srsfeqah.fotopages.com

By: srs feqah

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 24-Dec-2007 12:24 Email | Share | Bookmark
AIDILADHA 2007

lemang; sblm dibakar
lemang; sms dibakar
lemang; slps dibakar
Rendang Ayam Daun Puding
slps solat sunat Aidiladha..
di Surau Tinggi Kg Changgang
lembu slps 'terkorban'
sesi melapah
kambing
cukup ko ni?ko nk tmbh laie?tny atok kpd atok yg soghang laie
bungkus2 sblm agih2
kaki lembu-JANGEK
sup 'gear box'
kuih bahulu; corak 1
kuih bahulu-corak 2
kuih sepit
Apam Pisang Daun Rambai
wajik

Balik Raya
Sejak ‘duduk’ di KL 9 ½ tahun lepas, inilah kali pertama saya balik ke kampung pada malam raya. Nasib baik Raya Haji je, Raya Puasa lom pernah lagi. Inipun gara2 ada Praktikal Biologi PASUM (2-5pm) sehari sebelum raya. Kalau tidak, mungkin saya dah balik 2-3 hari sebelum raya. Nervous but excited jugak, maklum la tak pernah rasa balik malam raya..Nak juga tau, jem ke..boring ke..tension ke. Mujur saya & adik saya dapat tumpang Abang & kakak ipar naik kereta. Tak dapat nak bayangkan macamane la agaknye kalau kitorang terpaksa naik bas, silap2 tak balik Raya Haji. Semasa study dulu; pernah beberapa kali saya tak balik kampung masa Raya Haji, sebab exams dan kerja 'partime'. So kalau tak balik pun, takde la terasa sangat kot. Namun begitu, adik saya yang sorang lagi suruh jugak kitorang balik Raya Haji tahun ni, sebab semua orang balik kampung; cukup ‘korum’ + 1stime beraya dengan kakak ipar; Raya Puasa aritu, Abang & kakak ipar balik Perak, sebelum balik ke Johol pada Hari Raya ke-2.
Malam Raya
Kitorang bertolak dari KL pada pukul 10.30pm. Abang isik minyak ‘full tank’ sebagai persiapan untuk perjalanan yg penuh ‘mendebarkan’. Sebenarnya saya sorang je kot yg berdebar-debar. Actually, bukan le berdebar-debar, tapi lebih kepada tak sabar-sabar!! Abang isik minyak pakai kad kredit, so tak dapat saya nak buat sumbangan duit petrol..xpe, tol ada lagi. Pada awal perjalanan dari NPE ke PLUS, semua berjalan lancar; Abang memecut pantas; seolah-olah dia sorang ada GTi. Abang memilih ‘lane’ paling kanan; hampir di sepanjang lebuhraya. Tapi tak semestinya duduk paling kanan, dapat guna gear 5 sepanjang masa; GTi Abang; manual. Dan seperti yang telah dijangka, menurut laporan trafik ‘Radio yg Panas’, kesesakan lalu lintas telah berlaku & sedang berlaku ketika itu dari Kajang hingga ke Nilai. Perjalanan KL-Nilai yg tidak sampai setengah jam menjadi 2 jam!! Bagi mengelakkan rasa mengantuk, kakak ipar sentiasa menukar siaran radio berselang seli dengan CD lagu; mengikut permintaan Abang. Kitorang juga ada bawak sedikit makanan & minuman untuk dimakan sepanjang perjalanan. Selepas Seremban, kereta masih banyak tapi x ‘se-jem mana'. In stead of exit Pedas-Linggi, Abang keluar ikut exit Simpang Ampat; sebab nak cepat sampai. Tapi duit tol lebih sedikit; dari RM10.50 kepada RM13.60. Mujur Abang tak mintak duit tol tambahan, sebab kitorang ‘budget’ Abang keluar ikut exit biasa. Kitorang tiba di Johol pada pukul 1.40 pagi; 1 jam lewat dari waktu yang sepatutnya. Sesampai di rumah, kecuali Abah & Uwan Joho, yang lain semua belom tido lagi. Mak sibok menyiapkan kelengkapan untuk ke surau pagi raya nanti, adik2 perempuan sibok menggosok baju untuk dipakai ke surau manakala adik2 lelaki sibok menghadap pc & astro. Sabar je la..
Hari Raya
Sejak sekian lama, Abang akhirnya menjejakkan kaki ke Surau Tinggi Kg Changgang (surau family side abah) untuk menunaikan solat sunat Hari Raya, kali ni siap bawa isteri lagi..Kitorang menuju ke surau yg terletak lebih kurang 2 km dari rumah, menaiki 3 buah kereta. Balik dari surau, kitorang adik beradik; 2 buah kereta singgah mengunjungi Uwan Kolo & saudara mara di Kg Kuala Johol, manakala Abah, Mak & Uwan Joho terus balik ke Johol. Abah & Mak kemudian bergegas ke Masjid Jamek Pekan Johol untuk menyertai aktiviti korban 2 ekor lembu. Selesai menjamu selera di Kolo, kitorang 1 buah kereta sempat juga melakukan ‘kunjungan pantas’ ke aktiviti korban di Surau Kg Kuala Johol; 1 ekor lembu & 1 ekor kambing, sebelum ke Masjid Jamek Pekan Johol.
Juadah Raya
Pada Hari Raya Haji kali ini, family saya membuat lemang. Kitorang hanya membuat lemang sendiri sekali sekala sahaja, selalunya kitorang tempah. Seperti biasa, misi membuat lemang diketuai oleh Acik sekeluarga. Selain lemang, family saya turut memasak Rendang Ayam Daun Puding, Mak serta Ateh membuat Kuih Bahulu dan Kuih Sepit 3-4 hari sebelum raya, serta Apam Pisang Daun Rambai dan Lepat Pisang pada malam raya, manakala Acik dan Atam membuat wajik, 3 hari sebelum raya.

Edited 25/12/2007 12.08pm
just wanna wish HAPPY BIRTHDAY to my adik; UDA..may ALlah bless u & may all ur wishes come true!!
to d'rest of my family members, starting next year, Akak will try to make d'wishes tru Akak's FP..Uda's b'day alwiz 'special case'..sory & tq tq..
n Merry Christmas to those who celebrate..

Last but not least, I read this article in The Sun yesterday, while waiting d mechanic to fix 'J-Fa' at a workshop in Bangsar..& i feel uncomfortable with it..so just wanna share this, please click..
http://www.sun2surf.com/article.cfm?id=20307 tq tq

Quote:
Nur** lomang cocah ghondang mmg sodap..tp sodap laie blk kg..
zai** sodap2..dh singgah dh..salam taaruf..
Nini** mmg raya betul-betul..
zai** persiapan raya tu family je yg buat; dh blk mlm ry..kitorang 'tolong' raya jek..hehe..
boxhousestudio** kaki lembu tu Mak bakar; JANGEK, pastu gulai masak lomak cili api campur belimbing kot..
ibu chempaka** tukar dgn daun pisang buleh yo..tp kono tukar namo la; Apam Pisang Daun Pisang..
masriyah** bukannye selalu sakan beraya nih..
idida** oo, x blk kg ek..
tok janggut** ghamai boto waghih tok kEk Johol ghoman'Eh..Abah sE kona la gEk'Eh..Apam Pisang Daun Rambai tu ado kEk entry Foods..
Hajar** sy x pernah rase lemang jagung & lemang tepung..
Abah along** Apam Pisang Daun Rambai tu mmg original dari Johol..
boxhousestudio** thanx for d'link kak..nextime buleh cube laks..actually, next year..
tariqzaidanirah** rezeki akak raya di perantauan ek..xpe, tariq, zaidan & irah ade..
yatie** Rendang Ayam Daun Puding tu lebih kurang mcm rendang cili kering biasa, cuma tambah daun puding..Apam Pisang Daun Rambai tu mmg resipi org Johol N9..
Faryna** t'ingin ek nk rase Apam Pisang ni..jom dtg umah..hehe..
jeff** mmg aidiladha x semeriah aidilfitri, kecuali d sblh pantai timur..
maya amir & Oulde Kenitra** lemang mmg wajib ade..
Lee Lin** negara Islam sekadar nama je ek..adeh..JANGEK tu kaki lembu dibakar, buat gulai..
Daalia** ni antara raya haji kitorang yg meriah, esp semua ahli keluarga sy ade..
Ustaz Fauzi** x pernah pulak rasa sup kaki lembu..
MaDiHa** akhirnye dpt rase 'jem', hehe..resipi apam coming soon..i'ALlah..
lieya_latif** aidiladha tahun ni meriah jugak, esp xtvt masak2..kunjung mengunjung x pon..stkt d surau je..
Ana** yg jem d KL-Seremban je..re: k-Ana, thanx 4 d'recipi..tq tq
CintaDhinasAzraaei** may ALlah bless all of us..
fida** ghajin boto omak2 kito nih masak2 ghayo kali nih..konpius jap..next2 entry..lemang vs rendang..
FarEast** lemang cecah serunding..rasa mcm x nah wat lak..kalo ketupat+serunding ada kot..
cak** eh, rendang daun puding ni, N9-nye ek? aiseh, sy pon xtau..hehe..makcik yg masak..


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net