srsfeqah.fotopages.com

By: srs feqah

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 2-Jul-2008 02:51 Email | Share | Bookmark
HAPPY BIRTHDAY ANUM & OREO CHEESECAKE

Assalamualaikum & selamat sejahtera

USAHA TANGGA KEJAYAAN
Sekiranya mahu berjaya, kita perlu berusaha. Jangan mengharapkan kejayaan datang sendiri, kita perlu berusaha mencari. Tiada usaha, tidak berjaya. Jangan pula kecewa apabila sudah penat berusaha, tetapi masih belum berjaya. Mungkin belum ada rezeki, atau mungkin belum tiba masa-nya.

1 JULAI
A very special HAPPY BIRTHDAY wishes to my adikku Anum
May Allah bless u..
May all your wishes come true..

Happy Birthday 2 u..
Happy Birthday 2 u..
Happy Birthday 2 adikku ANUM
Happy Birthday 2 u..

Sempena Anum’s birthday, saya teringin sangat nak buat Tiramisu. Selain ‘peminat’ NESCAFE, ‘peminat’ VCD/DVD & ‘peminat’ komik, Anum juga ‘peminat’ cheesecake. Tapi sampai masa nak buat, saya tukar plan la pulak..Kunun-kunun nak buat Tiramisu Oreo Cheese Cake..Kemudian rasa nak tukar jadi Oreo Cheesecake pulak..Tapi finally jadi ‘bondo’ lain la pulak..Padan muko..huhu..
(PEMINAT=hantu/gila. Perkataan PEMINAT lebih mesra..)



OREO CHEESECAKE
Idea Asal: Tiramisu FP Hanieliza

Bahan2
150g biskut Oreo (dihancurkan; biskut sahaja, ketepikan krim)
250g (1 blok) keju krim
1 cawan yogurt asli
½ cawan gula halus
sedikit serbuk koko
sedikit mentega
½ cawan air
1 sudu besar serbuk agar-agar

Cara2
1-Pukul keju & gula hingga kembang
2-Campurkan dengan yogurt. Pukul lagi
3-Kemudian campurkan ¼ biskut oreo. Ketepikan
4-Masakkan agar-agar & air
5-Gaulkan ¾ daripada biskut oreo dengan 2 sudu bancuhan agar-agar tadi
6-Sapukan loyang dengan sedikit mentega
7-Tekankan (5) ke dalam acuan untuk dijadikan ‘base’
8-Kemudian, campurkan baki bancuhan agar-agar dengan adunan kek (3)
9-Tuangkan bancuhan kek ke atas ‘base’
10-Ayak serbuk koko di atas kek
11-Simpan dalam peti sejuk sebelum dimakan

Sebenarnya, saya tersilap buat; saya ‘terletak’ lebih agar-agar sebab tak baca betul-betul resipi. So instead of Oreo Cheesecake, it became Oreo Cheesejelly..huhu.. . Nextime kena buat lagi, tunggu birthday sendiri pulak la..Tapi nasib baik ‘birthday girl’ makan jugak..Thanx Anum..

Pada hari yang sama; 1 Julai 2008, sepupuku Fida @ Kak Lang Dik Nor selamat melahirkan anak kedua, baby boy..Tahniah Kak Lang, Abang Hifni & Afrina Zafirah. Afrina dah jadi kak long la sekarang nih..Sepatutnya pada hari tersebut, saya, Fida & kawanku Erliz plan nak pergi ‘dating’..eh, nak ‘lunch’ sesama kat TM...Selain nak bertukar-tukar ‘buku cerita’, saya jugak nak bagi bahan eksperimen, bukan cheesecake je, ada 1 lagi; next entry ek..Tunggu.. . So, 44-60 hari lagi la baru boleh nak lunch sesama..

Kita hanya merancang Allah yang menentukan..Macam-macam hal yang saya nak buat, tapi tak terbuat + malas nak buat pada hari tersebut. Kadang-kadang bukannya tak boleh nak buat, saja tak nak buat, lepas tu mula la nak cari alasan. Itu adalah tidak best..

EURO 2008

Final
SEPANYOL 1 JERMAN 0
Fernando Torres 33’

EURO 2008 telah melabuhkan tirai. Sepanyol menjulang trofi kejohanan Eropah selepas penantian selama 44 tahun. Skuad bimbingan LUIS ARAGONES tersebut menundukkan Jerman setelah FERNANDO TORRES menjaringkan gol tunggal perlawanan pada minit ke-33. Fernando Torres yang juga pemain kelab Liverpool turut dinobatkan sebagai Man of the Match bagi perlawanan akhir yang berlangsung di Vienna, Austria. Ternyata kehebatan pasukan tunggal yang memenangi kesemua perlawanan sepanjang EURO 2008 itu tidak tergugat tanpa kehadiran penjaga gol terbanyak EURO 2008; DAVID VILLA. David Villa yang juga pemain kelab Valencia turut muncul sebagai pemain tunggal yang menjaringkan hatrik sepanjang kempen EURO 2008. Pasukan Sepanyol terus mendominasi EURO 2008 apabila pemain tengah Sepanyol & kelab Barcelona; XAVI HERNANDEZ dipilih sebagai Pemain Terbaik EURO, sekaligus mengenepikan kapten yang juga penjaga gol Sepanyol; IKER CASILLAS (Real Madrid) serta rakan sepasukan CESC FABREGAS (Arsenal).

Fakta EURO 2008
Juara: SEPANYOL
Naib Juara: JERMAN
Penjaring Gol Terbanyak: David Villa (Sepanyol)
Pemain Terbaik: Xavi Hernandez (Sepanyol)
Pasukan Menang Semua Perlawanan: Sepanyol
Pasukan Kalah Semua Perlawanan: Greece
Gol Keseluruhan: 77
Hatrik: David Villa (Sepanyol)
Pasukan dengan Gol Tertinggi: 12; Sepanyol
Pasukan dengan Gol Terendah: 1; Romania, Austria, Poland, Greece, France
Gol Pertama Kejohanan: Václav Svěrkoš (Republik Czech)
Gol Terakhir kejohanan: Fernando Torres (Sepanyol)
Gol Terpantas: Minit ke-4; Luka Modrić (Croatia)
Gol Terlewat (?): Minit 90+3; Ivica Vastić (Austria) & Raul Meireles (Portugal)
Pemain Termuda: Eren Derdiyok (Switzerland) 20 tahun
Pemain Tertua: Ivica Vastic (Austria) 38 tahun
Jurulatih Tertua: Luis Aragones (Sepanyol) 69 tahun
Kad Merah: 3
Kad Kuning: x tau..

STUDY

Wassalam


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net