srsfeqah.fotopages.com

By: srs feqah

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 5-Jun-2008 06:05 Email | Share | Bookmark
APAM PISANG COKLAT

Assalamualaikum & selamat sejahtera

‘Ilmu bila amal kasy-shajar bila thimar’
Ilmu tanpa amal umpama pokok tanpa buah
Ada ilmu, amalkan. Kalau setakat ada ilmu tapi tak buat apa-apa, rugi ada ilmu. Begitu juga dengan kes, tahu tapi tak nak buat. Ataupun tahu tapi pura-pura tak tahu supaya tak payah buat. Contoh paling ‘popular’ adalah solat & menutup aurat..serta vandalisme..

Semoga kita semua sentiasa mendapat hidayah & rahmat Allah..

HARGA PETROL-DIESEL NAIK
Berkuat kuasa 5 Jun 2008 12.00AM, harga petrol naik 40% iaitu RM0.78; dari RM1.92/liter kepada RM2.70/liter, manakala diesel naik RM1, dari RM1.58.liter kepada RM2.58/liter. Harga gas untuk sektor elektrik dan industri turut meningkat, tetapi kadarnya berbeza mengikut kegunaan dan sektor. Perdana Menteri dalam kenyataannya menjelaskan bahawa prinsip penentuan harga petrol dan diesel di Malaysia sekarang adalah berlandaskan kepada harga bahan api di pasaran dunia. Langkah ini adalah selaras dengan usaha kerajaan untuk membawa harga bahan api di Malaysia ke arah harga pasaran sebenar. Tarif elektrik, turut dinaikkan “bertujuan meningkatkan kecekapan pasaran dan menggalakkan rakyat Malaysia untuk menjimatkan sumber tenaga”. PM percaya dengan penguatkuasaan harga baru petrol, diesel, gas dan tarif elektrik itu, sektor komersial dan industri akan lebih bermotivasi untuk meningkatkan kecekapan operasinya..sila klik Utusan Malaysia untuk berita lanjut.

APAM PISANG COKLAT
Pisang tak habis. Tak sampai hati nak buang. Maka mulalah mencari ‘eksperimen’ yang sesuai, sehingga 'terserempak' Apam Pisang Coklat FP k-hanieliza



Bahan2

Bahan A
2 cawan tepung gandum
3 sudu besar koko (k-liza guna 2 sudu besar serbuk koko)
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder

Bahan B
1 cawan pisang
½ cawan minyak (k-liza guna 1 cawan minyak)
1 ½ cawan gula (k-liza guna gula perang)
2 biji telur

Cara2
1-Ayak bahan A
2-Campurkan semua bahan B
3-Kemudian gaulkan A dengan B
4-Sudukan ke dalam acuan dan kukus selama 10 minit

Asyik buat eksperimen, badan sudah naik..betul cakap Fida, kena timbang berat badan sebelum & selepas buat eksperimen, selain timbang gula & tepung..huhu..

APAM PISANG lagi
Pagi tadi (5 Jun 2008) saya & adikku Anum menziarahi makcikku Mak Ngah yang kurang sihat. Sekali lagi saya buat Apam Pisang. Resipi yang sama, tetapi ½ adunan letak koko manakala ½ lagi ‘plain’. Nasib baik saya buat 2 versi, Mak Ngah kurang minat versi coklat, Mak Ngah hanya makan yang ‘plain’.



EURO 2008
Bermula 7 hingga 29 Jun 2008, Kejohanan Bola Sepak Eropah UEFA 2008 atau lebih dikenali sebagai EURO 2008 akan berlangsung di Austria-Switzerland. Walaupun mungkin tidak akan ‘mengikuti EURO 2008 secara serius’ pada tahun ini (disebabkan ‘team’ yang biasa saya ‘tengok’ tidak layak bertanding), saya tetap akan ‘menjeling’ perjalanan kejohanan ini..hehe..huhu..

16 pasukan bakal berentap merebut gelaran juara kejohanan berprestij dunia ini iaitu:
Kumpulan A: Switzerland, Republik Czech, Portugal, Turki
Kumpulan B: Austria, Croatia, Jerman, Poland
Kumpulan C: Belanda, Itali, Romania, Perancis
Kumpulan D: Greece, Sweden, Sepanyol, Rusia

Pasukan yang disebut-sebut bakal menjulang kejuaraan ini ialah Jerman yang menampilkan barisan generasi baru yang sudah matang. Namun begitu, juara bertahan Itali dan Sepanyol masih perlu diberi perhatian. Atau mungkinkah Romania & Austria mencipta ‘keajaiban’?



Memori Bola Sepak
Pada mulanya saya tidak minat langsung dengan bola sepak; 22 orang berkejar-kejaran merebut 1 bola. Kalau ada 22 bola, tak payah berebut-rebut..hehe..
Saya mula menonton bola sepak lebih kurang 9 tahun lepas, tetapi 'biasa-biasa' je la. Ketika Perancis mengalahkan Brazil 2-1 dalam Piala Dunia 1998, saya masih belum ‘terlibat’ dengan dunia bola sepak. Saya mula ‘ter-menonton' bola sepak ketika UEFA Champions League 1999. Pada tahun tersebut adikku Uda menduduki UPSR. Oleh sebab tidak mahu Uda ‘stay up’ untuk menonton UEFA, saya yang ketika itu sedang bercuti, ‘volunteer’ untuk ‘tolong’ tengokkan ‘match’ yang ‘dipilih’ oleh Uda. Kebiasaannya, perlawanan berlangsung pada pukul 3.30-5.30am. Kadang-kadang saya akan mengejutkan Uda pada separuh masa kedua. Tapi selalunya saya akan beri laporan perlawanan sewaktu Uda bersiap-siap untuk ke sekolah. Sejak waktu itu sehingga sekarang, saya masih menonton bola sepak, TETAPI secara ‘pasif’..

Fakta bernombor Bola Sepak
1 padang, 1 bola, 2 gol, 22 pemain utama, 10 pemain simpanan, 3 pengadil, 90 minit masa perlawanan, 10 minit masa rehat

study.....study.....study....study.....study......

Wassalam


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net