srsfeqah.fotopages.com

By: srs feqah

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 5-May-2008 05:05 Email | Share | Bookmark
BROWNIES & Get Together

Assalamualaikum & selamat sejahtera..
Semoga kita sentiasa memperolehi keredhaan Allah..
Man jadda wajada, waman zaroa’ hasoda
(Siapa berusaha dia berjaya, siapa menanam dia mendapat hasil)

CHEWY GOEY YUMMY BROWNIES
Masih bereksperimen..Kali ini brownies pulak..Dah lama mengidam nak buat, kali ni dah tertunai hajat..Alhamdulillah..Terima kasih Mak Lang untuk resipi yang sodap lagi mengancam ni..Tapi seperti biasa, resipi telah di-eksperimenkan sikit..sikit je..

Chewy Goey Yummy Brownies (1/2 adunan)
Sumber Asal: FP Mak Lang (dari Kak Mas)

Bahan2
125g mentega (½ buku)
200g coklat (1 bar yang besar; saya guna Cadbury Hazelnut, so x tambah kekacang lain)
3 biji telur
170g gula perang
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu besar coklat emulco (sepatutnya 10g)
40g tepung gandum
30g serbuk koko

Cara2
1-Panaskan oven pada suhu yang sesuai & sediakan acuan yang sesuai jugak.. (sy guna suhu untuk cookies/sponge cake; 160ºC..Mak Lang guna 150ºC dan alas tray 12x12)
2-Double boil butter & coklat sehingga cair, biarkan suam
3-Campurkan telur, gula perang, esen vanila & coklat emulco dalam 1 bekas. Kacau sehingga gula larut
4-Tuang 2 dalam 3. Kacau
5-Ayak tepung gandum & koko, kemudian masukkan dalam 4. Gaul
6-Tuang adunan dalam acuan. Bakar selama 1 jam.
7-Biarkan sejuk sebelum dihias & dipotong



Bagi ‘chocolate lovers’, brownies ni memang ‘very the chewy goey yummy’; sangat kaya dengan rasa coklat..tekstur macam ‘Choc Ball Kings’..i liiike..

GET TOGETHER FIFA-98
Pada cuti Hari Pekerja (1 Mei 2008) baru-baru ni, batch FIFA-98 (x-secondary schoolmates) telah ber-‘get together’. Hi-Tea tersebut telah diusahakan oleh kawan kitorang, Nannoor, bertempat di Restoran Puteri KL.
Ada macam2 kategori kitorang nih..2 kategori utama ialah ada yang dah kahwin & dan ada yang belum kahwin..Pecahan kategori..Bagi yang dah kahwin; ada yang dah ada anak, ada yang sedang menunggu kelahiran anak & ada jugak yang masih belum ada rezeki..Bagi yang belum kahwin pulak, lagi banyak kategori; ada yang dah tunang & dah nak kahwin, ada yang dah tunang tapi belum rancang nak kahwin, ada yang dah ada pasangan & telah/sedang/akan rancang nak kahwin, ada jugak yang dah ada pasangan tapi belum rancang nak kahwin, ada yang ‘hanya kawan biasa’ & kategori paling last; single & available..Saya? yang last..huhu..




Brownies 'hasil eksperimen' tu saya buat untuk ke 1 ‘program’, tapi bukan ‘Get Together' ni; sobab tu la tak sompek nak berhias bagai brownies tue; rushing la konon2eh..Next entry pulak la yo..Tungguuu..Tapi saya bagi klu sikit la..Kang jangan lak ado yang tak dapek tido malam’eh lak..klu yang pertamo; saya & kawan2 poie memanjek; bukan bukit, bukan pokok, tanggo pon bukan..klu yang keduo; bukan Abah, bukan Omak, bukan Uwan, bukan Abang, bukan Akak & bukan Adik..dah la yo, kok ghajin buleh la toko..

Untuk itu saya akhiri dengan 1 bidalan..

Nan senteng dilabuhkan,
Nan panjang dikeratkan,
Nan rumping disisipkan..

Wassalam..


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net