srsfeqah.fotopages.com

By: srs feqah

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 25-Mar-2008 03:25 Email | Share | Bookmark
HASH BROWN & MASLINDA-ASROL KAHWIN

HASH BROWN
Ramai yang cakap Hash Brown Mc’D sangat sodap, tapi saya ‘belum pernah’ + ‘berkesempatan’ untuk mencuba-nya. Kali pertama saya ‘terserempak’ dengan Hash Brown ialah ketika menjenguk blog k-Faryna . Saya juga pernah terlihat entry Hash Brown MamaFaMi. Kemudian, saya pernah makan ‘Hash Brown Instant’ yang dibeli oleh adik saya, Anum. Bagi saya yang kali pertama ‘bertemu’ Hash Brown, saya rasa Hash Brown tu dah cukup sodap, tapi Anum cakap, Hash Brown Mc’D laie sodap..
Walaupun masih belum ‘berjaya mendapatkan’ Hash Brown Mc’D, saya ter-berminat untuk membuat Hash Brown sendiri. Setelah beberapa kali ‘menangguhkan hasrat’ tersebut, saya akhirnya telah menghasilkan ‘The Simplest Hash Brown in the World’. Sebenarnya, saya tak sempat nak ‘study’ Hash Brown versi MamaFaMi, maka terpaksalah saya ‘membuat seadanya’ a.k.a bantai/belasah/pandai2 sendiri..Apapun, saya tepek je ek resipi yang sangat2 mudah nih..

The Simplest Hash Brown in the World
Bahan2
2 biji kentang
Secubit garam
Minyak masak

Cara2
1-kupas kentang
2-rebus kentang hingga empuk
3-1 biji dilenyek, manakala 1 biji dipotong dadu
4-gaul kentang lenyek & kentang dadu tersebut + tambah garam
5-bentukkan kentang tersebut
6-goreng sehingga kuning keemasan

Sekali tengok macam begedil, 2 kali tengok macam jemput2, berkali-kali tengok macam-macam ado..hehe..

MASLINDA-ASROL kahwin
22 Mac 2008; saya menyertai Erliz & Enerda ke majlis perkahwinan x-schoolmate kitorang; Maslinda, dengan Asrol di Ampang. Hujan sangat lebat tengahari tersebut menyebabkan kitorang tiba ketika sesi fotografi sedang berlangsung. Namun begitu, kitorang sempat bertemu Erzian, Saaraa & suami, Jamilah, Yus (junior) dan pasangan suami isteri; Jeq & Ayen. Maslinda memang rajin; buat sendiri baju akad nikah, gubahan hantaran, bunga pahar & pelamin.

Sementara tu, bunga katil & bunga tangan ditempah daripada Saaraa yang menjalankan bisnes sampingan; menerima tempahan khidmat gubahan hantaran, ‘wedding favor’, bunga dulang, bunga pahar dan bunga katil..Sesiapa yang berminat, bolehlah menghubungi Saaraa di talian 019 6006338. Untuk maklumat lanjut, sila klik http://qasehhamraa.blogspot.com



saya memang dah agak..soalan terhangat..akak-nye bila lagi..biar la saya jawab..
jangankan calon..calon2'eh pon lom ado..huhu..


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net