srsfeqah.fotopages.com

By: srs feqah

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 24-Jun-2008 06:24 Email | Share | Bookmark
APAM ROTI COKLAT

Assalamualaikum & selamat sejahtera

BERAT SAMA DIPIKUL, RINGAN SAMA DIJINJING
Dalam hidup bermasyarakat, apabila melakukan sesuatu pekerjaan, kita perlu mengamalkan sikap saling menolong. Amalan mulia ini membolehkan segala pekerjaan yang susah akan menjadi mudah. Tidak rugi bantu membantu. Selain menjimatkan masa dan tenaga, jalinan silaturrahim kekal terbina.

Info tatabahasa
Tolong menolong atau saling menolong = BETUL
Saling tolong menolong = SALAH


k-jasmeen suruh tukar kuih lain..ok la..tp lontong, nasi kerabu, laksam tak dapek kek sE doh kak..Apam buleh la yo..hehe..

APAM ROTI COKLAT
Teringin sangat nak buat Muffin Coklat k-ida..Tapi sukatan dalam gram (kena guna penimbang), so KIV. Mungkin boleh 'modify' sikit untuk versi sukatan guna cawan + kukus (bukan oven), tapi kena study resipi dulu..
Kebetulan pulak ada roti, tak ber-makan. Nak buat Puding Roti; baru lagi buat (lagipun kurang minat). Nak buat roti telur (favourite k-Lee Lin) tak boleh; sebab nanti setiap hari pulak makan telur (kolestrol)
Maka setelah berfikir dan fikir..Saya pun menghasilkan APAM ROTI COKLAT..



Bahan2
1 cawan tepung gandum
3 sudu besar serbuk koko
1 sudu besar susu tepung
½ sudu kecil serbuk penaik
½ sudu kecil soda bikarbonat
½ cawan minyak masak
1 biji telur
½ cawan air
3 keping roti (dikoyak kecil)

Cara2
1-Ayak tepung, koko, susu tepung, serbuk penaik & soda bikarbonat
2-Masukkan minyak masak, telur & air ke dalam tepung. Gaul
3-Masukkan roti & gaul sebati
4-Sudukan adunan ke dalam acuan & kukus selama 12 minit

Baby of Ali Emran-Azmaniza
Tengah hari tadi [24.6.8], saya berkesempatan melawat anak buah baru, iaitu anak kepada kawanku Ija. Azmaniza a.k.a Ija merupakan coursemate saya di UM. Kebetulan ketika saya sampai, Ija sedang berkemas, dibantu oleh suami, mak & makciknya. Sambil menunggu urusan discaj, kitorang sempat bergambar dengan bayi, selain berbual. Ija berpuas hati dengan kemudahan dan kakitangan di Hospital Bersalin HKL (Hospital Kuala Lumpur). Suami dibenarkan menemani isteri sepanjang proses kelahiran anak. Selain itu, bilik bersalin juga selesa dan banyak. Tahniah kepada Ija & Ali. Semoga baby menjadi anak yang solehah serta cemerlang dunia & akhirat.



EURO 2008

Suku akhir (8 pasukan terbaik)
8 pasukan berjaya ke separuh akhir setelah menjadi juara & naib juara dalam kumpulan masing-masing iaitu Portugal, Jerman, Turki, Croatia, Belanda, Rusia, Sepanyol & Itali

Portugal 2 Jerman 3
Turki 1 Croatia 1 (Turki menang 3-1 penalti)
Belanda 1 Rusia 3
Itali 0 Sepanyol 0 (Sepanyol menang 4-2 penalti)

Separuh Akhir (4 pasukan terbaik)
Sehingga ke hari ini, hanya tinggal 4 pasukan yang masih meneruskan cabaran untuk merangkul gelaran juara EURO 2008 iaitu Jerman, Turki, Rusia & Sepanyol. Turki & Rusia mencipta kejutan apabila melayakkan diri ke pusingan separuh akhir, setelah menewaskan lawan masing-masing.

Jerman 3 vs Turki 2
Rusia vs Sepanyol

PROFIL
Jerman
Jerman menjadi pilihan utama untuk menjuarai EURO 2008. Dengan gandingan Miroslav Klose, Kevin Kuranyi, Mario Gómez, dan Lukas Podolski sebagai jentera serangan, dibantu oleh Ballack di bahagian tengah, Jerman bersedia untuk merangkul kejuaraan ke-4 EURO.
Kedudukan FIFA: 5
Penyertaan Piala Dunia: 16 (Pertama kali pada 1934)
Keputusan terbaik Piala Dunia: Juara 1954, 1974, 1990
Penyertaan EURO: 9 (Pertama kali pada 1972)
Keputusan terbaik: Juara 1972, 1980, 1996

Turki
Turki mencipta kejutan. Sejak pertama kali menyertai EURO pada tahun 1996, ini merupakan pencapaian terbaik Turki setakat ini.
Kedudukan FIFA: 25
Penyertaan Piala Dunia: 2 (Pertama kali pada 1954)
Keputusan terbaik Piala Dunia: Ketiga, 2002
Penyertaan EURO: 3 (Pertama kali pada 1996)
Keputusan terbaik: Suku Akhir, 2000

Rusia
Rusia paling menggemparkan. Rusia mara ke peringkat suku akhir seterusnya separuh akhir buat pertama kali dalam sejarah bola sepak Rusia.
Kedudukan FIFA: 25
Penyertaan Piala Dunia : 2 (Pertama kali pada 1994)
Keputusan terbaik Piala Dunia: Pusingan 1
Penyertaan EURO: 2 (Pertama kali pada 1996)
Keputusan terbaik: Pusingan 1

Sepanyol
Sepanyol mengakhiri badi 'sepakan penalti' apabila menang 4-2 menewaskan Itali dalam pusingan suku akhir setelah kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan. Iker Casillas (penjaga gol kelab Real Madrid) muncul hero setelah berjaya mempertahankan gawang gol.
Kedudukan FIFA: 4
Penyertaan Piala Dunia: 12 (Pertama kali pada 1934)
Keputusan terbaik Piala Dunia: keempat, 1950
Penyertaan EURO: 7 (Pertama kali pada 1964)
Keputusan terbaik: Juara, 1964

Best-nye kalau final nanti Jerman vs Sepanyol. Barulah syok nak tengok..oppss..

**edit**
JERMAN menepati ramalan apabila mengesahkan tempat ke perlawanan AKHIR setelah menewaskan Turki 3-2. Herzlichen Glückwunsch (tahniah) Germany!! Viel Glück (good luck) for the final..
Tunggu Sepanyol lawan Rusia pulak..Buena suerte (good luck) Espania & Хорошее везение (good luck) Russian!!

Study vs EURO 2008

Wassalam


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net