry sebelum ini)

Hi-tea di Bandar Sunway




Kolokium & Dinner

Hari pertama; baju batik rasmi (warna merah) & tudung hitam


Hari kedua; baju bebas (merah lagi??) & tudung hitam


Dinner; black & white




TERIMA KASIH
Pada kesempatan ini saya berbesar hati mengucapkan sekalung penghargaan & ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah banyak membantu sepanjang sesi pengajian tahun 2009 ini, terutama saudari Ayu_srk. Saya juga mohon maaf atas segala salah & silap.

Alhamdulillah selesai 10 bulan pertama 2009

STUDY

Wassalam


Tuesday, 20-Oct-2009 10:20 Email | Share | | Bookmark
CUTI DEEPAVALI

Assalamualaikum & selamat sejahtera

WINDOW SHOPPING
Shopping is the examining of goods or services from retailers with the intent to purchase at that time. Shopping is an activity of selection and/or purchase. In some contexts it is considered a leisure activity as well as an economic one.
Source: Wikipedia

Mana lebih best? Window shopping or shopping?

CUTI DEEPAVALI
5 hari cuti Deepavali!!! Oleh sebab minggu depan ada 2 events, maka cuti yang ada terpaksa digunakan sebaik-baiknya untuk menyelesaikan tugasan serta membeli barang-barang keperluan.

Jumaat (16/10/9)
Pagi-petang: Central Market (CM)-Masjid India-Jln TAR

Sabtu (17/10/9)
Tengahari: PKNS Shah Alam
Petang-malam: Masjid India

Ahad (18/10/9)
Pagi: Seremban (ziarah saudara yang akan ke Mekah)
Petang: Open house di Puchong

Isnin (19/10/9)
Pagi-malam: buat assignment

Selasa (20/10/9)
Pagi: Bangi; discussion assignment
Petang-malam: CM-Masjid India-Jln TAR

Masih ada 1 barang lagi yang belum berjaya diperolehi. Susah boto nak cari baghang yang be-konan..Hmmm, plan 'Z' guno yo la apo-apo yang ado

Sambil mencari barang-barang keperluan, sempat lagi membeli beberapa jenis kuih muih India. Maklum la, Deepavali kan..1Malaysia

Ladoo


Coconut Candy


Mysore Palkova


Vadei halus (?)


Vadei (biasa)


Osah lom abih ponek ek nih

MINGGU TERAKHIR
Yahoo??!!!

STUDY

Wassalam


Saturday, 10-Oct-2009 10:10 Email | Share | | Bookmark
HIDANGAN SYAWAL

Assalamualaikum & selamat sejahtera

SOLAT ITU TIANG AGAMA
Menunaikan solat fardhu 5 waktu sehari semalam merupakan Rukun Islam yang ke-2. Sabda Rasulullah SAW: "Solat itu tiang agama, barangsiapa yang mengerjakannya maka ia menegakkan agamanya dan barangsiapa yang meninggalkannya ia meruntuhkan agamanya". [Riwayat Al-Bukhari dan Muslim].

HIDANGAN SYAWAL
Syawal 2009 kami sambut dengan penuh sederhana. Seperti beberapa tahun sebelum ini, pulut & sambal ikan bilis petai versi bersantan menjadi hidangan wajib kami sekeluarga di pagi Syawal. Tahun ni, Kuih Raya hanya terdiri daripada pelbagai kerepek & keropok, tiada biskut

Pulut versi kukus


Sambal Ikan Bilis Petai versi bersantan


Popia Nestum


Kuih Sepit


Kerepek Pisang


Jajan


Begedel; begedel ni kubuat sebab adikku Uda teringin sangat nak makan begedel


PAGI SYAWAL
Solat Sunat Aidilfitri kami tunaikan di Surau Tinggi (surau famili) Kg Changgang, Johol N9. Baik lelaki mahupun perempuan, solat sunat kami dirikan dengan penuh kesyukuran, tanda kemenangan setelah berjaya berpuasa selama sebulan. Usai solat kami saling bermaafan sebelum meneruskan acara makan-makan


101010
Saya sudah 'cop' 101010

Wassalam


[<<  <  1  2  3  4  5  6  7  [8]  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net