srsfeqah.fotopages.com

By: srs feqah

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 3-Dec-2007 12:03 Email | Share | Bookmark
Isu DBP; KEMANDULAN MINDA

 
Saya membaca Mingguan Malaysia semalam; 2 Disember 2007. Dalam banyak-banyak berita yang dimuatkan, saya sangat terpikat dengan 2 artikel susulan, berkaitan isu DBP; KEMANDULAN MINDA. Berbekalkan semangat yang ada, saya menulis 'summary' ini..opss 'ringkasan' ini..

Baru-baru ini Ahli Parlimen Gerik, Datuk Dr. Wan Hashim Wan Teh yang juga Pengerusi Institut Terjemahan Negara telah mengkritik Jawatankuasa Istilah Dewan Bahasa, yang dikatakan tidak serius apatah lagi bersungguh-sungguh dalam menghasilkam istilah baru bagi Kamus Dewan. Beliau mengeluarkan kenyataan tersebut setelah mendapati terlalu banyak istilah Bahasa Inggeris yang dimelayukan dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. Beliau juga sangat kesal dengan penggantian perkataan BELANJAWAN yang telah diguna pakai sejak 40 tahun dulu kepada perkataan BAJET. Selain itu, beliau turut menghuraikan proses penghasilan istilah Bahasa Melayu suatu masa dahulu, dengan mengambil contoh istilah RUMAH PANGSA, yang dikenali sebagai rumah berkotak-kotak (FLAT) pada awal kemunculannya. Pakar bahasa kemudiannya mula mencari istilah yang sesuai bagi menggantikan perkataan FLAT. Melihatkan keadaan rumah tersebut berpangsa-pangsa seperti buah durian, maka pakar bahasa mewujudkan istilah ‘RUMAH PANGSA’.
Bagi artikel penuh, sila klik http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2007&dt=1202&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_01.htm

Dalam muka surat yang sama (bagi versi media cetak), turut dimuatkan ulasan atau lebih tepat, maklum balas oleh Datuk Dr. Firdaus Abdullah, Ketua Pengarah DBP. Beliau merasa terkilan dengan kenyataan Ahli Perlimen Gerik, Datuk Dr Wan Hashim yang tidak tepat, sekaligus menggugat kedudukan Kamus Dewan. Menurut Dr. Firdaus, istilah BAJET bukan dicipta oleh Jawatankuasa Istilah Kamus Dewan. Sekiranya dilihat dan dirujuk kepada Kamus Dewan, istilah BAJET dilabel sebagai bp (mungkin bahasa pasar), iaitu tidak boleh dipakai dalam konteks rasmi. Beliau turut menjelaskan terdapat dua prinsip dalam menghasilkan istilah-istilah baru iaitu prinsip penterjemahan dan prinsip penyerapan. Prinsip penterjemahan ialah apabila terdapat istilah yang berkaitan sesuatu konsep dalam Bahasa Inggeris dan konsep tersebut tidak wujud dalam budaya orang Melayu, maka istilah tersebut perlu diterjemah. Contohnya, ‘SUPERMARKET’ kepada PASAR RAYA dan ‘HIGHWAY’ kepada LEBUH RAYA. Bagi prinsip penyerapan pula, sekiranya istilah bagi konsep tersebut wujud dalam budaya orang Melayu, maka istilah tersebut boleh terus diguna pakai iaitu hanya mengubah ejaan dan sebutan, sekiranya perlu. Sebagai contoh, istilah RADIO. Sekiranya diterjemah, radio disebut sebagai TETUANG UDARA. Namun begitu, istilah RADIO lebih praktikal dan mudah difahami, maka istilah RADIO diserap dan digunakan sehingga kini.
Bagi artikel penuh, sila klik http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2007&dt=1202&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_02.htm

Tetiba lak rasa nak menulis 'esei' pasal isu ni..padahal dah lama meninggalkan dunia esei; sejak tingkatan 5..alangkah bahagianya kalau ada perasaan begini ketika menulis tesis..
Teringat pada cikgu2 Bahasa Melayu semasa zaman sekolah dulu; Cikgu Munah Mahat, Cikgu Ali Sahat & Cikgu Che Yah Bachik (sekolah rendah), Cikgu Nasirah Ghazali (menengah rendah) dan Cikgu Zaiton (menengah atas)..
Secara tidak sedar, sebenarnya saya 'meminati' Bahasa Melayu..walaupun segelintir orang (termasuk saya ke?) menganggap Bahasa Inggeris ada ‘class’..

Quote:
jeff** maka lepas ni kena la selalu ketuk2 (ke kutuk2) pahat & penukul..
WanZee** hmm..
Sabrina** dah lama x dengar istilah baru..dulu ada seorang pemimpin politik yg suka mempopularkan istilah baru; cth merudum
kamalina** aiseh, Bahasa Indonesia la pulak..
tokjanggut** 'oghang puteh colop' ghoman'eh tok ni..baghu sE tau..it's ok..i'm ok (??)..
yatie** mouse=tetikus, keyboard=papan kekunci, hard disk=cakera keras, compact disk(CD)=cakera padat..byk lg ek..t'ingat pulak 'kes' Sh Amani..
fazizaid** sokong..kdg2 benda yg pelik, bila dh 'diselalukan', dh jd x pelik..radio=tetuang udara; sy pn x sure, rasa mcm pernah dgr, tp di mana ya (?)..
Mommy Dina& Arissa** rindu dgn subjek Bahasa Melayu..
ibu chempaka** hidup bahaso nogoghi..re: kEk umah memang ado kamus dewan, guno maso sekolah dulu, laie pon abah ghoma buek 'toko silang kato'..
Lee Lin** bagus ek bersemangat dlm isu2 sebegini..anti-bahasa rojak..
tariqzaidanirah** Bahasa Jiwa Bangsa..
Nur** boto tu..susah2 bona, nampak gayo'eh, kono la kito cakap bahaso kito..
syahidd** idup waghih!!..lom ponah sampai beghanang laie..beghonang pon x ghoti..ado kaitan ko ni..
ida_isk** mmg mcm2 perkataan baru; mcm2 ada..
MaDiHa** perkataan 'BELANJAWAN' 'lebih melayu'..
masriyah** ramai ek yg suke perkataan BELANJAWAN..


info tambahan oleh srsfeqah; saya sendiri
semalam (4/12/7), sewaktu menonton Buletin Utama TV3, saya mendapat satu istilah baru dalam dunia 'mahkamah' iaitu; LAPORAN DATA FORENSIK SIBER. Mungkin istilah ini telah wujud sedikit masa dahulu, cuma saya sahaja yang belum tahu. 'Laporan Data Forensik Siber' merujuk kepada Khidmat Pesanan Ringkas (SMS)..


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net