srsfeqah.fotopages.com

By: srs feqah

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 20-May-2008 05:20 Email | Share | Bookmark
HAPPY BIRTHDAY ABANG AJIB & KEK KEJU ROSELLE

Assalamualaikum & selamat sejahtera

Semoga kita semua sentiasa memperolehi hidayah & rahmat Allah..

IF YOU THINK YOU CAN, YOU ARE ALWAYS CAN!! YAKIN BOLEH!!
Kalau kita sendiri tidak yakin dengan kemampuan diri kita, jangan pula nak harapkan orang lain yakin dengan kita..Tapi, kadang-kadang..keyakinan orang lain turut menyumbang kepada keyakinan diri kita..

HAPPY BIRTHDAY ABANG AJIB
19 MEI

A very special HAPPY BIRTHDAY wish to abangku ABANG AJIB..
May ALlah bless u..
Happy Birthday 2 u..
Happy Birthday 2 u..
Happy Birthday 2 abangku ABANG AJIB
Happy Birthday 2 u..


KEK KEJU ROSELLE
Sempena cuti Hari Wesak baru-baru ini, saya bercadang membuat ‘3 eksperimen kek’ bagi ‘triple celebrations’; Hari Ibu (11 Mei), Hari Guru (16 Mei) & Hari Lahir abangku Abang Ajib (19 Mei). Namun begitu pada saat-saat akhir, Abang Ajib terpaksa membatalkan hasrat pulang ke kampung atas urusan lain.
Bagi kek Hari Ibu, saya membuat ‘eksperimen’ kek keju. Sudah sangat lama saya KIV resipi kek keju. Setelah melakukan sedikit ‘siasatan’, ada 3 kaedah memasak kek keju yang saya temui iaitu ‘baked’; bakar menggunakan oven’, ‘non-baked’; hanya campur dengan gelatin atau serbuk agar-agar serta stim/kukus. Atas pilihan my Mak ie Pn Husni, selaku individu yang diraikan, saya memilih kaedah kukus/stim. Resipi Kek Keju Roselle telah saya ubah suai mengikut keselesaan, berdasarkan Peach Cheese Cake FP Mamafami. Thanx mama for sharing d'simple but nice recipe..i liiike..

Bahan2
Lapisan bawah/tapak/dasar (base)
50g mentega dicairkan
8 keping biskut Chipsmore*
*biskut 'optional'; boleh guna apa sahaja biskut yang sesuai, eg oreo, marie. Chipsmore a bit oily..

Lapisan kek
250g keju krim (cream cheese)
¼ cawan gula pasir
1 sudu kecil esen vanilla

Lapisan atas (topping)
Pes Roselle

Cara2
Lapisan bawah
1-Kisar (kering) biskut chipsmore
2-Gaul biskut dengan mentega
3-Tekan padat dalam loyang
4-Bakar selama 10 minit (190ºC). Biarkan sejuk

Lapisan kek & topping
1-Pukul keju
2-Campurkan gula & pukul lagi
3-Campurkan esen vanilla & pukul lagi
4-Tuang adunan ke dalam loyang & tutup dengan kain (saya guna kertas A4)
5-Kukus selama 1 jam
6-Biarkan sejuk sebelum disimpan dalam peti ais selama 2 jam
7-Letakkan toping di atas permukaan kek



Teringin sangat nak 'main' deco-deco kek, tapi nozzle'eh tah mano diam'eh tah..Apo nak dibuek'an..Apo-apo yang ado yo la..Kang kok nak nunggu'an nozzle'eh, maun tak ngaso cheese cake kito..hehe..
Takdo la susah bona nak buek cheese cake ni, TAPI cheese cake yang sonang-sonang yo la..Yang maha'eh tang cream cheese'eh tu..Kalau tak jadi, maun nangih dibuek'eh..Tapi untuk 'budak baghu belaja', ghoman cheese cake camni buleh la yo, sifu..hehe..

Untuk kek Hari Guru lak..tungguuuuu..tq tq

oh study..

Wassalam..


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net