srsfeqah.fotopages.com

By: srs feqah

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 5-Mar-2008 03:05 Email | Share | Bookmark
KUIH SEPIT & MEMORI PILIHANRAYA

KUIH SEPIT
Sejak Hari Raya Puasa tahun lepas sehinggalah sekarang, my Mak sangat2 suka (+aktif) membuat Kuih Sepit. Selain sebagai hidangan Hari Raya, Mak menjadikan Kuih Sepit sebagai buah tangan, kudapan dan boleh jugak ‘snek harian’. Mak juga mula menerima tempahan Kuih Sepit daripada jiran-jiran di sekitar DUN Johol..


Gambar diambil semasa Hari Raya Haji 2007; Mak, Ateh & Mak Lang

Mak mula membuat Kuih Sepit versi goreng ni semasa Hari Raya Puasa tahun lepas, ketika membantu menantu kepada jiran yang membuat bisnes Kuih Sepit sepanjang bulan Ramadhan. Kuih Sepit yang diusahakan ini jenis bergoreng.
Terdapat 2 cara membuat Kuih Sepit iaitu goreng atau bakar. Walaupun Kuih Sepit yang dibakar lebih sedap (esp dibakar guna dapur kayu/arang) & kurang minyak, Kuih Sepit yang digoreng lebih mudah disediakan. Pada masa sekarang, memang jarang+susah untuk mencari Kuih Sepit jenis bakar. Kali terakhir saya melihat+terlibat dalam ‘aktiviti’ membuat Kuih Sepit jenis bakar ialah kira-kira 20 tahun lepas, di Kg Kuala Johol; oleh my Mak & Ateh..


MEMORI PILIHANRAYA
Pilihanraya Sekolah
Saya telah mula ‘didedahkan’ dengan ‘aktiviti’ pilihan raya sejak zaman bangku sekolah lagi; iaitu 11 tahun lepas. Kami mengundi untuk memilih Ketua Pelajar@Pengawas. Suasana mengundi sangat ringkas. Senarai calon ditentukan oleh pihak sekolah berdasarkan potensi pelajar. Kemudian, calon diberi peluang untuk memperkenalkan + mempromosikan diri sendiri dalam sesi khas yang dianjurkan oleh pihak sekolah, sebelum sesi pilihanraya bermula..
Pilihanraya Kolej Kediaman
Pilihanraya Kolej Kediaman juga ringkas; kami perlu memilih beberapa orang calon untuk menjadi JTK (Jawatankuasa Tindakan Kolej) dan EXCO2 bagi setiap bahagian. Tapi selalunya calon2 dah menang tanpa bertanding..
Pilihanraya Kampus/IPT
Jika dibandingkan dengan pilihanraya peringkat nasional, pilihanraya kampus tidak kurang hebat-nya; lebih2 lagi di Universiti tertua di Malaysia ni. Selepas hari penamaan calon yang meriah dengan perarakan, sesi rapat umum/promosi calon juga amat meriah. Calon2 akan membentangkan manifesto/agenda/hala tuju masing2, serta turun padang untuk bertemu sekaligus meraih undi para pengundi. Pada hari pilihanraya, setiap pengundi perlu memangkah berbelas-belas calon umum serta 1 calon fakulti; punya-lah susah nak menghafal nama calon. Dan antara pilihanraya yang paling diingati ialah pilihanraya pada tahun 2004..Pilihanraya berlangsung sewaktu bulan Ramadhan..Proses pengiraan undi pula dijalankan terus menerus dan hanya selesai menjelang 6.30 pagi, sekaligus menyebabkan individu yang terlibat ‘missed’ sahur..Harap2nya tak ‘missed’ puasa la..
Pilihanraya Malaysia
Ini merupakan kali kedua saya ‘layak’ mengundi. Pilihanraya peringkat nasional jauh lebih senang daripada pilihanraya kampus. Kita hanya perlu mengundi 1 calon untuk Parlimen & 1 calon untuk DUN..kojo sonang yo ni..Ada kemungkinan kita perlu beratur untuk proses memangkah undi, tapi jika kena masa yang ok (spt 4 tahun lepas), saya tidak perlu beratur; sebab xde orang..Mudah-mudahan pilihanraya tahun ni berjalan dengan lancar..Last but not least, sejak hari penamaan calon sehingga-lah ke hari ini, setiap malam pasti ada orang menggantung bendera/banner calon/parti di sekitar kawasan ini (mungkin kat semua tmpt kot..) Tak penat + 'stok' lom habis kot..SELAMAT MENGUNDI!!


PILIHANRAYA FOTOPAGES
Tersenyum membaca entry Pilihanraya di FP Abah Along


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net