srsfeqah.fotopages.com

By: srs feqah

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  3  4  5  6  7  8  9  [10]  11  12  13  14  15  16  17  >  >>]    [Archive]
Friday, 10-Jul-2009 07:10 Email | Share | | Bookmark
SUKAN SAKAN

Assalamualaikum & selamat sejahtera

BIDAN TERJUN
Seseorang yang terpaksa menggantikan tempat seseorang yang lain secara tiba-tiba, tanpa dirancang atau boleh juga disebut sebagai seseorang yang dijemput secara mendadak.

SUKAN 2009
11 tahun tak bersukan, tiba-tiba terpaksa dan dipaksa untuk bersukan. Sukan pula bukan 1-2 acara, sedangkan persiapan hanya dalam masa beberapa hari sahaja. Jadi cuba bayangkan, bukan setakat bidan je, malah doktor, nurse, misi, H.A. pun terpaksa terjun sama

Hari 1: Softball & Memanah
Hari 2: Acara Padang (Lompat Jauh, Lompat Tinggi, Lontar Peluru, Rejam Lembing, Lempar Cakera)
Hari 3: Perbarisan & Acara Balapan (100m, 200m, 400m, 4x100m, 8x50m)

Tahniah kepada semua penerima pingat, penyokong serta penganjur!!

Hmm, agak2 saya rumah apa ya?

selepas perbarisan









100m wanita


200m lelaki


200m wanita


400m lelaki


lontar peluru


rejam lembing


penerima pingat


penyokong


penjaga masa & penjaga garisan


TEKA BUAH
Cuba teka buah apakah ini? Bagi yang dah biasa tengok mungkin dah tahu. Tapi mungkin ada yang belum pernah tengok, maka mungkin tidak tahu. Buah ini sangat 'familiar' dalam kegunaan kehidupan seharian



STUDY!! Exam sudah datang..

Wassalam



Tuesday, 30-Jun-2009 06:30 Email | Share | | Bookmark
ALAS KAKI-ku

Assalamualaikum & selamat sejahtera

ALWAYS PUT YOURSELF IN SOMEONE ELSE' SHOES
or Put Yourself in Other's Shoes
Peribahasa ini mengingatkan kita agar sentiasa meletakkan diri dalam keadaan atau situasi orang lain. Atau dalam kata lain, kita perlu sentiasa cuba memahami orang lain. Kadang-kadang apabila berlaku pada orang lain kita tak faham, tapi apabila sendiri dah rasa, barulah terasa. Maka marilah kita sentiasa cuba saling memahami.

TAG SELIPAR
Saya & ahli TKB (Team Ketupat Bawang) di-tag oleh Presiden TKB.
Setelah mendapat kebenaran Presiden TKB, saya menggunakan Sandal (bertali) bagi menjawab tag ini

Sandal Bertali



Kat mana beli?
Jln Tunku Abdul Rahman (Jln TAR) KL

Berapa harga?
RM47 (ada diskaun)

Dah berapa lama pakai?
8 bulan

Kenapa suka?
Sangat selesa. Warna hitam, boleh mix & match dengan semua warna baju. Lagipun match dengan handbag hitam-ku yang 1 itu

Dah bawa sampai mana?
Selain KL, Selangor & Negeri Sembilan, sandal ini juga telah berjalan ke Melaka, Perak & Pahang, je kot..

Ucapan
Oh sandal-ku, Aku Sayang Kamu..Mmmuaaahhh hah hah

BONUS: Kisah di sebalik pembelian sandal
Saya ke Jln TAR dengan Q. Target nak beli sandal bertali yang simple tapi boleh tahan lama; untuk kegunaan formal dan tak formal, walaupun budget ciput masa tu. Setelah penat mencari di pelosok Midvalley, PJ & Kota Raya, akhirnya pergi pula ke Jln TAR. Masa masuk kedai tu nampak ada sorang awek bertemankan pakwe-nya sedang mencuba sandal (hitam) tersebut ditemani seorang salesgirl. Saya yang terpikat, terus masuk ke dalam kedai dan ke rak, seterusnya minta salesgirl yang lain ambil sandal hitam tersebut saiz 5. Dan salesgirl tersebut terus mendapatkan sandal hitam saiz 5 tersebut. Ketika sedang mencuba sandal itu, kedengaran awek tadi macam marah-marah sebab awek tu pun nak sandal hitam itu saiz 5 juga. Awek tu tak puas hati sebab dia yang tengok sandal tu dulu, tapi saya pula yang dapat. Dalam keadaan marah, awek tu terus blah. Saya cakap kat pakwe awek tu, kalau nak saya boleh bagi sandal yang dalam tangan saya tu. Tapi awek tu dah menonong jauh. Salah-kah saya? 1st come 1st serve vs 1st ask 1st get..

Selipar Jepun



Selipar Jepun ni untuk kegunaan di rumah sahaja..

Multi Purpose Shoe a.k.a Kasut Getah



Ini pulak Kasut Getah atau boleh juga dikenali sebagai Multi Purpose Shoe. Sebelum ni tak terfikir pun nak beli Kasut Getah, tapi disebabkan Kasut Getah ni sangat diperlukan ketika ke Pulau Pangkor (April 2009) hari tu, terpaksa beli juga. Tiba-tiba ter-seronok pulak pakai Kasut Getah ni. Selain untuk kegunaan harian (ke kedai/pasaraya), Kasut Getah ini juga boleh digunakan di dalam air serta untuk aktiviti senaman ringan. Kalau kena air, Kasut Getah ni cepat kering. Memang best!

FEQ & FID JUMPA KAK INA & ANGGERIK RIMBA @ TAMPIN N9
Mak suruh balik kampung ambil gambar *** (next next next n3). Kebetulan si Pidah pun balik kampung juga, so tumpang si Pidah. Sebelum tiba di Johol, kami melangok dulu di Tampin, bertemu kak Ina a.k.a Presiden TKB & Anggerik Rimba.

Memula makan kat Kedai Kuih Udang


Lepas tu ke Tampin Square & Tampin Shopping Centre


Esoknya on the way ke Pahang, kami singgah pula di rumah kak Ina di Gentam, Kuala Pilah


KOLEJ MATRIKULASI PAHANG
Kami 3 beranak; Mak, saya & Pidah melawat budak bertuah; si Imah..



HAPPY BIRTHDAY ANUM 1 JULAI
Happy Birthday kepada adikku Anum..
May Allah bless u..
May all your wishes come true



Oh sudah panjang bangat..

Ayo STUDY..

Wassalam


Saturday, 20-Jun-2009 06:20 Email | Share | | Bookmark
HAPPY FATHERS' DAY & MINES

Assalamualaikum & selamat sejahtera..

SELAMAT HARI BAPA @ HAPPY FATHERS' DAY
HAPPY 'ABAH' DAY to our ABAH..
serta semua Abah/Abi/Ayah/Bapa/Papa/Daddy/Ayahanda/Father/Walid/Pa/Appa di seluruh dunia

We LOVE u ABAH!!

Celebrate kt Sate Hj Samuri Kajang

Our ABAH


3 generasi; Abah, Abang Ajib & Adam


Makan-makan time


Adam n dayang-dayang (eh, mano oghang istano?)


MINES

Outing dengan kawan3 kat Mines..

Lunch kat Food Court


Dinner pulak kat 'Kopi Putih Pekan Lama'










p/s: Buat Presiden TKB, Tag Selipar saya buat di lain n3 ek?

STUDY

Wassalam


Wednesday, 10-Jun-2009 06:10 Email | Share | | Bookmark
MEMANAH

Assalamualaikum & selamat sejahtera..

Sabda Rasulullah SAW, "Ajarlah anak-anak kamu memanah, berenang & menunggang kuda"
sumber: Sukan Dalam Islam

Di antara hiburan yang dibenarkan oleh syara' ialah bermain memanah dan perang-perangan. Sebab di satu saat Nabi pernah berjalan-jalan menjumpai sekelompok sahabatnya yang sedang mengadakan pertandingan memanah, maka waktu itu Rasulullah SAW. memberikan dorongan kepada mereka dengan sabdanya: "Lemparkanlah panahmu itu, saya bersama kamu." (Riwayat Bukhari)
"Kamu harus belajar memanah karena memanah itu termasuk sebaik-baik permainanmu." (Riwayat Bazzar, dan Thabarani)
sumber: website Ibnu Hasyim

MEMANAH
"Panahan atau memanah adalah suatu kegiatan menggunakan busur panah untuk menembakkan anak panah. Bukti-bukti menunjukkan bahwa sejarah panahan telah dimulai sejak 5.000 tahun yang lalu yang awalnya digunakan untuk berburu dan kemudian berkembang sebagai senjata dalam pertempuran dan kemudian sebagai olahraga ketepatan. Seseorang yang gemar atau merupakan ahli dalam memanah disebut juga sebagai pemanah."
sumber: Wikipedia Indonesia

Saya & kawan-kawan memanah







SELAMAT PENGANTIN BARU

Tahniah & semoga berbahagia hingga ke akhir hayat kepada:
1- Siti Khadijah & suami
2- Affendi & Tengku Norhidayati
3- Ramlah & suami
4- Asmaizai & suami

2 kenduri di N9 sompek poie, manakala 2 lagi kenduri di Kelate, tok leh gi..

Siti Khadijah & suami


Affendi & Tengku Norhidayati


STUDY k..

Wassalam


Saturday, 30-May-2009 05:30 Email | Share | | Bookmark
BOWLING

Assalamualaikum & selamat sejahtera

BANYAK UDANG BANYAK GARAM
BANYAK ORANG BANYAK RAGAM

modify sikit

BANYAK PADANG BANYAK BUKIT
BANYAK ORANG BANYAK PENYAKIT

Memang kalau banyak orang, banyak pe'el. Dari perangai yang best sampai la ke yang x best, dari yang elok sampai la ke yang x elok. Yang x elok tu pun ada macam2 pulak; ada yang halal, ada yang haram..
Penyakit pun samo. Zaman sekarang ni macam2 penyakit muncul..
Macam2 ado..

BOWLING

Sumber: Wikipedia Bahasa Melayu
Boling sepuluh pin atau ten-pin bowling adalah sejenis sukan kompetitif dan riadah di mana seorang pemain diperlukan untuk menggolek bola di atas lorong yang dibuat dari kayu atau sintetik (polyurethane) dengan tujuan untuk mendapat mata secara menjatuhkan sebanyak pin yang mungkin.
Lorong boling tersebut berukuran 41.5 inci (105 cm) lebar dan 60 kaki (18.2 m) panjang. Di kiri dan kanan lorong tersebut terdapat 2 buah longkang yang akan mengutip bola yang melencong ke luar. 20 kaki (6 m) kehadapan adalah ruangan untuk pemain bergerak, dan baki 40 kaki (12 m) untuk bola bergolek ke arah 10 pin yang disusun secara segi tiga di hujung lorong. Pemain akan naik ke pelantar lorong tersebut dengan bola yang seberat di antara 6 hingga 17 paun (2.7 - 7.7 kg).














Orang lain mem-boling, kita MEM-BALING..Layaann

Ye STUDY STUDY

Wassalam


[<<  <  3  4  5  6  7  8  9  [10]  11  12  13  14  15  16  17  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net