srsfeqah.fotopages.com

By: srs feqah

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 15-Apr-2008 04:15 Email | Share | Bookmark
Asma' vs Auntie Feqah & PESTA BUKU 2008

Assalamualaikum & selamat sejahtera..(sebelum ni tak pernah lak bagi salam)..Sesungguhnya memberi salam itu adalah sunat & menjawab salam adalah wajib..sumber Tilmiz Mualim

Berbalik kepada entry lepas..Terima kasih kepada yang sudi meneka. Jawapan bagi soalan ibu kepada bayi tersebut ialah A..Tahniah kepada yang telah meneka dengan tepat. Seperti yang telah dimaklumkan, tiada hadiah yang disediakan..hehe..tq tq
Quote:
Kepada semua, sila teka..
Yang mana 1 ibu si bayi; A atau B?
Buat makluman, tiada hadiah disediakan..
Terima kasih kerana sudi mencuba..walla..


Inilah kisah-nya..
ASMA’ vs AUNTIE FEQAH
Baru2 ini sy telah diberi kepercayaan oleh x-housemate; k-ilah utk mem-‘babysit’ anak’eh; Nik Asma’ yang berusia 3 bulan (nasib baik la 3 ½ jam jer..huhu..). Sy tidak mengambil masa yang lama untuk menerima ‘tugas’ (dibaca sebagai cabaran) tersebut mengenangkan Asma’ seorang ‘baby’ yg baik apatah lagi tidak banyak meragam (berdasarkan 2 pertemuan dgn Asma’ sblm ni..) Awal2 lagi sy dah mengingatkan k-ilah a.k.a Ummu Asma’ agar menyediakan bekalan susu ibu sebab Asma’ tak minum susu formula..
2.00pm, sebaik sahaja sampai di rumah Auntie Feqah, Ummu Asma’ memberitahu bahawa beliau tak bawa bekalan susu ibu..aiseh..Kemudian Ummu Asma’ jugak cakap Asma’ xmo hisap puting..hah? Auntie tidak sempat nak gelabah sebab Ummu Asma’ sudah bergegas ke lokasi ‘urusan’..
Maka bermula-lah ‘babak’ Asma’ vs Auntie Feqah..Setengah jam pertama, walaupun Asma’ kelihatan masih keliru dengan suasana baru, maklum la ‘1stime’ datang ke rumah Auntie Feqah, Asma’ masih ‘maintain cool’..Namun, selepas tu barulah Asma’ mula beraksi..Asma’ xmo minum susu langsung, walaupun dah lapar..Maka terpaksalah Auntie Feqah dukung+dodoikan Asma’..Habis segala zikir Auntie ‘alunkan’..Alhamdulillah Asma’ tertidur jua..Tapi sekejap je, kemudian Asma’ bangun balik, nangis, x mo letak atas tilam..Again, Auntie pon dukung+dodoikan sampai Asma’ tertidur semula..Lepas tu Auntie cuba nak buat kerja, tapi Asma’ da gerak2..So, Auntie baring sambil dodoikan Asma’..Kemudian, Asma’ jaga lagi..Kali ni Auntie terpaksa jugak ‘paksa’ Asma’ minum susu, tapi guna picagari la (saranan Ummu Asma’)..Asma’ minum sikit je..Sepanjang masa tersebut Ummu Asma’ sibok SMS Auntie, Auntie pulak sibok tengok jam..Finally, 5.30pm Ummu Asma’ balik..fuhhh..lega no..
Anyway thanx to k-ilah coz ‘sudi’ let me baby-sit ur daughter even just for 3 ½ hours..Nervous wo..Nextime if u ask me ‘again’, I have to think about it many-many times lo, unless Asma’ accepts formula milk, & the puting too..huhu..


Asma'; setengah jam pertama



Asma' mula beraksi; nangis



Alhamdulillah..Asma' tidur



Asma' nangis balik



Alhamdulillah tidur semula



Asma' da senyum; ummi da balik



berkerut-kerut muka Asma'; ummi paksa minum guna botol susu..baik zzzzzzz



Asma' wif ummi, Auntie Lienn & Auntie Feqah



Asma' di rumah Asma'; seminggu sebelum tue


PESTA BUKU ANTARABANGSA 2008
4-13 April 2008 berlangsung Pesta Buku Antarabangsa 2008 di PWTC. Saya tidak melepaskan peluang mengunjungi pesta buku tersebut (2x; Rabu & Sabtu). Pengunjung sangat ramai, terutama hujung minggu. Kali ini, buat pertama kali-nya saya bersemangat waja untuk menemui penulis-penulis yang sebelum ini hanya saya kenali menerusi novel-novel mereka. Saya sempat berbual mesra & bergambar dengan Ramlee Awang Murshid, Aisya Sofea, Anis Ayuni, Damya Hanna & Norzailina Nordin. Novelis-novelis ni sungguh 'sporting' & sangat mesra..Seronok..walla..






View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net