srsfeqah.fotopages.com

By: srs feqah

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 21-Dec-2007 12:21 Email | Share | Bookmark
Fairus Aini-Bachtiar UM

ceria
serba biru
potong kek
makan..
..beradab
hantarans
bilik tidur
Q..ada tokoh tu..
banjir di Buluh Kasap
16 Disember 2007 (Ahad), saya dan Asmaizai (Q) ke majlis perkahwinan Fairus Aini dan Bachtiar, di kediaman pengantin perempuan di Labis, Johor. Fairus Aini ialah x-housemate saya (batch 2007), manakala Bachtiar ialah facultymate saya & coursemate Q..
Memikirkan banjir yang melanda di beberapa kawasan di sekitar Johor, kami telah diberikan pengesahan daripada pengantin perempuan tentang keadaan & situasi laluan ke Labis sebelum bertolak; menggunakan laluan Johol-Gemas-Segamat-Labis.
Kitorang tiba di Labis ketika rombongan pengantin lelaki baru sahaja sampai..Setelah makan, bergambar serta menerima ‘cendeharati’, kitorang bergerak pulang. Dalam perjalanan balik, kitorang sempat singgah menjenguk baby Alia yg baru berusia 9 hari iaitu anak kepada Aju; x-PASUMmate Q, di Buluh Kasap, Segamat..Kebetulan, rumah si Aju tak banjir, tapi kawasan yang sedikit rendah, mengalami banjir; mujur dah surut..
AlhamduliLLah, perjalanan kami selamat, walaupun sedikit kecewa dengan keadaan jalan Segamat-Labis yang kurang elok; banyak lubang yg agak dalam di tepi jalan & tiada amaran + lampu di kawasan2 yg terdapat ‘constructions’ serta petunjuk jalan yang sangat kurang dan mengelirukan..bagi pemandu yg dh biasa lagi ‘expert’, keadaan seperti ini langsung tidak menimbulkan apa2 perasaan, namun bagi saya yg ‘1stime’ melalui jalan ini + jarang2 memandu, keadaan jalan sebegini kurang menyelesakan..tapi bagus juga, konon2 boleh menguji kemahiran..boleh ek..


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net