srsfeqah.fotopages.com

By: srs feqah

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 15-May-2008 05:15 Email | Share | Bookmark
NESCAFE, tag & Selamat Hari Guru 2008

Assalamualaikum & selamat sejahtera..

Nak 1000 daya, tak nak 1000 dalih..

Tak bercadang nak update..Tapi apakan daya, saya memang ‘berdaya’..hehe..Memang boto la, kalau nak tu, beghiyo-ghiyo, kalau tak nak lak, tak dapek den nak nolong’eh tu doh..

Abstrak
Nescafe merupakan satu jenama kopi segera yang paling laris di dunia, dihasilkan oleh Nestle. Nescafe terdapat dalam pelbagai jenis produk. Nama Nescafe terhasil daripada gabungan perkataan ‘Nestle’ dan ‘Café’. Produk serbuk kopi Nestle mula diperkenalkan di Switzerland pada 1 April, 1983, setelah diusahakan selama 7 tahun oleh Max Morgenthaler dan pasukannya. (Sumber: Wikipedia)
Pengenalan
Nescafe telah menjadi ‘minuman ruji’ saya sejak kecil lagi. Selain saya, my Mak, adikku Anum & adikku Uda juga ‘hantu’ Nescafe. Nescafe menjadi ‘kemestian’ kami untuk minum pagi & minum petang. Selain itu, sekali sekala Nescafe turut menjadi pilihan untuk minum malam.
Nescafe Susu vs Nescafe O
Di rumah, 1 tin susu akan habis setiap hari untuk penyediaan Nescafe Susu. Menyedari situasi ini, kami ber-4 berusaha untuk mengurangkan penggunaan susu harian dengan mengurangkan ‘pengambilan’ Nesafe Susu. Nescafe Susu kekal sebagai minum pagi manakala minum petang digantikan dengan Nescafe O. Namun begitu, usaha ‘murni’ kami ini tidak berhasil. Nescafe O terbiar sepi. Maka kami ber-4 kembali (?) ke ‘tabiat’ lama; Nescafe Susu pagi & petang, dan kadang-kadang malam.
Nescafe 3 in 1
Sewaktu menginap di kolej kediaman dalam kampus, saya memilih untuk minum Nescafe 3 in 1. Sangat mudah, bancuh dengan air panas & sedia untuk diminum. Setelah berpindah ke luar kampus, saya masih memilih Nescafe 3 in 1, tapi saya campur dengan susu tepung sebagai krimmer; lebih ummpphh. Tapi itu Nesafe 3 in 1 yang dulu. Nescafe 3 in 1 sekarang sudah kurang sedap, malah tak sedap. Walaupun aroma-nya sangat menusuk kalbu, tetapi rasanya sudah tidak sesedap dulu.
Nescafe oh Nescafe
Sejak tahun lepas, saya tidak lagi minum Nescafe 3 in 1. Sekarang saya lebih selesa minum Nescafe O ketika di KL dan Nescafe Susu ketika di Johol. Bagi menghasilkan 1 cawan Nescafe Susu, 1 sudu kecil Nescafe & 2 sudu kecil susu diperlukan sedangkan bagi 1 cawan yang sama untuk Nescafe O, hanya 1/5 sudu kecil Nescafe & 1 sudu kecil gula digunakan. Nescafe O jimatkan?? Sekali sekala saya akan minum 'NESCAFE CINCAU' di kampus. Oh, lagi 1, saya jugak 'pernah' suka NESLO (Nescafe+Milo), tapi susah nak cari NESLO yang betul-betul 'kaw', selalunya 'tak kaw'..huhu
Penutup
Sekarang, bukan setakat kami ber-4, malah 1 rumah telah menyertai kami minum Nescafe, termasuk Abah & Uwan. 1 Now 1 Nescafe..

Ini sebahagian daripada koleksi 'free gifts' yang kitorang dapat dengan membeli NESCAFE..i liiike..



Saya kena TAG?? Aiyoyo..
Tag ini datangnya daripada k-zanaz & idida a.k.a ummu nafisa

The rules:
1. Link to your tagger and post these rules on your blog.
2. Share 7 facts about yourself on your blog, some random, some weird.
3. Tag 7 people at the end of your post by leaving their names as well as links to their blogs.
4. Let them know they are tagged by leaving a comment on their blog

7 FACTS ABOUT MYSELF
1-Sangat seronok kalau dapat membuat seseorang gembira & ceria. Tak syok lo sedih-sedih nih..
2-Sangat suka makan aiskrim & coklat. Kalau boleh nak makan aiskrim & coklat setiap hari..Boleh makan aiskrim bila-bila masa, termasuk waktu hujan, sebelum tidur, bangun tidur, breakfast..Coklat pulak suka yang 'dairy milk' je, kurang minat yang ada kekacang, sebab nak makan coklat, bukan kacang..oppss, tidak lupa juga; NESCAFE
3-Suka suasana yang kemas lagi teliti..so; suka berkemas (tapi tengok mood jugak la)..Cerewet? ye ke?..tak kot..Suatu masa dahulu, setiap kali balik ke Johol, saya 'kena' inform mak & abah awal-awal, sebab mak & abah nak kemas rumah dulu, takut bila anak dara ni balik rumah, 'tolong berkemas', barang-barang dah 'missplaced'..Appa daa..Itu masa dulu la, masa adik5 kecik2..
4-Sangat suka jalan-jalan, esp window shopping..Lagi best kalau dapat geng yang sekepala..Bahagia-nya hidup..Suka jugak menghayati pemandangan alam yang menarik; eg pantai, puncak gunung (hehe).. + ambik gambar..
5-Sangat sensitif dengan isu-isu atau hal-hal yang membabitkan keluarga, esp keluarga sendiri (ke keluarga sendiri je ek..)
6-Sangat ‘tidak bagus’ dalam menghafal jalan + peta..Kalau dah pergi 3-5 kali ke sesuatu tempat tu pun, belum tentu boleh hafal jalan..Ini sangat tidak best..
7-Minah last-minute..Ini pun tidak best..But, better late than never huh..


Mungkin ada banyak lagi, kot..tapi dah tag nak 7 je kan..Fuh, selamaaat..Saya 'tidak sudi’ men-tag sesiapa, tetapi sekiranya ada yang berkeinginan, sila beritahu ye..tq tq

16 MEI 2008
SELAMAT HARI GURU
Selamat Hari Guru kepada semua insan yang bergelar guru..Tak kisahlah yang pernah jadi guru, sedang jadi guru atau akan jadi guru..Ibu bapa & kawan-kawan pun guru kita jugak..Sebenarnya, semua orang pun pernah jadi guru, kepada diri sendiri, kalau tak 'cikgu' kepada orang lain pun..TERIMA KASIH CIKGU!!



untuk info-info yang menarik berkaitan HARI GURU, sila klik Terima Kasih Cikgu; FP k-jie jie..k-jie jie ada fakta-fakta yang sangat informatif berkaitan Hari Guru..
Tema Hari Guru 2008: GURU CEMERLANG NEGARA TERBILANG

study oh study..

Wassalam..


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net