srsfeqah.fotopages.com

By: srs feqah

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 15-Jun-2008 06:15 Email | Share | Bookmark
AYAM GORENG BERSAYUR & tag

Assalamualaikum & selamat sejahtera

Di mana ada kemahuan di situ ada jalan..
When there’s a will there’s a way..

Sama la macam hendak seribu daya, tak nak seribu dalih..
Kalau kita mahu sesuatu, kita kena berusaha bersungguh-sungguh. Kalau tak berusaha, kita tidak mungkin akan berjaya. Usaha itu tangga kejayaan. Kita perlu lakukan apa sahaja (selagi tidak melanggar hukum syarak) untuk memastikan apa yang kita inginkan menjadi kenyataan. Tetapi yang payah-nya kalau tiada kemahuan, tiada keinginan, jangankan usaha, hasil lagi-lah tiada. Justeru kita perlu mempunyai matlamat & tujuan dalam hidup, barulah akan ada usaha..Tetapi, jangan-lah pulak ada matlamat sahaja, tiada usaha, tak berguna juga..

Ada yang cakap asyik masak kuih je..ok la..Kali ni masak lauk pulak..Sebenarnya bukan-lah tak masak lauk, tapi lauk simple sangat, segan nak tunjuk..Tiada 'eksperimen', maklum-lah makan secara solo..Apo nak buek..layaaannn..

AYAM GORENG BERSAYUR

Lauk 2 in 1
Protein (ayam) ada, vitamin (sayur) pun ada..Pedas pun dah ada..
Very the most simplest..



Bahan2
Ayam (bahagian dada; potong kecil2)
Lobak merah
Kobis
Bawang merah (tumbuk)
Bawang putih (tumbuk)
Bawang besar
Cili api (tumbuk)
Lada besar
Sos tiram
Serbuk kunyit
Garam
Minyak

Cara2
1-Gaul ayam dengan kunyit & garam. Goreng. Asingkan
2-Tumis bahan2 yang telah ditumbuk
3-Masukkan sos tiram
4-Masukkan bawang besar
5-Masukkan ayam yang telah digoreng
6-Masukkan lobak, kobis & lada besar
7-Siap

Kalau nak lebih 'simple' + sempoi, campur sekali nasi ke dalam ayam goreng ber-sayur tu..
Maka jadi la Nasi Goreng ber-ayam ber-sayur..Sekali ngap; ada kabohidrat (nasi) protein & vitamin, serta lemak..
Gizi seimbang, menu lengkap, berkhasiat & sodap..walaupun ter-lebih kolestrol..huhu..

TAG oh TAG
Saya telah di-tag oleh k-Azue & sepupu'eh k-FazaRina..
Musykil..adakah kakak2 ni telah berganding bahu men-tag saya??..Sungguh terserlah ke-sepupu-an mereka..
Tapi tidak mengapa, selaku jiran sekampung yg 'sporting', saya berusaha menjawab tag mereka..hehe..

Ada 2 tag
1-all about your favourites...what is your favourite food? favourite drink? favourite fruit? favourite place? favourite sport? favourite magazine/book? favourite pet? other favourites?



1-Favourite food: Coklat esp Kit Kat Chunky & Cadbury Dairy Milk
2-Favourite drink: Nescafe..all time favourite..
3-Favourite fruit: Epal Royal Gala..crunchy..krup krap..krap krup..krap krap..krup krup..
4-Favourite place: home sweet home..baiti jannati..JOHOL is the best..wakaka..
5-Favourite sport: jungle tracking/hiking..yok yo o je..hehe..
6-Favourite magazine/book: novel, esp karya Ramlee Awang Murshid
7-Favourite pet: xde..kurang minat

2-Senaraikan 7 barang kegemaran (bergambar) yang terdapat di dalam rumah dan nyatakan kenapa barang tersebut menjadi kegemaran..



1-jam tangan: 1 dihadiahkan oleh Abah sempena exam tahun 1998 manakala 1 lagi dihadiahkan oleh adik-adikku Anum & Pidah sempena Hari Lahir, yang diberikan pada Hari Konvosyen yang jatuh sehari selepas Hari Lahir; tahun 2004
2-beg tangan: beli hujung tahun 2003, masih digunakan hingga sekarang..simple n comel..i liiikee..
3-kotak & aksesori: kotak aksesori ni dihadiahkan oleh kawanku Erliz, aksesori pulak koleksi sendiri..tak banyak pun..ada gelang & brooches je..
4-koleksi 'key-chains’:..ada yang beli sendiri, ada yang kawan2 bagi & ada juga yang dapat 'free’..koleksi dari sekolah rendah hingga sekarang..
5-dapur: tempat segala operasi masak memasak a.k.a ber-'eksperimen’
6-koleksi pinggan mangkuk cawan sudu garfu biru: suka 'set’ warna biru gelap ni (beli asing-asing)..'smart n simple'..
7-kunci segala kunci: kunci rumah, kunci motor, kunci lab, kunci kedai..

KEPUTUSAN PUSINGAN KE-2 EURO 2008

Kumpulan A
Republik Czech 1 Portugal 3
Switzerland 1 Turki 2
Kumpulan B
Croatia 2 Jerman 1
Austria 1 Poland 1
Kumpulan C
Itali 1 Romania 1
Belanda 4 Perancis 1
Kumpulan D
Sweden 1 Sepanyol 2
Greece 0 Rusia 1

Masih berbaki 1 perlawanan sebelum melangkah ke pusingan suku akhir..
-Portugal, Croatia, Belanda & Sepanyol layak ke pusingan suku akhir setelah memenangi 2 perlawanan
-Switzerland & juara bertahan Greece tewas 2 perlawanan sekaligus terkeluar dari saingan ke suku akhir
-Pasukan-pasukan lain masih berpeluang untuk berentap ke suku akhir..

Kumpulan A
Portugal 6 Republik Czech 3 Turki 3 Switzerland 0
Kumpulan B
Croatia 6 Jerman 3 Austria 1 Poland 1
Kumpulan C
Belanda 6 Romania 2 Perancis 1 Itali 1
Kumpulan D
Sepanyol 6 Sweden 3 Rusia 3 Greece 0

HAPPY FATHERS' DAY
Happy Father's Day to our beloved Abah..Thank you for being our best ABAH in the WORLD..n thank you for being so supportive, sporting & simply the best..Love u!!!
SELAMAT HARI BAPA juga kepada semua yang bergelar Abah, Ayah, Bapa, Papa, Walid, Daddy etc..


Study!!!

Wassalam..


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net