srsfeqah.fotopages.com

By: srs feqah

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 30-May-2008 05:30 Email | Share | Bookmark
PUDING ROTI & PIDAH KONVO

Assalamualaikum & selamat sejahtera..

Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian,
Bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian..
Atau boleh jugak..
Bersusah payah dahulu, bersenang lenang kemudian..

Saya suka mengingatkan pelajar-pelajar (termasuk saya sendiri) agar belajar dengan bersungguh-sungguh sekarang (semasa zaman study) agar terjamin masa hadapan. Lebih baik berhempas pulas semasa ‘study’ dengan mengambil kursus & subjek ‘kritikal’, daripada ‘kritikal’ masa nak mencari kerja kelak..Pilih, nak susah masa belajar tapi senang nak cari kerja atau nak senang masa belajar tapi susah nak cari kerja..
Eh, ada ke pelajar yang ‘layan’ fotopages ni..Adoi la.. Oo..saya salah seorang kot..huhu..

PUDING ROTI
Saya kurang minat Puding Roti. Tapi roti tak habis, sayang nak buang..Membazir itu saudara syaitan..Nak buat roti telur, dah boring. Maka terfikir-lah nak buat Puding Roti. Saya makan sikit je, yang lain saya sumbangkan kepada kawan-kawan; seperti yang telah disebutkan sebelum ini..hehe..Resipi asal daripada my Mak, tapi saya ‘terpaksa’ buat mengikut bahan-bahan yang ada..

Bahan2
7 keping roti
¾ cawan gula
½ cawan susu tepung
2 sudu besar susu pekat
½ cawan tepung gandum
1 cawan air panas
1 ½ cawan air biasa
1 sudu kecil esen vanilla
2 sudu besar mentega
2 biji telur

Cara2
1-Potong dadu roti
2-Bancuh susu tepung, susu pekat & air panas
3-Curahkan bancuhan susu ke dalam roti. Biarkan terendam seketika
4-Campurkan tepung, mentega, telur, esen vanilla & air biasa dalam bekas lain
5-Tuangkan 4 ke dalam 3
6-Kukus selama 1 jam

Ni la deh..kojo sonang yo ni..Saya ‘call’ Mak minta resipi dalam pukul 10pm, 10.30pm mula membancuh, 11pm mula mengukus, 12am dah masak. Masa ‘call’ tu Mak ‘marah-marah sayang’ jugak la, ayat’eh; jam tu nak buek, jam tu jugak la baghu nak caghik resipi’eh..kang mulo la takdo itulah takdo inilah..

Lebih kurang camni la dialog saya & Mak..Perbualan kitorang ni dah saya ‘perhalusi’, agar lebih sodap didengar..kalau tak, ‘maun’ lagi panjang..kui kui..

Quote:
Saya: Helo..Assalamualaikum Mak..tongah buek apo tu..
Mak: Tongah makan..
Saya: Uiks..Apsal lak baghu nak makan..Dah pukul 10 malam ni Mak..pompuan tak elok tau makan malam-malam, nanti gomok..
Mak: Takdo doh..Ha, apo bondo eh..
Saya: Mak, tolong bagi resipi Puding Roti
Mak: Bilo nak buek ni..
Saya: Ni nak buek la ni..
Mak: Jam tu nak buek jam tu la baghu nak mintak resipi..santan'eh ado ko
Saya: Santan takdo..guno apo-apo yang ado yo la..
Mak: Ha tu la deh..lain kali telipon la dulu, lopeh tu siap’an bahan-bahan’eh..lopeh tu baghu la buek..ni dah nak buek bona baghu nak telipon..bla bla bla..ghoma boto la..poie ambek koteh (kertas) dengan pen..
Saya: Ala mak ni..kang pandai-pandai la ‘modify’..
Mak: Kang kok tak sodap jangan ghadoh (komplen) lak..
Saya: Takdo doh..bolom cubo bolom tau Mak..hehe..


So inilah resipi asal PUDING ROTI oleh Puan Husni..Terima kasih ye Mak!!
Bahan2
1 buku roti
1 cawan gula
1 cawan susu tepung
1 cawan tepung gandum
4 cawan santan + secubit garam
1 sudu kecil esen vanilla
4 sudu besar mentega
4 biji telur

Cara2
1-Roti dipotong dadu
2-Rendam roti dengan santan
3-Kisar telur, gula, mentega & esen vanilla
4-Gaul 3 dengan susu tepung & tepung gandum
5-Campurkan 4 dengan 2
6-Kukus selama 1 jam

PIDAH KONVO

17 MEI 2008
Adikku Pidah Konvokesyen di Stadium Tertutup Nilai N9
Syabas & tahniah, Pidah muncul Pelajar Anugerah Cemerlang bagi Sijil Pelukis Pelan & Senibina bagi Kolej Komuniti Jempol


Foto ‘dicilok’ daripada Pidah’s friendster..Terima kasih yo Dik Dah..Jangan maghah tau, nanti copek tuo..hehe..

study-ku study-ku jua..

wassalam..

2 Jun 2008
gua bengang beb..side mirror moto kono 'ghembat'..
kepada PENCUGHIK-PENCUGHIK sekalian..tak pikir ko, kalau baghang lu kono cughik lu tak maghah ko..sebolom mencughik tu pikir'an la (sompek ko??) kalau kono kek dighi sendighi, cemano ghaso'eh..kalau lu tau maghah, gua pun tau maghah beb..lu pikirlah sendiri!!

MINTA MAAF ye..'hangin' laks..huhu..

Semoga kita semua sentiasa mendapat hidayah & rahmat ALLah..Astaghfirullahalazim..


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net