srsfeqah.fotopages.com

By: srs feqah

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 10-Jul-2008 07:10 Email | Share | Bookmark
SISTEM PENGELASAN DARAH ABO & Awards

Assalamualaikum & selamat sejahtera

KALAU TIDAK DIPECAHKAN RUYUNG MANAKAN DAPAT SAGUNYA
Kalau mahu memperolehi sesuatu, kita perlu berusaha. Sebagai contoh, situasi pokok sagu. Ruyung merupakan lapisan/kulit luar yang sangat tebal & keras, yang melitupi sagu. Sekiranya tidak bersungguh-sungguh memecahkan ruyung, sagu tidak dapat dikeluarkan. Hanya orang yang betul-betul berusaha dan bersungguh-sungguh sahaja mampu menmperolehi sagu. Sama juga dengan situasi kehidupan manusia. Usaha pasti jaya. Tidak usaha tidak berjaya.

Kali ni tiada cerita pasal masak memasak. Saya nak bercerita pasal ‘benda’ lain, iaitu benda yang kita semua ada. Harap sudi 'membaca'..tq tq

FP oh FP
Pada asalnya, FP saya bukanlah FP masakan, ada macam-macam entry jugak la..Ada jalan-jalan, masak-masak+makan-makan, serta tidak ketinggalan kehidupan seharian, se'minggu'an, malah se'bulan'an pun ada..
Tapi..
Nak cerita pasal jalan-jalan, dah lama saya tak pergi jalan-jalan. Kalau setakat pergi Midvalley, Giant, Jalan TAR tu ada la, tapi itu tidak boleh dikira sebagai berjalan-jalan, itu adalah bersiar-siar, sambil ‘window shopping’..hehe..
Nak cerita pasal anak, saya belum kahwin, maka secara logik-nya belum ada anak..hihi..
Nak cerita pasal study..Study ke? huhu..
Nak cerita pasal tempat kerja (saya buat partime di PASUM; Pusat Asasi Sains UM), tiada apa yang menarik. Eksperimen di lab biologi semester 1 ni agak ‘boran’ (boring+bosan)..Minggu 2-5, diorang (students PASUM) ‘just need to prepare the slides, observe under microscope and then draw+label the diagrams’; dari kingdom Monera hinggalah kingdom Animalia. Minggu ni sahaja ada 21 diagrams, minggu 4-5 pun banyak. Kesian jugak la..Sorry yo dik, akak tak dapek nak nolong’eh tu doh..Dah namo’eh silibus kan..

Mungkin disebabkan itulah saya ‘asyik’ memasak je..Apo nak buek..
Tapi saya nak cerita jugak pasal last lab, last sem, last session..

Last Lab PASUM 2nd sem session 2007/2008
Sem 2 2007/2008; bulan Mac lepas. Diorang ni pun dah masuk 1st year degree. Sebenarnya dok tunggu gambar daripada diorang, tapi ini sahaja yang ok..
Untuk eksperimen terakhir ni, diorang kena buat ABO Blood Identification. Sesiapa yang ambil subjek Biologi SPM ‘sure’ pernah buat eksperimen ni, iaitu setiap pelajar ‘terpaksa menyumbangkan’ beberapa titik darah masing-masing untuk diuji jenis darah. ‘Simple’ je kan. Tapi jangan tak tau, ada yang siap nangis-nangis tak nak buat eksperimen ni. Ada jugak yang buat eksperimen bawah meja sebab takut sangat. Itu belum termasuk yang pucat dan pitam. Nasib baik takde yang pengsan..

SISTEM PENGELASAN DARAH ABO
Ada 4 jenis darah iaitu A, B, O dan AB. Dalam sistem pengelasan darah ABO, ada 2 jenis antigen iaitu A & B, juga 2 jenis antibody iaitu a & b. Darah A mempunyai antigen A dan antibody b, darah B mempunyai antigen B dan antibody a, darah O tidak mempunyai antigen tetapi mempunyai antibody a & b, manakala darah AB mempunyai antigen A & B tetapi tidak mempunyai antibody.
Gumpalan (agglutinin/clumping) akan berlaku sekiranya antigen A bercampur dengan antibody a, atau antigen B bercampur dengan antibody b. Maka sebab itulah sebelum proses pemindahan darah (blood tranfusion) dilakukan, jenis darah penderma (donor) dan penerima (recipient) wajib diperiksa dengan teliti agar tiada sebarang masalah berlaku.
Darah jenis O merupakan penderma universal (universal donor), iaitu boleh menderma kepada semua jenis darah; O, A, B dan AB, kerana darah O tidak mempunyai antigen, sekaligus menyebabkan tiada sebarang gumpalan akan berlaku semasa transfusi darah.
Darah jenis AB pula merupakan penerima universal (universal recipient) kerana boleh menerima semua jenis darah; AB, A, B dan O, kerana darah AB tidak mempunyai antibody, juga tidak akan menyebabkan sebarang gumpalan semasa transfusi darah.

RHESUS POSITIF & NEGATIF (edit; k-MaDiHa tanya..)
Selain pengelasan darah ABO, rhesus positif-negatif juga diperiksa sebelum proses pemindahan darah dilakukan. Berlainan dengan darah ABO yang menggunakan anti serum a & anti serum b untuk pengecaman jenis darah, rhesus dalam darah pula ditentukan dengan menggunakan anti serum d. Rhesus agak kompleks berbanding ABO. Situasi sangat bahaya sekiranya ibu (hamil) dan janin memiliki rhesus yang berbeza. Komplikasi akan berlaku kepada kandungan seterusnya rawatan diperlukan. (kalo nak explain detail kena refer buku daa..huhu). Kebiasaannya, rhesus negatif ditemui di kalangan 'orang berkulit hitam' eg golongan India serta Afrika.

Materials
Clean slides, blood lancet, applicator sticks/tooth picks, cotton, anti a serum, anti b serum, 70% alcohol

Methods
1-Take a clean slide
2-Sterilize the tip of middle finger with cotton dipped in alcohol
3-With a sterile lancet, make a quick stab into the skin (finger)
4-Wipe the first drop of blood. Squeeze the finger to increase the blood flow
5-Put 1 or 2 drops of the blood into both ends of the slide. Clean the finger with the cotton soaked with alcohol
6-Place a drop of anti serum a in 1 drop of the blood and anti serum b in the other drop
7-Mix the drops with clean applicator stick/tooth pick. Use the different tooth pick for each drops. Then rock the slide gently for few minutes
8-Observe for agglutination of red blood cells. Determine the blood type



KESIMPULAN

Antigen & Antibodi
Darah A: antigen A & antibody b
Darah B: antigen B & antibody a
Darah O: tiada antigen, antibody a & b
Darah AB: antigen A & B, tiada antibody

Gumpalan
Gumpalan dalam darah boleh berlaku apabila:
-antigen A + antibody a
-antigen B + antibody b

Terima (recipient) & Derma (donor)
Darah A: terima drpd A & O, derma kpd A & AB
Darah B: terima drpd B & O, derma kpd B & AB
Darah O: terima drpd O, derma kpd A, B, AB & O
*darah O penderma universal; boleh menderma kepada semua jenis darah
Darah AB: terima drpd A, B, AB & O, derma kpd AB
*darah AB penerima universal; boleh menerima semua jenis darah

Nota: Saya amat mengharapkan+menghargai sebarang info tambahan. Terima kasih

Sebagai BONUS, saya letakkan gambar Nik Asma’, anak kepada kawanku k-ilah..Comel kan..


AWARDS
Last but not least, saya dapat 3 awards; daripada aishah@ummiaqil, k-jasmeen & k-zai. Timo kasih yo kakak-kakkakku..Semakin bersemangat waja-lah adik-mu ini nak memasak..Yahoo..ooppss..



Semasa 'sibuk mengangkut' award ni, saya ter-nampak saya di-TAG oleh siapa lagi kalo bukan kakakku k-jasmeen..Tag tu nanti dulu yo kak..Next entry la yo..Dah panjang bona ni..Kang kok ado yang ghadoh'eh (komplen)..hehe

STUDY vs MASAK

Wassalam


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net