srsfeqah.fotopages.com

By: srs feqah

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 30-Apr-2008 04:30 Email | Share | Bookmark
HAPPY BIRTHDAY DIK WAN & DONUT

Assalamualaikum & selamat sejahtera..
Life must go on!!

Sejak akhir-akhir ni saya ‘seperti’ banyak membuat eksperimen di dapur. Mungkin sebab eksperimen di lab sudah habis..

Sebelum tu..
28 APRIL
A very special HAPPY BIRTHDAY wish to adikku Dik Wan..
May ALlah bless u & GOOD LUCK for ur study, esp for becoming PMR 2009!!
Happy Birthday 2 u..
Happy Birthday 2 u..
Happy Birthday 2 adikku Dik Wan..
Happy Birthday 2 u..

Actually not yet celebrate..i'ALlah by this becoming weekend..Dik Wan ni anak bongsu..Kitorang adik beradik semua lahir tahun ganjil kecuali si 'penutup' ni, sengaja nak sama dengan Abah & Mak; lahir tahun genap..Sesuai dengan namo'eh, Dik Wan ni memang suka memasak; ala2 Chef Wan gitu..Dik Wan ni pun suka buat eksperimen kat dapur; selalu cipta resipi2 baru..apo ni, nak celen (challenge) akak ko?..tak buleh jadi nih.. Apapun semoga Dik Wan menjadi anak yang soleh serta cemerlang, gemilang & terbilang dunia & akhirat..

1st DONUT
Kali ni saya buat donut. Ini kali pertama saya buat donut sendiri. Masa kecik-kecik dulu saya pernah tolong mak buat donut, tapi hanya untuk ‘segmen’ membentuk & menggoreng sahaja; ‘segmen’ menguli saya serahkan kepada yang ‘pakar’..
Pada mulanya saya nak cuba resipi donut yang sangat glamour itu; Donut Suria FP MamaFaMi atau Donut Chef Li FP MamaFaMi jugak, tapi saya tak sempat nak ‘copy’ resipi. ‘Angin donut’ 'ter-sampai' awal. Maka saya segera telefon Mak mintak resipi. Saya buat untuk minum pagi; mula selepas Subuh pukul 7 pagi, sedia untuk dimakan pada pukul 10.30 pagi. Terima kasih, Mak..

DONUT Puan Husni
Sumber: My Mak ie Pn Husni

Bahan2
2 cawan tepung gandum
2 sudu besar mentega
2 sudu besar susu tepung
2 sudu besar gula
2 sudu kecil mauripan
½ biji telur
air secukupnya (aiseh, tak ingat lak guna banyak mana..maklum la campak2 je..huhu..)
minyak masak
½ sudu kecil baking powder (saya tak letak sebab Mak tak cakap; Mak bagitau seminggu selepas tu semasa saya tunjuk gambar 1st donut nih..)
coklat masakan
coklat ‘rice’

Cara2
1-Campur tepung, gula, susu tepung, mauripan & telur
2-Kemudian masukkan air secukupnya. Uli sehingga menjadi doh
3-Biarkan doh naik
4-Bentukkan seperti donut (saya belum ada donut cutter)
5-Biarkan naik sekali lagi
6-Goreng
7-Topping (saya celup bahagian atas (?) donut dalam coklat masakan (double boiled) & kemudian taburkan coklat ‘rice’)



2nd DONUT
Kemudian saya terjumpa resipi Donut Ala J Co FP Rin Chann dan Donut FP k-jie jie. Memandangkan ‘angin donut’ masih ada, saya cuba pulak resipi Donut k-jie jie. Kali ni saya berhasrat untuk makan donut sebagai ‘dinner’ (?), tapi dah terlajak jadi dipper=dinner+supper (??) pulak. Saya mula menguli selepas Maghrib; pukul 8 malam dan ‘selamat’ dimakan pada pukul 11.15 malam..Terima kasih k-jie jie kerana sudi berkongsi resipi dan info..Resipi telah diubahsuai mengikut 'situasi' saya; 'tidak mampu' mendapatkan tepung naik sendiri + tepung gandum kehabisan stok..

DONUT k-jie jie (1/2 adunan)
Resipi Asal: Donut FP k-jie jie

Bahan2
2 cawan tepung gandum (sepatutnya 2 ½ cawan untuk ½ adunan; 1 ½ cawan tepung gandum & 1 cawan tepung naik sendiri)
½ cawan mentega
½ biji telur
½ peket yis (ni actually saya main taram je..baki buat ‘1st’ donut)
1 sudu besar gula
1 sudu besar baking powder (kalo guna tepung naik sendiri, letak 1 sudu kecil sahaja)
½ cawan air suam
¾ cawan susu tepung (sepatutnya letak ½ cawan je, tp ni kira nak ‘cover’ ½ cawan tepung gandum yang tak cukup tu..huhu..)
secubit garam
gula pasir untuk ‘topping’ (lebih baik kalo ada gula ‘castor’)

Cara2
1-Campurkan mentega, yis, gula, telur & air suam dalam 1 bekas. Biarkan yis kembang (saya punya ½ jam; k-jie jie cakap dlm 10-15 minit je)
2-Ayak tepung, susu tepung & baking powder
3-Campurkan 1 ke dalam 2
4-Uli sehingga menjadi doh
5-Biar doh naik (dalam kes saya 1 ½ jam)
6-Tumbuk doh untuk keluarkan angin.
7-Bentukkan menjadi donut (Kali ni saya bahagikan doh kepada bahagian-bahagian kecil, sebelum dibentuk menjadi donut. Haritu main cubit-cubit je)
8-Biarkan naik sekali lagi (kali ni ambik masa 1 jam)
9-Goreng
10-Taburkan dengan gula



Info: 1 cawan tepung menghasilkan 5 biji donut saiz medium

Kesimpulan
Ghoman’eh takdo la susah bona nak buek donut nih..Tingga nak ko tak nak yo..Memang la tak sesodap yang diboli, nak-nak pulak yang ado ‘brand’ tue..Tapi tula deh, lamo jugak la nak menunggu doh tu naik..Kalau nak buek untuk minum pagi pukul 9, maun kono mulo nguli sebolom Subuh..tak koso kek se doh..Nampak gayo’eh donut ni sesuai buek untuk minum potang yo la..Laie pulak kalau maso tu tongah boring yang amat, memang sesuai bona..Sementara tunggu doh tu naik, buleh la komeh ghumah ko, basuh baju ko, study ko, tengok tv ko, takpun tido yo..

VOCABS
ghoman’eh: rupa-rupanya
takdo: takde/tiada
bona: benar/sangat
buek: buat
tingga: tinggal
ko: ke
yo: je
sodap: sedap
boli: beli
ado: ada
lamo: lama
kono: kena
maun: mahu
mulo: mula
gayo: gaya
potang: petang
maso: masa
laie: lagi
tongah: tengah
komeh: kemas
ghumah: rumah
tak koso kek se doh: tidak kuasa saya/tak sanggup

Donut Memories
Saya sangat suka makan Kuih Keria @ Kuih Gelang. Masa kecik-kecik dulu saya selalu ‘confuse’ antara Kuih Gelang dengan Kuih Donut. Suatu hari Mak buat Kuih Donut. Pada zaman dahulu, donut ditabur dengan gula (zaman sekarang dah wujud pelbagai ‘donuts’ toppings’). Saya yang ‘confuse’ lagi ‘bega’ (degil) itu, tetap nak jugak kuih itu disira seperti Kuih Gelang, walaupun Mak cakap itu Kuih Donut. Akur dengan ‘kehendak’ saya, Mak pun menyira Kuih Donut itu. Tapi faham-faham sahajalah..Kesian donut yang tidak bersalah itu..So itulah kali pertama & terakhir saya makan ‘donut bersira’, kot..

Bunga Kantan lagi
Saya dapat Bunga Kantan lagi, kali ni daripada sabiah..Bunga Kantan haritu simpan je, sayang nak masak. Nampaknya yang ini pun sama juga..Tapi Bunga Kantan sabiah ni lain sikit; versi ‘tunggang terbalik’, bukan saya yang cakap, sabiah yang cakap..Terima kasih daun keladi ye sabiah..



Life Must Go On!!


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net