srsfeqah.fotopages.com

By: srs feqah

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 10-Apr-2008 04:10 Email | Share | Bookmark
BUKIT TABUR, Melawati KL

Yahoo..kali ni bukan entry makanan..kalo asyik2 makan, maka tidak mustahil akan ‘ter-kurang-lah kedalaman’ lesung pipit-ku ini, secara tidak sengaja..hehe Kali ni kita jalan2 pulak..Tapi bukan jalan sebarang jalan; jalan2 untuk kesihatan..
Quote:
Sebelum tu..sempena entry lepas, Erliz cakap..
"terima kasih byk2 pd yang memberi ucapan dan mendoakan kesihatan...semoga Allah memberkati semua.."
Semoga Erliz cepat sembuh & kembali aktif seperti biasa..Syafakallahu khairan kathira..


BUKIT TABUR KL MELAWATI
Ahad lepas+lepas; 30/3/8, dengan penuh keterujaan, sy & Ida telah menerima pelawaan Erliz untuk menyertai xpdc mendaki Bukit Tabur di Melawati KL; bersama2 adik Erliz; Erman & 4 orang kawannya..Ini merupakan kali pertama sy cuba ‘memanjat’ bukit..Kalau setakat bukit dekat rumah tu ada jugak la masa kecik2 dulu..Bukit2 lain; Bukit Kerinchi, Bukit Pantai, tak payah cakaplah..2004-2005 dulu pulak, sy ada jugak la beberapa kali ber-jungle trekking di Hulu Langat+main panjat2 bukit nih..



Pendakian bermula pada pukul 7.15 pagi..Kitorang; trio heroin; punyalah berpakaian lengkap+'knapsack' sorang satu+bekalan, sedangkan 5 orang hero memang sempoi habis; diorang berselipar je+1 'knapsack' buleh lak kongsi 5 orang..Saba yo la adik5 nih..
Subhanallah..Pemandangan sungguh cantik. Selain bukit2 berbatu, kitorang dapat melihat kabus & matahari terbit, empangan SYABAS Kelang Gate, Melawati & UIA Gombak..
Bagi sy (& bbrp pengakuan orang lain), trek Bukit Tabur memang cukup mencabar; ada beberapa bukit berbatu yang perlu didaki & dituruni; rasa macam rock climbing lak..Selain tu, laluan berbatu yang menghubungkan antara bukit juga cukup berbahaya; kecik sangat2..Sepanjang perjalanan, kitorang sempat terserempak dengan beberapa ‘team’ lain yang sama2 memanjat Bukit Tabur; majority Chinese..


SubhanALlah..



Empangan yang tak nampak macam empangan pn..



'view' Melawati & UIA Gombak dr Bukit Tabur



antara bukit2 yang berjaya kitorang 'tawan'


Dalam banyak2 laluan, cabaran yang paling getir ialah sewaktu kitorang menggunakan tali (ala2 repelling) untuk menuruni bukit..kuussss semangat..Memang ‘wajib’ pegang tali kuat2, kalo tak, mungkin kitorang da masuk tv, tp kena masuk hospital jugak lo..hehe.. (Sebenarnya ada jalan alternatif..tapi, Erliz suruh kitorang ikut ‘laluan tali’; Erliz cakap; ‘Bila lagi+bukan selalu nk dpt peluang sebegini’..yang Ida pulak cakap; ‘Tak rugi mencuba’..Sy cuma cakap; ‘ok!!’..) Selain tu, antara pengalaman yang unik ialah apabila kitorang terpaksa berhadapan dengan seekor anjing ketika mengharungi salah satu puncak bukit berbatu..Takut jugak la masa tu..


heroins yg sakan berposing..



lagi..



dan lagi..


Akhirnya, setelah melalui segala rintangan, kitorang ber-8 berjaya menawan puncak tertinggi Bukit Tabur pada pukul 9.45 pagi. Setelah berehat+breakfast selama ½ jam, kitorang kembali ke kaki bukit pada pukul 10.50 pagi..Perjalanan turun tidak kurang mencabar-nya..Sepanjang 35 minit tersebut, kitorang terpaksa menggunakan 'brek kaki' secara maksima;curam woo..AlhamduliLLah segala cabaran berjaya dihadapi dengan penuh bergaya + macam2 gaya..Terima kasih kepada Liz & Ida; korang mmg best ..Insya Allah lain kali kito poie laie..hehe..




Next Entry; ?? vs AUNTIE FEQAH
Atas permintaan kawan2ku..
Kepada semua, sila teka..
Yang mana 1 ibu si bayi; A atau B?
Buat makluman, tiada hadiah disediakan..
Terima kasih kerana sudi mencuba..walla..


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net