srsfeqah.fotopages.com

By: srs feqah

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 20-Apr-2008 04:20 Email | Share | Bookmark
MUFFIN ROSELLE MINI

Assalamualaikum & selamat sejahtera..
Sudah sangat lama saya ‘mengidam’ nak cuba buat muffin..Ini semua gara2 terpikat dengan muffin lemon k-Daalia, resipi asal; k-rinchann..Alhamdulillah akhirnya saya berkesempatan menghasilkan muffin, walaupun terpaksa menggunakan acuan cupcakes..
Memandangkan ini merupakan ‘eksperimen’ pertama saya bersama muffin, saya hanya 'berani' membuat separuh daripada adunan asal..

Muffin Roselle Mini (½ adunan)
Sumber: Orange Marmalade Muffins; FP Rinnchan

Bahan2
140g mentega
120g gula (boleh dikurangkan sekiranya jem dah cukup manis)
2 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
125ml susu segar
200g tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
jem secukupnya (sy guna jem roselle)

Cara2
1- Pukul mentega dan gula sehingga ‘creamy’
2- Masukkan telur 1 per-1 dan pukul lagi
3- Masukkan esen vanilla dan susu segar
4- Masukkan tepung dan baking powder (yang telah diayak); sedikit demi sedikit
5- Kemudian, sudukan adunan (saya guna 1 sudu kecil) ke dalam acuan (saya guna acuan cupcakes yg kecil), kemudian masukkan ½ sudu kecil jem, seterusnya tambah lagi adunan hingga hampir penuh, dan akhirnya letak sedikit jem di bahagian atas
6-Bakar adunan pada 180-190ºC selama 20-25 minit





Roselle di-‘sponsor’ oleh pengusaha Roselle, kawanku Q; ‘si Petani Moden yang Gigih’ manakala Jem Roselle pula disediakan oleh my super-Mak; Puan Husni a.k.a Wanita Waja..
Info: Q & kawan2 beliau mengusahakan ladang Roselle & tumbuh2an herba di Kuala Pilah, N9

Saya dapat 60-70 biji muffin mini..Jenuh juga nak membakar-nya sebab ‘rushing out of time’..Seperti biasa, buat eksperimen kat kg, lepas tu sibuk nak balik ke KL..Abih tu nak buek cemano??..Masa tengah bakar tu, Q sampai, so Q tolong jugak..thanx Q. Sebenarnya kitorang dah 'plan' nak menjenguk kawan kitorang Y & anak beliau Wildan di Seremban..So muffin yang menjadi ‘bahan eksperimen’ ini turut dibawa bersama sebagai buah tangan kitorang..Malam tu pulak, muffin ni ‘terlepas’ ke tangan housemates-ku, selain kawanku Erliz; malam tu saya 'terpaksa' tidur di rumah Erliz sebab pagi esoknya kitorang ke Bukit Tabur..


foto dicilok dari Asmaizai's friendster..tq tq



foto dicilok dari Suaibatul's friendster & Wildan's friendster..tq tq

Touch of Nature
Alhamdulillah..Sebaik sahaja 'on' setelah beberapa hari 'off', saya telah menerima sesuatu yang istimewa..taraaa..



Bunga Kantan ini telah dihadiahkan oleh Auntie Umi-Kal..Jauh tau, dari oversea lagi..Terima kasih daun keladi ye auntie..Menurut Auntie Umi-Kal, penggunaan bunga kantan sangat 'variety' dalam masakan orang2 Melayu, terutama di Perak. Bunga Kantan yang menjadi 'bunga idaman dalam masakan' ini menjadi ramuan dalam Asam Laksa, Asam Pedas, Nasi Kerabu dan lain2..

Dengan sukacitanya saya ingin berkongsi 'Touch of Nature; Bunga Kantan' ini dengan semua pengunjung srsfeqah.fotopages.com..terima kasih..


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net