srsfeqah.fotopages.com

By: srs feqah

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 10-May-2008 05:10 Email | Share | Bookmark
GUNUNG DATUK REMBAU N9

Assalamualaikum & selamat sejahtera

Nan senteng dilabuhkan,
Nan panjang dikeratkan,
Nan rumping disisipkan..
Pernah dengar tak bidalan ni? Sebenarnya bidalan ni ado kono mengono dengan entry kali ni..

Seperti yang telah dimaklumkan dalam entry lepas..
Pada 3 Mei 2008, saya dan kengkawan poie manjek..bukan bukit, bukan pokok, tanggo pun bukan..kitoghang poie manjek GUNUNG..
Bukan Abah, bukan Omak, bukan Uwan, bukan Abang, bukan Akak dan bukan Adik..tapi Atok @ DATUK..
Iyo, kitoghang poie memanjek GUNUNG DATUK kek Ghombau N9.. Ala..Parlimen KJ tue..Bidalan tu menceritakan situasi semasa Dato'-Dato' (Adat) N9 pada zaman dahulu kalo maso nak panjek gunung..

INFO GUNUNG DATUK
Quote:
Nama: Gunung Datuk
Ketinggian: 2900 kaki (870m)
Tempat: Kg Batang Nyamor, Rembau, Negeri Sembilan
Lokasi: 21km dari Pekan Rembau, 15km dari Pekan Tampin
Tol: dari utara; tol Pedas-Linggi, dari selatan; tol Simpang Ampat
Pendaftaran: RM3
Masa Naik: 2 jam
Masa Turun: 1 jam
Tahap: Medium-Easy
Trek: tanah bukit, batu
Kemudahan: elektrik, tandas, chalet, dewan serbaguna, tempat duduk, gerai, tempat letak kereta
Keistimewaan di puncak gunung:
1-Sekiranya cuaca baik, boleh nampak Selat Melaka
2-Tapak kaki Hang Tuah
Sejarah: Pada tahun 1372, puncak Gunung Datuk pernah digunakan oleh Dato' Perpateh Nan Sebatang untuk mengumpulkan ketua-ketua adat dan mengisytiharkan gelaran dan penyandang Dato’ Lembaga



Info dari pamplet
Quote:
Gunung Datuk adalah kemuncak tertinggi di Daerah Rembau dengan ketinggian 2900 kaki dari aras laut. Mempunyai flora dan fauna yang belum tercemar dan keindahan semulajadi. Mempunyai kesan lagenda tapak kaki Hang Tuah di atas batu di puncak gunung.
Mengambil masa 2 jam untuk sampai di kemuncak dengan melihat keindahan alam hingga nampak kapal belayar di Selat Melaka. Sesuai untuk semua peringkat umur dengan pendakian yang meyeronokkan dan mencabar. Anda boleh bermalam di puncak gunung.
Di kaki Gunung Datuk dengan aliran sungai yang sejuk dan menyegarkan terdapat tapak perkhemahan yang luas dan semulajadi serta dilengkapi dengan kemudahan elektrik, tandas, chalet dan dewan serbaguna yang boleh memuatkan sehingga 150 orang bagi aktiviti motivasi dan sebagainya.
Gunung Datuk yang terletak di Kampung Batang Nyamor mukim Gadong dalam Daerah Rembau. Tol Simpang Empat Alor Gajah, Melaka dari Selatan, Tol Pedas/Linggi dari sebelah utara pintu masuk ke Daerah Rembau dengan jarak 13km dari Pekan Rembau dan Pekan Tampin. Mengambil masa 15 minit untuk tiba di kaki Gunung Datuk dengan kemudahan jalan yang berturap dan tempat letak kenderaan.

Untuk xpdc kali ni, kitoghang seboleh (11) oghang sumo’eh..Saya & adikku Anum dr Johol N9, limo (5) oghang dr Melako; Erliz, Erman, Mus, Firdaus & Mike, ompek (4) oghang laie lak dr KL; Ida, Farid, Zila & Hadi..Kitoghang be-kumpo kek kaki bukit; dah nak dokek puko 9 pagi..Trek Gunung Datuk ni ‘level’eh ‘medium-easy’..Mendaki jalan utan yo..Bukit, tanah, ado batu sikit-sikit. Trek’eh 1 tu yo; itulah jalan naik, itulah jalan tughun..Highway? takdo doh..


Info di papan tanda
Quote:
REKREASI GUNUNG DATUK
Gunung Datuk terletak di Kg Batang Nyamor Gadong, kira-kira 21km dari Pekan Rembau dan 15km dari Pekan Tampin. Gunung Datuk mempunyai ketinggian 2900 kaki dari aras laut. Perjalanan untuk sampai ke puncak gunung akan mengambil masa kira-kira 2 jam. Puncak gunung ini pernah digunakan oleh Dato Perpateh Nan Sebatang untuk mengumpulkan ketua-ketua adat dan mengisytiharkan gelaran dan penyandang Dato’ Lembaga pada tahun 1372.Terdapat laluan (track) semulajadi untuk sampai ke puncak gunung. Dari puncak gunung anda boleh melihat Selat Melaka sekiranya cuaca baik.
Untuk keterangan lanjut sila hubungi:
Encik Zainuddin Bujang
Pejabat Daerah Rembau
Tel No: 06-6851225 (P) 06-6854315 (R)

MOUNT DATUK
Located in Kg Batang Nyamor Gadong, about 21km from Rembau Town and 15km from Tampin Town. The summit of Mount Datuk reaches 2900 feet from sea level and journey up the mountain takes about 2 hours. The summit of mountain was once used by Dato Perpateh Nan Sebatang to gather Ketua-ketua Adat (Custom Leaders) to announce the title and name of future Dato’ Lembaga (clan chief) in 1372. There is natural track going up the mountain and on fine days visitors could enjoy the panoramic view of the Straits of Malacca.
Further information:
Encik Zainuddin Bujang
Rembau District Office
Tel No: 06-6851225 (off) 06-6854315 (hse)



trek



laie..



berehat + berposing



berposing + berehat ??..


Kitoghang sampai kek kawasan lapang kek puncak gunung dalam puko seboleh (11) lobih..Lopeh berehat-rehat jap; tunggu ‘turn’ nak panjek batu-batu godang lak. Manjek batu-batu godang ni guno tanggo yang memang dah ado kek situ; nyak'an bilo ado'eh tanggo tu kek situ tak tau la kan..Manjek batu ni ado tigo (3) peringkat sumo’eh..Tak sumo oghang nak naik sampai ‘stage’ paling ateh tue..Tapi alang-alang dah sampai, apo la jadah’eh kalau tak naik sampai ateh, yo tak..Udara kek ateh tu pon sojuk sikit, walaupun maso tu dah puko duo boleh (12) lobih..

batu-batu godang



posing ek..



'view' kek puncak gunung..Subhanallah



tapak kaki Hang Tuah


Lopeh dah ambek gambar kek ateh, kitoghang berehat lak kek bawah batu-batu kek situ..Maso tu la kitoghang makan bekalan..ado ghuti sardin, ghuti tuna, ghuti tolo, ghuti kaya pon ado & yang spesel’eh, ‘brownies eksperimen’ tu pun ado yo, tak lupo biskuat ida (kang ida kocik ati; sok2 x nk bawak laie..), selain 100+ zila & air kosong memasing.. Selosai melopeh’an ponek & lolah, kitoghang pon begoghak tughun; maso tu dah puko duo boleh ompek puloh limo (12.45)..Perjalanan tughun memang la tak seponek maso naik..Kitoghang berjaya sampai kek kaki bukit 1 jam kemudian.

bendera Malaysia pn nak yo posing samo..



posing laie..kek bawah batu, kek ateh batu..dalam batu yo xdo..



suasana sekitar


Ado banyak pokok yang buleh dijumpai di sepanjang trek Gunung Datuk. Antara pokok yang berlabel ialah Penarahan Arang (Myristica spp.), Mempisang (Mezzettia spp.), Kayu Arang, Nyatch (Palaquium spp.), Tempini (Streblus elongatus), Sial Menahun (Pternandra spp.), Melunak (Pentace spp.), Kelat (Syzgium spp.), Medang (Lauraceae spp.), Berangan (Castanopsis spp.), Otak Udang (Buchanania spp.) dan Kedondong. Ado jugak jumpo pokok pisang hutan, beberapa jenis pokok bungo yang tidak diketahui namo'eh, selain rumput dan lumut serta pokok-pokok lain.





Alhamdulillah..Dah mengaso panjek Gunung Datuk. Sekalung penghargaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan xpdc Gunung Datuk; Erliz, Ida, Anum, Erman, Mike, Mus, Firdaus, Zila, Farid & Hadi serta my Abah, my Mak & my family..Next mission geng??..

kitoghang be-seboleh (11)



VOCABS
ado: ada
kono mengono: kena mengena
poie: pergi
manjek: panjat
Ghombau: Rembau
oghang: orang
sumo’eh: semuanya
be-kumpo: berkumpul
kek: di/dekat/kat
dokek: dekat
puko: pukul
lopeh: lepas
baghu: baru
mulo: mula
ado: ada
tughun: turun
lobih: lebih
godang: gedang/besar
nyak'an: sejak dari
ateh: atas
jadah’eh: faedahnya/gunanya
sojuk: sejuk
ghuti: roti
tolo: telur
kughang: kurang
boban: beban
melopeh’an: melepaskan
ponek & lolah: penat & lelah
begoghak: bergerak
mengaso: merasa

Aghitu ado yang ghadoh (komplen; complaint) tak paham. Mudah-mudahan entry kali ni sumo'eh paham la yo..Kok (kalau) tak paham yo, kono la ‘translate’ nampak gayo'eh..

HAPPY MOTHER'S DAY
Abang, Akak, Kak Lang Anum, Kak Cik Dah, Uda, Kak Teh Imah & Dik Wan would like to wish HAPPY MOTHER'S DAY to our beloved Mak..Thank you Mak for your love, doa & supports..and thank you for being OUR BEST MAK IN THE WORLD!! We love u Mak!!!!!!! Forever..

and HAPPY MOTHERS' Day too to all Mak, Mama, Ibu, Umi, Mommy in the whole world especially to my uwan2, mak2 saudara & sepupu2, my friends, my FP-mates & the readers + viewers..May ALlah bless all of us..



Study..Study..Study..
I’ll be back..
Soon..
Insya Allah..
All the best to me..

Wassalam..



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net