srsfeqah.fotopages.com

By: srs feqah

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 6-Jul-2008 07:06 Email | Share | Bookmark
CARROT-PRUNE CUPPIES

Assalamualaikum & selamat sejahtera

BERANI KERANA BENAR, TAKUT KERANA SALAH
Orang yang berada di pihak yang benar sepatutnya berani untuk menegakkan kebenaran. Berlainan pula dengan orang yang membuat salah, dilanda ketakutan; sebab sememangnya tiada apa untuk dihujahkan untuk memperlihatkan kebenaran atau ‘kebetulan’. Tapi pada zaman sekarang, mungkin BERANI TETAPI SALAH, TAKUT TETAPI BENAR. Asalkan ada duit, semua jadi..Macam-macam hal..
Psstt: Nyampah jugak la dengan 2 isu hangat sekarang ni..Tak tahu-lah siapa yang betul dan siapa yang salah. Tidak semestinya orang yang salah akan terbukti bersalah dan orang yang benar akan mendapat ‘kebenaran’. Ada kemungkinan orang yang tak bersalah jugak la yang menjadi mangsa, silap-silap kena jadi kambing pulak, kambing hitam lagi..Nyampah..Tak suka tak suka (iklan cat)

BALIK KAMPUNG
Sebelum bercerita pasal eksperimen masakan, saya nak bercerita sikit pasal balik kampung..
Ini dialog antara saya & Abah berkaitan ‘balik kampung’. Kalau dah 3-4 minggu tak balik kampung, Abah ‘confirm call’. Saya belum ber-kereta, balik kampung naik bas je.

Quote:
Abah: Assalamualaikum..kek mano?
Saya: Waalaikumussalam..kek kampus..
Abah: Owh..Abah kek Somban ni, kalau nak balik, Abah tunggu kek Somban..
Saya: Hah..takdo nak balik doh..
Abah: Iyola..kalau nak balik la..Apsal lak? Minggu ni ado apo-apo ko?
Saya: Takdo apo-apo doh..Tapi memang takdo nak balik..
Abah: Kot nak sughuh jompot kek Tampin ko, Pilah ko, buleh yo..Nanti bagitau yeh..
Saya: Aa..Tapi memang takdo nak balik doh..
Abah: Ado nak poie memano ko?
Saya: Takdo..
Abah: Abih tu, kalau takdo, buleh la balik jangko’eh..Aghitu bukan ado cakap nak balik kampong ko?
Saya: Eh bilo pulak..
Finally..
Saya: Iyolah..Akak balik..Kang Akak bagitau Abah yo..
Abah: Kang SMS bilo dah nak sampai..Bagitau nak jomput kek mano..
Saya: ok..thanx Bah..


Selalunya, belum sempat saya bergerak dari KL, Abah dah tipon balik tanya dah sampai mana. Dan selalunya jugak, saya masih di KL; packing..Nanti Abah mula-lah “Ni puko beghapo nak sampai ghumah nih..”
Dan seterusnya Abah akan SMS beberapa kali; “dh smpi mano?”..Saya jugak akan reply, beberapa kali jugak; “baru grk dr KL”, “dh grk dr Smbn”, “bkt putus”, “terachi”..
Dan akhirnya, belum sempat saya sampai Pilah, Abah dah ‘call’; “Dah sampai mano? Abah dah sampai kek Pilah ni, Abah tunggu kek tompek biaso..”
Itulah Abah yang saya kasihi; The Best Abah in the World..May Allah bless Abah & our family..

HAPPY ABAH DAY
Walaupun Father’s Day dah berlalu, tapi baru minggu lepas saya sempat jumpa Abah. Maka saya pun cuba la buat Kek Lobak @ Carrot Cake. Ada 2 resipi yang saya ‘study’ untuk menghasilkan resipi saya sendiri..haha..Akhirnya jadi la, tapi tak seperti yang diharapkan..Apo tak eh, dah namo’eh tak ikut resipi kan..huhu
Disebabkan Carrot-Prune Cuppies ni saya buat ‘special’ untuk Abah, saya ‘perlu modify’ resipi, kurangkan gula & tak letak butter, tapi letak minyak masak je. Boleh dikira sebagai kek sihat la..haha.. Abah saya memang kena ‘beringat’ soal makan ni..



CARROT-PRUNE CUPPIES
Idea Asal: Carrot Cake Suria FP Ana & Kek Carrot Kukus FP Hanieliza

Bahan2
4 biji telur (asingkan putih & kuning)
1 cawan minyak masak
1 cawan gula halus
2 cawan tepung
1 cawan lobak merah (sagat)
1 cawan prune
1 sudu kecil serbuk kulit kayu manis
1 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu kecil soda bikarbonat

Cara2
1-Ayak tepung, serbuk penaik, soda bikarbonat & kulit kayu manis
2-Pukul kuning telur
3-Masukkan gula. Pukul lagi
4-Masukkan minyak. Gaul
5-Masukkan bahan-bahan yang telah diayak (1). Gaul
6-Masukkan lobak merah & prune. Gaul sebati
7-Pukul putih telur sehingga 'stiff' & gaul bersama adunan (6)
8-Sudukan ke dalam acuan
9-Kukus 12 minit

Nota: Bagi sesiapa yang ingin mencuba Kek Lobak, sila rujuk resipi asal. Harap maklum..hehe..tq tq

Lab vs STUDY

Wassalam


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net