srsfeqah.fotopages.com

By: srs feqah

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 25-Apr-2008 04:25 Email | Share | Bookmark
ABANG AJIB & KAK DILLA MENYALANG

Assalamualaikum & selamat sejahtera..Semoga kita semua sentiasa mendapat hidayah & rahmat Allah

Pada tanggal 20 April 2008 bersamaan 13 Rabiul Akhir 1429H, telah berlangsung majlis ‘menyalang’ a.k.a bertandang/sambut menantu/terima menantu bagi pasangan pengantin; abangku Mohd Radzif & isteri beliau; Siti Nor Fadzilah.

Buat julung-julung kalinya, majlis ini telah menempa sejarah tersendiri iaitu:
1-majlis kenduri kahwin yang pertama dalam ‘my family’
2-majlis kenduri kahwin pertama yang mengambil tempat bukan di kawasan kediaman/rumah; bagi ‘my family’, ‘my big family’ dan penduduk kawasan Johol
3-majlis kenduri kahwin pertama yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Undang Johol (SKUJ). SKUJ merupakan sekolah rendah bagi abah, mak serta kami adik beradik..


lokasi 'kejadian'



sesi membungkus epal & cenderahati; oleh guru2 SKUJ, adik2 pengantin & kalo nk tau, pengantin pn tolong jugak



epal yg didatangkan khas dari Bahau, N9; Epal Royal Gala; i like..



kaum Hawa memang x buleh laghi dr acara mengupeh bawang, meghameh nio & segalo macam keperluan untuk memasak..yg pak cik tu co-chef..



dan seperti biaso kaum Adam mendominasi acara memasak..mano ketuo chef eh nih..nyughok ko..aiyo aii..



kantin; tompek masak2..dewan; tompek mkn2..


Sekalung penghargaan terima kasih kepada kaum keluarga, saudara mara jauh & dekat, terutama Mak Ngah&family, Pak Lang&family, Acik&family, Acek&family, Pak Teh&family, Atam&family, Ateh&family, Acu&family serta Nok Cik&family yang sanggup berkorban masa & tenaga membantu kami sejak dari hari Jumaat. Terima kasih banyak-banyak juga kepada guru-guru serta kakitangan Sekolah Kebangsaan Undang Johol yang sanggup bersusah payah menguruskan dewan, kantin serta kawasan sekolah, juga menghulurkan sumbangan dan menyiapkan cenderahati bagi menjayakan majlis ini. Terima kasih juga kepada penduduk Taman Johol, Pekan Johol, Kg Kuala Johol serta seluruh kawasan Johol; Kg Gating, Kg Inas, Kg Berambai, Kg Padang Jual, Kg Tumang, Kg Maluk & kampung-kampung lain serta pihak Masjid Jamek Pekan Johol yang telah memberikan kerjasama yang sangat baik dalam menjayakan majlis kenduri, di samping meminjamkan pelbagai perkakas dan alat keperluan bagi kegunaan majlis. Tidak lupa juga, terima kasih kepada adik-adik murid SKUJ yang telah sukarela membantu memastikan ‘kehadiran’ pinggan mangkuk di dewan serta mengagihkan epal & telur kepada tetamu.


pengantin sms ketibaan; kek padang sekolah..meghah’eh kak ngah..eh kak long, eh kak dilla..



ni lak maso mkn & be-gambar dgn family pengantin lelaki; ‘my family’ la tue



acara potong kek, suap2 & ngap2..kek di-‘muncul’kan khas dari Johol; dibuat oleh adik kitorang Pidah



hadirin & hadirat



adik2 murid SKUJ yg sukarelahati membantu..x cayo deh bilo cakap gambar’eh masuk internet..apo, ingat akak kau ni mongak ko dik oii..


Sekali lagi, bagi mewakili keluarga Cikgu Samsunanwar & Puan Husni, kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam merealisasikan majlis kenduri menyalang Mohd Radzif & Siti Nor Fadzilah. Kami juga memohon ampun & maaf sekiranya terdapat salah dan silap serta sebarang kekurangan sepanjang pelaksanaan majlis.
Buat Abang Ajib & Kak Dilla, semoga berbahagia hingga ke akhir hayat..Amin..

MENU KENDUGHI
My Mak memang ghoma boto gulai botik. Oleh sobab minat’eh yang abih dalam’eh kek gulai botik, beserta persetujuan daripada big bos a.k.a my Abah dan juga pengantin, maka ni la deh menu kenduri baghu-baghu ini..Ado 2 kategori; 1 biaso, 1 laie lauk ala2 kampung..

Nasik Putih
Nasik Minyak
Gulai Botik Masak Lomak Putih
Sambal Gesek
Ikan Masin Gogheng
Ayam Masak Meghah
Gulai Daging Masak Lomak Cili Api
Kari Daging
Sup Tulang
Gulai Poghot Masak Lomak Cili Api
Pajeri Noneh
Air Sirap



antara lauk pauk yang sompek 'dijumpai'


Fakta 1
Memang agak polik gulai botik buek maso kendughi kawen, tapi yolah..bak kato sepupuku Dik Nor; dah ghoma..Oghang kampung siap cakap laie, asal gulai botik yo, memang family Cikgu Samsun la punyo..kui kui kui..
Fakta 2
Set lengkap untuk menu ala kampung ni ialah Nasik Putih, Gulai Botik Masak Lomak Cili Api, Sambal Gesek & Ikan Masin Gogheng..Tapi kalau nak campur'an sumo pon xdo salah'eh doh..hehe
Fakta 3
Gulai Poghot Masak Lomak Cili Api adalah menu wajib setiap kali kendughi kawen kek N9..Selalu’eh gulai poghot ni campur dengan ghobong..Bagi penggoma gulai poghot nih, dioghang sanggup tunggu sampai gulai ni masak..Gulai ni merupakan lauk terakhir yang dimasak, tapi lauk yang paling laris ie lauk yang paling copek abih..Ponah sekali maso 1 kendughi jiran kek Kg Kuala Johol, dioghang masak gulai ni pukul 3 petang, tapi bayangkan, oghang yang memang dah minat boto dengan gulai nih, buleh tunggu sampai gulai ni masak..Saya? Nasib baik x minat perut..huhu..

VOCABS
laghi: lari
mengupeh: mengupas
meghameh: meramas
nio/kelapo: kelapa/nyiur
nyughok: menyorok
tompek: tempat
meghah: merah
mongak/bongak: tipu
ghoma: gemar
boto: betul
botik: betik
poghot: perut
noneh: nenas
sumo: semua
ghobong: rebung
sompek: sempat
polik: pelik
buek: buat
laie: lagi
gogheng: goreng
copek: cepat
ponah: pernah



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net