srsfeqah.fotopages.com

By: srs feqah

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 12-Dec-2007 12:12 Email | Share | Bookmark
PESTA MASAKAN WARISAN 2007

'view' dr jauh
banner & bunting
sebahagian khemah
Nasi Banchaan (Selangor)
Nasi Buluh (Sarawak)
Nasi Kerabu (Kelantan)
Nasi Pulut (Cina)
Nasi Tumpang (Kelantan)
Sambal Geragau (Baba Nyonya..kot)
Bubur Pedas (Sarawak)
Burasak (Johor; Bugis)
Ketupat; nasi & pulut
Gedonchak
Pecal Ikan Keli
Ikan Keli masak dalam tanah liat (Perlis)
Kerabu Keli
Ikan Pindang (Perak)
Acar Rampai & Acar Buah (Perak)
Sata (Terengganu)
Sambal Neraka (Siam)
Tau Fu Bok (Cina)
Ocong2
Opok2 (Kelantan)
Bubur Asyura
Bubur Anak Lebah (Perak)
Ganti Tindan Jagung (Pahang)
Emping Melinjo (Selangor)
Putu Mayang (Sabah)
(Sarawak)
Tapai Pulut
Dodol
Tat Tradisional Bengkulu (Selangor)
Tepung Tukil (Kelantan)
Rendang Telampung Paru (Perak)
pameran + pengunjung
persembahan dr Kg Budaya Kg Lonek, Jempol, N9
kraf
persembahan
KL.fm

9 Disember 2007 (Ahad), Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KeKKWa) dengan kerjasama Arkib Negara dan KL.fm selaku radio rasmi, telah menganjurkan Pesta Masakan Warisan 2007; bersempena Pesta Makanan Kebangsaan. Pesta yang bertempat di Dataran Merdeka ini berlangsung dari 9.30 pagi hingga 6.00 petang.
Pada mulanya, dalam 'keterujaan', saya sedikit ‘teragak-agak’ untuk ke pesta tersebut, apabila memikirkan tentang demonstrasi oleh Majlis Peguam yang diadakan di Jalan TAR & Jln Raja; berdekatan Dataran Merdeka, pada pagi, hari yang sama. Namun begitu sebaik sahaja mengetahui demonstrasi tersebut telah berakhir; melalui Berita Terkini 12 tengahari di TV3, saya sedikit lega..
Ketika tiba di tapak pameran, khemah-khemah sudah dipenuhi malah dibanjiri orang ramai yang terdiri daripada rakyat tempatan dan pelancong asing. Pameran Masakan Warisan ini melibatkan pelbagai bangsa serta etnik di Malaysia; termasuk Melayu, Cina, Baba Nyonya, Chetti, Sabah & Sarawak serta ‘Siam’. Melalui pengiraan saya (secara tidak rasmi), terdapat 9 khemah telah disediakan oleh penganjur; merangkumi 2 khemah untuk pameran masakan, 2 khemah untuk persembahan, 2 khemah untuk pameran kraf & lukisan, 2 khemah untuk makanan percuma + tempat makan dan 1 khemah untuk jualan.
Walaupun seronok melihat keunikan dan kepelbagaian masakan di Malaysia, saya sedikit ‘kurang puas hati’ kerana TIADA masakan NEGERI SEMBILAN dan Nasi Dagang Terengganu yang dipamerkan. Setelah membuat 3 pusingan di khemah pameran masakan, saya hanya ‘terjumpa’ persembahan kesenian dari Kg Budaya; Kg Lonek, Jempol, Negeri Sembilan. Selain itu, saya juga tidak menemui kaunter pertanyaan untuk mendapatkan info serta senarai gerai pameran yang mengambil bahagian..
Secara keseluruhan, saya merasa seronok kerana berpeluang merasai sendiri kepelbagaian, keunikan serta ‘kesedapan’ makanan-makanan tradisional yang terdapat di Malaysia. Usaha ‘memartabatkan’ serta memperkenalkan masakan-masakan warisan pelbagai etnik di Malaysia ini wajar diteruskan bagi memastikan ‘keistimewaan’ ini tidak diluput ditelan zaman; dengan mengkaji semula senarai makanan-makanan yang sepatutnya dipamerkan..

Quote:
jeff** Malaysia syurga mknn..mmg x larat nk mkn..
Lee Lin** name2 mknn mmg mcm2; kelakar ade, pelik ade, menakutkn pn ade..
Ana** meriah sgt2, x larat nk rasa semua..
m:e:o:r:j:a:y:a** a'ah, nama pn pesta..
syakir zainol** bkn sumer manis2..ade yg pedas, lemak..mcm2 la..
mamasya** SAMBAL NERAKA antara yg paling glamer; mmg pedas berapi, tu sbb ltk nama neraka kot..
MaDiHa** mmg byk mknn yg x pernah jumpe, apatah lg rasa..
tariqzaidanirah** perut mmg kena kosong, bkn stkt mkn mknn yg dipamerkn, ada mknn percuma lg..
fliffy** ya buk..bagus bangat sih..
ida_isk** nextime ade lg kot..
boxhousestudio** so hrp nextime diorg x wat time cuti kawen ek..
idida** idida oghang mano ek..ghoman cam kwn sy oghang ganu..samo tak seghupo gek'eh..
Penyulawa** botok2 xde lak terjumpa..
Kak Leen** pesta mcm ni la kite nk tgk+rasa mcm2 mskn+mknn..
Nur** 'terasa hati' gak le xde mknn nogoghi. re:xdo la ghoti bona, ckit2 tu buleh la..try tgk link ayam msk lmk cili api..tq tq
yatie** nasi banchaan ni jawa selangor-nye; mcm 'nasi rewang' (klu x silap); mcm jawa johor-nye
Nur** nnt bilo poie jongok dioghang, singgah la Johol mo..
Daalia** bangga jd rakyat Malaysia..
heqmahss** x sabar nk tunggu produk2..
MamaFami** yo la tu..
Idza** dh lame x g Perpustakaan Negara..
ibu chempaka** tu bkn sambal tempoyak daun, tp Bubur Pedas Sarawak..mskn N9 xdo pon..
fazizaid** gmbr2 mknn ni sumer utk pameran+free utk dimkn..gerai jualan xg pn..
Hajar** mmg sedap2 belaka..
Cinta Dhinas Azraaei** re: x sabar nk tgk gmbr mgsa banjir lak..
idida** mmg dh dokek bona la kito ni..
masriyah** seronok, sbb tu x lepaskn peluang ni..
Balkhis N Madzli** nextime, bile blk M'sia + ade pesta ni, leh g..
Abah Along** oo, kaki makan rupanya abah ni..
WanZee** byk lg mknn, tp ni je yg smpt ambik gmbrnya..
meyr** hehe..




View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net