srsfeqah.fotopages.com

By: srs feqah

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 12-Mar-2008 03:12 Email | Share | Bookmark
PILIHAN RAYA UMUM KE-12 (8 MAC 2008)

Bahang Pilihan Raya Umum; PRU 12 masih terasa. Yang menang mungkin masih bersuka, yang kalah mungkin masih berduka. Sesungguhnya menang & kalah adat pertandingan..
PRU 12 menyaksikan Malaysia dilanda gelombang tsunami politik. Pihak kerajaan ie Barisan Nasional; BN masih mengekalkan tampuk pemerintahan dengan kemenangan melalui majoriti mudah; dengan menguasai 140 kerusi parlimen, sekaligus mengatasi pihak Barisan Alternatif; BA yang berjaya menakluki 82 kerusi parlimen; Parti keADILan Rakyat (PKR); 31, Democratic Action Party (DAP); 28 & Parti Islam SeMalaysia (PAS); 23.
Selain Kelantan yang masih ‘belum mampu’ ditakluki, BN turut kehilangan kuasa ke atas Kedah serta Pulau Pinang, dan yang paling mengejutkan; Selangor & Perak. Kelantan & Kedah kini diterajui oleh MB PAS, Pulau Pinang oleh MB DAP, sementara Selangor oleh MB PKR. Sehingga ke hari ini (12 Mac 2008) Perak masih belum ber-Menteri Besar.
Saya bukan seorang yang rajin mengikuti arus politik, apatah lagi untuk terlibat dengan ‘dunia politik’. Namun sebagai rakyat Malaysia, saya perlu mengambil tahu perkembangan politik di Malaysia, terutama yang melibatkan kemaslahatan bangsa Melayu. Melayu sesama Melayu sibuk bergasak, lihat siapa yang ke puncak? Selagi Melayu berkuasa, saya masih selesa. Banyak isu yang telah/sedang/akan timbul sebelum/sepanjang/selepas PRU 12..Tapi (ini yang saya fikirkan sendiri, belum terbaca di mana-mana, tetapi mungkin sudah ada dibincangkan..) yang sentiasa bermain di fikiran saya buat masa ini ialah; mungkinkah akan wujud NEGARA SELAT ke-2?
Memetik kata-kata MB N9; ‘Rakyat sekarang memilih pemimpin bukan lagi kerana parti, tetapi kerana kepimpinan calon tersebut’. Saya cukup tidak faham dengan segelintir rakyat Malaysia yang ‘sibuk’ mempersoalkan kekalahan jentera BN dan kebangkitan reformasi, sedangkan mereka ini tidak pergi mengundi langsung, dan yang lebih ‘dahsyat’, mereka tidak mendaftar pun sebagai pengundi, walaupun sebenarnya mereka telah layak berbuat demikian..

Sila renungkan KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM ke-12 ini, terutama kerusi2 parlimen bagi bandar2 utama di setiap negeri..

PARLIMEN & DUN
PERLIS: BN; 3P 14N, PAS; 1N
KEDAH: BN; 4P 14N, PKR; 5P 4N, PAS; 6P 16N, DAP; 1N
KELANTAN: BN; 2P 6N, PKR; 2P 1N, PAS; 10P, 38N
TERENGGANU: BN; 7P 24N, PAS; 1P, 8N
PULAU PINANG: BN; 2P 11N, PKR; 4P 9N, 1N, DAP; 7P 19N
PERAK: BN; 13P, 28N, PKR; 3P 7N, PAS; 2P 6N, DAP; 6P 18N
PAHANG: BN; 12P, 37N, PKR; 2P, PAS; 2N, DAP; 2N, BEBAS; 1N
SELANGOR: BN; 5P 20N, PKR; 9P 15N, PAS; 4P 8N, DAP; 4P 13N
WILAYAH PERSEKUTUAN: BN; 3P, PKR; 4P, PAS; 1P, DAP; 5P
NEGERI SEMBILAN: BN; 5P 21N, PKR; 1P 4N, PAS; 1N, DAP; 2P, 10N
MELAKA: BN; 5P 23N, DAP; 1P, 5N
JOHOR: BN; 25P 50P, PAS; 2N, DAP; 1P, 4N

Kerusi Parlimen bagi ibu negeri
P2 Kangar: BN (M)
P9 Alor Star: BN (C)
P21 Kota Bharu: PAS (M)
P36 Kuala Terengganu: BN (M)
Pulau Pinang: DAP (C)
P64&P65: Ipoh Barat & Ipoh Timur: DAP (C)
P83 Kuantan: PKR (M)
P108 Shah Alam: PAS (M)
P128 Seremban: DAP (I)
P138 Kota Melaka: DAP (C)
P160 Johor Bharu: BN (M)
P172 Kota Kinabalu: DAP (C)
P195 Bandar Kuching: DAP (C)

HARI-MALAM MENGUNDI
Sebagai rakyat Malaysia, saya tidak ketinggalan mengundi buat kali ke-2 dalam PRU 12 pada 8 Mac 2008. Selain saya, abah, mak, abang & uwan2 turut menunaikan ‘hak’ sebagai warga negara Malaysia. Tidak seperti tahun lepas, tahun ini saya balik mengundi pada ‘hari kejadian’. Trafik di Kuala Lumpur bergerak lancar. Kesesakan hanya berlaku di sepanjang Ulu Bendul-Terachi, kerana terdapat 4 lokasi mengundi di sepanjang laluan tersebut. Saya tiba di lokasi mengundi iaitu Sek Ren (J) Keb Cina Yuk Chai di Pekan Johol pada pukul 1.15 tengahari. Justeru saya tidak menghadapi sebarang ‘kesukaran’ untuk mengundi. Pada waktu tersebut, hanya 1 orang sedang membuang undi, manakala selepas saya pula ada 2 orang. Selain itu, saya juga tidak bertemu langsung perayu undi kerana kami memberhentikan kereta betul2 di hadapan pintu pagar sekolah; perayu undi hanya boleh berada 50 meter dari pintu pagar ke lokasi mengundi..
Pada hari tersebut, selain sempat meninjau suasana mengundi di sepanjang perjalanan KL-Seremban-Kuala Pilah-Johol, saya juga sempat menjenguk Tampin; yang ni gi pasar malam..hehe..
Pada malam tersebut, saya, mak, abah & adik; Uda mula ‘memakukan diri’ di hadapan kaca TV seawal 8 malam. Tidak cukup dengan laporan terkini melalui saluran 103; TV3, kami turut memilih saluran 501; Astro Awani serta 812; ESPN Sport. Kebetulan pada malam tersebut terdapat 2 perlawanan bola sepak Piala FA England pusingan suku akhir, iaitu Manchester United vs Portsmouth (MU tewas 0-1) diikuti Chelsea vs Barnsley (Chelsea juga tewas 0-1). Kekalahan ini sekaligus meleburkan impian MU untuk mencipta kejuaraan ‘hatrik’ musim ini..oppss..berbalik kepada cerita Malam Pilihanraya..Kami begitu bersemangat mengikuti setiap pengumuman pengiraan undi, sambil membuat catatan dalam senarai calon pilihanraya 2008 keluaran Utusan Malaysia..Suasana sebegini memang jarang2 dinikmati; hanya 4-5 tahun sekali..Lebih2 lagi pada PRU 12 ini, keputusan keseluruhan memang sensasi..Walaupun mengikuti hampir keseluruhan pengumuman PRU 12, tumpuan kami sekeluarga sudah tentu kepada DUN JOHOL, Parlimen KUALA PILAH & kerajaan NEGERI SEMBILAN, serta kawasan2 yang panasss, terutama kawasan kediaman saya sekarang, Parlimen Lembah Pantai..
Buat akhirnya, kepada semua pemenang kerusi Parlimen & DUN, selamat menjalankan tugas dengan bagus..Jangan hampakan pengundi2 anda..walla..







MACAM2 sempena PRU 12
1-SMS sebelum PRU 12
Kalau nak raya kena tengok anak bulan, kalau nak bersalin nak kena cukup bulan, kalau nak gaji kena tunggu hujung bulan (panjang lagi, x ingat), tapi kenapa bila mengundi nak tolak bulan..undilah parti bulan; bulan penuh ka, bulan separuh ka..
2-SMS sebelum PRU 12
Niat nak mengundi; 'Sahaja aku keluar barisan naik roket untuk ke bulan mencari keadilan..
3-cakap2 selepas PRU 12
Lepaih ni ramai la yang boleh jadi angkasawan no..tak payah nak pi Kazakhstan dah..mai Penang..

sekadar gurauan..


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net