srsfeqah.fotopages.com

By: srs feqah

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 25-May-2008 05:25 Email | Share | Bookmark
CHOCOLATE CUPPIES, Happy Birthday Lien & Saaraa dan Wildan-Wazif

Assalamualaikum & selamat sejahtera..

IF YOU ARE FAIL TO PLAN, YOU ARE PLAN TO FAIL..
Setiap perkara memerlukan perancangan, kalau tiada perancangan, kerja mungkin tak siap, lebih teruk lagi, mungkin tak jalan. Mungkin boleh siap, mungkin boleh jalan, tapi lambat dan lembap. Atau lebih malang, mungkin juga tak siap-siap..Paling teruk, tak siap langsung..Kalau kerja siap, alhamdulillah..Kalau kerja tak siap, masya-Allah..
Kita hanya merancang, Allah penentu segala..

CHOCOLATE CUPPIES
Pada hari yang sama (buat Roselle Cheese Cake), saya turut buat 1 lagi eksperimen. Sementara menunggu kek tu sejuk, saya buat Chocolate Cuppies, untuk Hari Guru pulak. *Sebenarnya kitorang bukannya ada acara khusus pun..Cuma buat kek, lepas tu makan ramai-ramai, sambil mengadap astro (bunyi cam over lak ek..hihi..) Kebetulan ada lebihan coklat semasa buat ‘brownies’ dulu; tak sanggup membazir, maka saya pun menghasilkan ‘Chocolate Cuppies’. Resipi ni saya ‘eksperimen’kan setelah merujuk beberapa resipi brownies yang lain..

Bahan2
200g coklat (1 bar besar; Cadbury Hazelnut)
125g mentega (½ buku)
3 biji telur
½ cawan gula
1 sudu kecil esen vanilla
¾ cawan tepung
¼ cawan serbuk koko
½ sudu kecil baking powder

Cara2
1-Double boil coklat & mentega. Sejukkan
2-Ayak (sekaligus) tepung, serbuk koko & baking powder
3-Pukul telur (aritu pukul, tak sampai kembang pun)
4-Masukkan gula ke dalam telur & pukul lagi
5-Masukkan 1 ke dalam 4. Kacau
6-Masukkan 2 ke dalam 5. Kacau
7-Sudukan adunan ke dalam acuan & kukus selama 10 minit


HAPPY BIRTHDAY LIEN & SAARAA
22 MEI..Happy Birthday to my friend Lien..
26 MEI..Happy Birthday to my friend Saaraa

May Allah bless both of u..
May all your wishes come true..

Ramai kawan-kawan saya yang menyambut Hari Lahir pada bulan MEI..HAPPY BIRTHDAY to all my friends..

Sempena Lien’s birthday, sekali lagi saya buat Chocolate Cuppies, tapi guna Cadbury Dairy Milk je..Selain ‘cuppies’ ni, saya turut buat 1 lagi eksperimen lain (mak oii, bunyi'eh macam ghajin bona lak..) Insya Allah, nanti saya bagitau..


WILDAN & WAZIF
Kebetulan, pada hari yang sama (Lien’s birthday) kawanku Q ajak ke Gombak, melawat kawan kitorang; Y yang dah 18 hari melahirkan anaknya yang ke-2. Sekarang Y dah ada 2 'boys'; Wildan & Wazif..Buat pengetahuan, 'produk-produk eksperimen' turut 'diangkut' ke Gombak. Sebelum tu, saya sempat jumpa sepupuku Fida & lunch dengan kawanku Erliz. Ini semua gara-gara nak cari ‘pemangsa’ untuk eksperimen-eksperimen saya. Sebenarnya, saya sangat risau setiap kali nak memasak, lebih-lebih lagi nak buat eksperimen..Takut takde orang yang sudi nak makan, apatah lagi nak tolong makan..Terima kasih kepada semua kawan-kawan yang ‘sanggup’ makan..Kalau best, boleh buat lagi..Kalau tak best, kena buat lagi, sampai jadi best..Tapi kalau malas, tak payah buat..


M vs M
Saya dilanda virus M. Virus ni datang secara tiba-tiba, walaupun sebelum ni saya dah ‘biasa’ dapat virus M ni. Tapi, hari tu rasanya macam dah elok sikit..Rajin la jugak, walaupun sikit, sekurang-kurangnya ada la jugak ‘hasil’..Eh, virus M ni bukan Malaria tau (nauzubillah)..M ni virus MALAS..
So sekarang saya nak cari M jugak..M tu bukan la Tun Dr M yg baru keluar parti tu..Bukan jugak M-U yang baru jadi juara Liga Juara-juara Eropah (UEFA Champions League) tu..Dan bukan jugak U-M; Universiti tertua di Malaysia yang baru sahaja muncul sebagai universiti tunggal (daripada 17 buah universiti) yang berjaya memperoleh skor cemerlang, bagi kategori universiti berintensifkan penyelidikan, yang dinilai menerusi Sistem Penarafan Institusi Pengajian Tinggi Awam (Setara) bagi tahun 2007..Tapi saya kena cari MOTIVASI..

Kawanku Erliz cakap ada 1 buku yang bisa mengurniakan motivasi..
LA TAHZAN/Jangan Bersedih/Dont’Be Sad karya Dr Aidh Abdullah Al Qarni
Insya Allah saya akan cari & curi peluang untuk membaca buku motivasi tersebut.
Buku terakhir yang saya baca ialah novel AYAT-AYAT CINTA karya Habiburrahman El Shirazy. Itupun bulan lepas kot..

Study la..

Wassalam..


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net