srsfeqah.fotopages.com

By: srs feqah

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 20-Jun-2008 06:20 Email | Share | Bookmark
KARIPAP

Assalamualaikum & selamat sejahtera

Ni semua Jerman punya pasal..oppss..

BELAKANG PARANG DIASAH LAGIKAN TAJAM

Walaupun pada asalnya sesuatu yang kita buat mungkin kelihatan mustahil, apatah lagi akan berjaya, namun jika diusahakan dengan penuh kesabaran dan kesungguhan, impian kita akan menjadi kenyataan. Tiada suatu pun benda yang mustahil, asalkan kita berusaha, baru-lah boleh berjaya. Kalau tak cuba tak tahu. Jangan mengaku kalah sebelum berjuang..

Kalau bukan Jerman punya pasal..oppss..

Sejak kenaikan harga minyak & barang-barang, ramai yang telah muncul dengan pelbagai resipi jimat..k-ida dengan Kek Asam Manis, k-Lee Lin dengan Jemput-Jemput Kentang & k-Jasmeen dengan Budget Pizza. Saya juga tidak mahu ketinggalan....hehe..

KARIPAP

Ada serunding..macam susah nak laku je..terfikir nak buat karipap..
Dah lama kitorang tak buat karipap..Kitorang? saya & Mak..Kebetulan Mak datang KL..Mak pon very d’excited bila cakap nak buat karipap..Layan lagi ek dialog kitorang nih..

Quote:
Saya: Mak..jom kita buat karipap..
Mak: Huish..best jugak tu..dah bertaun-taun tak buek karipap ni..eh, kontang’eh ado ko..marjerin..lado mesin (cili boh)..bla bla..(bahan-bahan lain)
Saya: Kito guno apo-apo yang ado yo Mak..
Mak: Ghoma boto la..Tadi poie kodai apo tak boli..Dah teghagak nak buek tu..
Saya: Akak ingat nak lotak inti SERUNDING la Mak..Serunding tu ado laie..tak be-makan..Tapi 'back-up' dengan inti KONTANG la yeh..ok x?
Mak: Osah jimat boto orang KL ni..
Saya: Eh mestilah Mak..(bangga la konon-konon eh..hehe..) Harga petrol dah naik, harga barang dah naik..Kito kono berjimat cermat Mak..bla bla (beserta hujah-hujah yang bernas)


Maka, selepas bersarapan, saya & Mak memulakan operasi; Karipap inti KENTANG, 'back-up' inti SERUNDING..



Eksperimen; kali pertama buat karipap guna minyak panas, tak letak marjerin/butter..Sebelum memasak saya dah cari beberapa resipi karipap..Ada kaedah guna marjerin/butter suhu bilik/biasa, marjerin/butter panas, minyak panas dan yang paling saya tak tahu ialah guna air ais/air sejuk..Harap sesiapa sudi explain ye..tq tq..Saya buat versi minyak panas, sukatan agak-agak je..

KARIPAP

Kulit karipap
tepung gandum
minyak panas
garam
air

-Gaul tepung gandum, garam & minyak panas hingga peroi
-Tambah air & uli hingga menjadi doh

Inti
kentang
ayam
bawang merah (tumbuk)
bawang putih (tumbuk)
cili api (tumbuk)
serbuk kunyit
garam
air
minyak

-Tumis bahan yang ditumbuk
-Masukkan ayam
-Masukkan garam & serbuk kunyit
-Masukkan kentang & air
-Masak hingga kentang empuk

>Canai doh, isi inti, kelim & goreng

Sempoi je..haha..Tapi bak kata k-jasmeen, banyak 'ruam' la..Apsal ek..Kono kek minyak paneh, camtu-lah jadi'eh kot..Tapi apsal lak karipap orang lain licin je..Mak cakap kalau tak nak ado ruam, kono kelim sambil goreng..Tak boleh 'over-exposed'..Hari tu tak te-buek la..Kono cubo laie la nampak gayo'eh ni..

KEPUTUSAN PUSINGAN KE-3 EURO 2008

Kumpulan A
Switzerland 2 Portugal 0
Turki 3 Republic Czech 2
Kumpulan B
Austria 0 Jerman 1
Poland 0 Croatia 1
Kumpulan C
Belanda 2 Romania 0
Perancis 0 Itali 2
Kumpulan D
Greece 1 Sepanyol 2
Rusia 2 Sweden 0

Tamat 3 pusingan peringkat kumpulan
Masuk peringkat suku akhir
Dalam pusingan ke-3,
-Kumpulan-kumpulan yang telah layak ke suku akhir, hanya menurunkan pemain-pemain simpanan bagi merehatkan pemain-pemain utama
-Croatia, Belanda & Sepanyol mengekalkan rekod tanpa kalah dengan memenangi ketiga-tiga perlawanan peringkat kumpulan, sekaligus mengutip mata penuh (9)
-Greece si juara bertahan gagal mengutip sebarang mata setelah tewas ketiga-tiga perlawanan
-Setakat 3 perlawanan peringkat kumpulan, penjaring gol terbanyak ialah David Villa (Sepanyol) yang menyumbat 4 gol, manakala Belanda muncul sebagai pasukan yang mengutip bilangan gol tertinggi dengan membolosi 9 gol lawan

Kumpulan A
Portugal 6 Turki 6 Republic Czech 3 Switzerland 3
Kumpulan B
Croatia 9 Jerman 6 Austria 1 Poland 1
Kumpulan C
Belanda 9 Itali 4 Romania 2 Perancis 1
Kumpulan D
Sepanyol 9 Rusia 6 Sweden 3 Greece 0

SUKU AKHIR EURO 2008

Portugal 2 Jerman 3
Croatia 1 vs Turki 1 (Turki menang 3-1; penentuan melalui sepakan penalti)
Belanda 1 vs Rusia 3
Sepanyol 0 vs Itali 0 (Sepanyol menang 4-2; sepakan penalti)

Tidak syak lagi..memang ni semua Jerman punya pasal..Saya bukan-lah penyokong Portugal..Tapi kalau Jerman jadi juara kumpulan B, tak perlulah Portugal lawan Jerman dalam suku akhir, sekurang-kurangnya diorang boleh lawan dalam separuh akhir..Tapi apa nak buat, dah rezeki Jerman..Michael Ballack tu ok apa, kalau nak dibandingkan dengan Cristiano Ronaldo la.. ..Agak-agaknya, kalau Portugal menjuarai EURO 2008, adakah jurulatih diorang; Luiz Felipe Scolari akan kekal bersama Portugal? Bermula 1 Julai 2008 ini, Scolari yang pernah menjuarai Piala Dunia pada tahun 2002 bersama Brazil akan bertugas sebagai Pengurus Chelsea FC..Bagi EURO 2008 Scolari menyasarkan Portugal tersenarai dalam kelompok 4 pasukan terakhir. Sepanjang 5 ½ tahun bersama Portugal, Scolari telah berjaya membawa Portugal ke perlawanan akhir EURO 2004 serta separuh akhir Piala Dunia 2006; pencapaian terbaik Portugal dalam tempoh 40 tahun. Namun begitu, Scolari tidak menolak kemungkinan akan kembali berkhidmat bersama Portugal suatu hari nanti.
Sumber: euro2008.uefa.com; Frustrated Scolari needs time to reflect
Eh ter-cerita pasal Scolari la pulak..hehe..layaaannn..

**edit**
kejutan demi kejutan berlaku..
Tukri mengalahkan Croatia..Belanda kecundang di tangan Rusia..
Mujur Jerman & Sepanyol layak ke separuh akhir..

Study tetap study..EURO, EURO jugak..

Wassalam..



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net