srsfeqah.fotopages.com

By: srs feqah

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 27-Jun-2008 06:27 Email | Share | Bookmark
HAPPY BIRTHDAY srsfeqah.fotopages.com

Assalamualaikum & selamat sejahtera..

**edit**
Final EURO 2008
SEPANYOL 1 JERMAN 0
Fernando Torres 33'

SEDIKIT SEDIKIT LAMA-LAMA MENJADI BUKIT..
SEHARI SELEMBAR BENANG LAMA-LAMA MENJADI KAIN (betul ke??)
Setiap pekerjaan yang dilakukan secara konsisten/berterusan/istiqamah, walaupun sedikit-sedikit, akhirnya akan membuahkan hasil. Lebih baik buat daripada tidak buat langsung. Tidak salah buat sikit-sikit, asalkan siap..daripada tak buat..Sedikit-sedikit (tak siap), lama-lama jadi bukit jugak tu..Silap-silap boleh jadi gunung..

HAPPY 1st BIRTHDAY srsfeqah.fotopages.com

Setahun sudah berlalu..
Seperti yang pernah dimaklumkan, saya ter-sign up fotopages (FP) secara kebetulan. Ketika itu saya berhasrat untuk meng-upload foto perkahwinan kawanku Syazana dalam FP batch kitorang. Tapi saya yang rabun IT telah ter-sign up secara tidak sengaja. Sejak detik itu, sementelah mempunyai FP sendiri, saya mula menjinakkan diri dengan dunia FP. Sekalung penghargaan terima kasih kepada semua pengunjung yang setia menjengah srsfeqah.fotopages.com dan semoga terus menyalurkan sokongan anda (ewaahh..) . Terima kasih banyak2/thank you very much/syukran jazilan/xie xie/dor jie/kum xia/nandri/arigato gozaimas/meghsi buku/kamsa hamnida..


1-Apam Pisang Daun Rambai
2-Kek Batik
3-Chocolate Cuppies
4-Donut
5-Nescafe gifts
6-Epal Royal Gala
7-Kamera Anum, kereta Erliz
8-Gunung Datuk N9
9-Bukit Tabur KL
10-Terminal 1 N9
11-Masjid Kristal Terengganu
12-Cameron Highlands
13-Teluk Cempedak Pahang

Tiada resipi baru.
Tiada jalan-jalan.
Tiada aktiviti.

Hanya study (buleh cayo ko nih..)
EURO 2008..
Lab Biologi PASUM (Asasi/Matriks UM) sudah bermula..

TAG
Saya di-tag oleh Sabiah

Seumur hidup, saya belum pernah dating..hmm..macam tipu je kan..ok la..Pernah, tapi itu kira dating ke..Tak kot..Itu makan-makan, lepas tu borak-borak+bincang-bincang, lepas tu gi shopping-shopping..Owh..Itu kira dating ek..Bukan dating tu antara pakwe-makwe je ke..

8 charaters of man you will NEVER date
1-TIADA PEGANGAN AGAMA..Setakat ada ilmu agama tapi x mengamalkan-nya pun tak guna jugak..(ada kena mengena x..ade kan..kan..)
2-BUKAN LELAKI SEBENAR..Diorang ni dating ke dengan perempuan ek..
3-TAK BEST..Nak yang best-best je (??)
4-TAKDE KERJA=TAKDE DUIT..Nanti tak pasal-pasal sendiri pulak yang kena bayar..Dating kena pakai duit kan..
5-BUAYA DARAT..Apo jadah’eh dating dengan boyo (buaya) lak ni..
6-ORANG JAHAT..Ada ke orang nak dating dengan orang jahat..xde kot..eh ade kot..orang jahat yang kaya raya..
7-LAKI ORANG..
8-kesemua yang di atas..

Eh..buleh ko gi dating-dating ni..

HAPPY BIRTHDAY JUN
Pada kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada semua yang lahir dalam bulan JUN, terutama..
4 Jun : Zatul
8 Jun: Jamilah
13 Jun: Hazim Ampang
21 Jun: Ida
24 Jun: Aimi
25 Jun: Fahd Shah Alam
27 Jun: Yulis

EURO 2008

SEPARUH AKHIR

Jerman 3 Turki 2
Sepanyol 3 Rusia 0

Sejak akhir-akhir ni tiba-tiba muncul ramai la pulak penyokong Turki la, Rusia la..Penyokong Jerman & Sepanyol tak boleh cakap-lah..Mula-mula dulu asyik dengar orang dok sibok sokong Perancis, Itali, Republic Czech, Croatia, Belanda je..Tapi ada jugak la orang tu yang masih tak habis-habis sokong England..haha..

FINAL 30 Jun 2008 2.45 pagi
JERMAN vs SEPANYOL

viel gluck (good luck) Germany & buena suerte (good luck) Espania!!
Wajib tengok ni..Jens Lehman vs Iker Casillas..

JERMAN
JERMAN berhempas pulas meneruskan kemaraan apabila tewas di tangan Croatia 1-2 dalam perlawanan peringkat kumpulan. Memburu kejuaraan EURO yang ke-4, Jerman yang juga merupakan pemenang tempat ke-3 Piala Dunia 2006 mempunyai semangat berpasukan yang tinggi. Jerman pernah menjadi juara Piala EURO pada tahun 1972, 1980 & 1996.

JERMAN (Kumpulan B)
Jerman 2 Poland 0
Jerman 1 Croatia 2
Jerman 1 Austria 0
Suku akhir
Jerman 3 Portugal 2
Separuh Akhir
Jerman 3 Turki 2

Kedudukan FIFA: 5
Penyertaan Piala Dunia: 16 (Pertama kali pada 1934)
Keputusan terbaik Piala Dunia: Juara 1954, 1974, 1990
Penyertaan EURO: 9 (Pertama kali pada 1972)
Keputusan terbaik: Juara 1972, 1980, 1996

SEPANYOL
SEPANYOL mengekalkan rekod tanpa kalah dalam EURO 2008. Mengakhiri badi penalti, Sepanyol mara ke perlawanan akhir kejohanan besar dalam tempoh 24 tahun. Sepanyol pernah menjuarai Piala EURO pada tahun 1964.

SEPANYOL (Kumpulan D)
Sepanyol 4 Rusia 1
Sepanyol 2 Sweden 1
Sepanyol 2 Greece 1
Suku akhir
Sepanyol 0 (4) p Itali 0 (2)
Separuh Akhir
Sepanyol 3 Rusia 0

Penyertaan Piala Dunia: 12 (Pertama kali pada 1934)
Keputusan terbaik Piala Dunia: keempat, 1950
Penyertaan EURO: 7 (Pertama kali pada 1964)
Keputusan terbaik: Juara, 1964

Saya tiada sesiapa untuk ber-EURO..Maksud saya berkongsi kisah EURO 2008..(kesian??)
Terima kasih sekiranya sudi membaca..

EURO vs study

Wassalam


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net