srsfeqah.fotopages.com

By: srs feqah

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 15-Jul-2008 07:15 Email | Share | Bookmark
TAG, MUFFIN COKLAT-OAT, AFRINA-FAIZ, DEBAT

Assalamualaikum & selamat sejahtera

BALING BATU SEMBUNYI TANGAN
Orang yang membuat kesalahan tetapi ‘berusaha’ untuk menyembunyikan kesalahannya. Lebih teruk kalau sendiri buat salah, tetapi menyalahkan orang lain pula. Namun begitu dalam dunia politik memang banyak ‘aktiviti’ sebegini. Bukan setakat batu, kerusi meja pun ‘diorang’ baling

Sebelum tu, saya rasa seronok membaca pelbagai komen berkaitan entry DARAH dalam entry sebelum ni..Macam-macam ado.. Terima kasih

PC oh PC
PC saya diserang virus Trojan, dah lama dah, tapi saya dok buat ‘dek’ je..Bila pensyarah (supervisor) 'mula bersuara’, barulah sibuk nak nyah-virus. Saya minta kawan tolong reformat, tapi dalam hati sangat berharap boleh ‘repair’ je. Lepas tengok, kawan cakap boleh ‘repair’, tak payah reformat. Tapi saya suruh jugak kawan 'save’ files & folders yang penting. Masa tengah repair, ada problem pulak, tak boleh nak ‘turn back or forward’. So terpaksa reformat jugak. Tak dapat nak buat ‘back up’, so ada files & folders yang hilang. Tak best..Buat dari 9.30pm-3am pon tak ‘settle’ jugak..Adeh..

TAG 1STIME
Namun begitu, saya tetap berusaha menyiapkan TAG 1STIME, walaupun terpaksa taip ‘ for the 2nd time’..huhu..Saya di-TAG oleh k-jasmeen

Quote:
1- 1STIME NAIK KAPAL TERBANG
Ogos 2007, ke Sarawak. Kawanku sponsor, hadiah birthday kot. Terima kasih kepada kawanku itu. Tak dapek nak mem’baleh’eh doh..Kalau tidak, ‘sure’ belum merasa naik kapal terbang lagi. Nak tau siapa kawanku itu, sila klik SARAWAK

2- 1STIME PERGI OVERSEA
Disember 1997, Singapore je, attend kenduri kahwin sepupu. Pergi ramai-ramai dengan famili, mak & bapa saudara serta sepupu. Pergi naik bas, balik naik keretapi

3- 1STIME BEKERJA
Sementara tunggu result SPM, jadi pembantu Cikgu TABIKA kat Balai Raya Pekan Johol. Nama je pembantu, tapi tugas sebenar ialah ‘tukang masak’. Selain tu tolong jugak kemas mengemas & buat ABM (Alat Bantuan Mengajar); flash card je, tapi saiz XXL. Cikgu TABIKA tu Ateh; mak saudara..Actually Abah tak bagi kerja, sebab Abah cakap kerja kat rumah pun ‘teramat’-lah banyak eg kemas rumah, basuh kain, lipat kain, masak (tapi free je kan..)..Masa cuti semester ‘degree’ pun Abah tak bagi kerja jugak; guna alasan yang sama..

4- 1STIME RASA DIRI CANTIK
Asal pakai make-up je rasa cantik, asal nak rasa cantik je, pakai make-up..

5- 1STIME MASUK CINEMA
Belom pernah. Abah tak bagi. Kalau ada filem yang kitorang nak tengok, Abah suruh buat list, nanti Abah pinjam CD kat kedai CD kat Dangi N9, sampailah sekarang. Tapi la ni adik5 dah pandai beli & burn CD/DVD sendiri..

6- 1STIME DOK JAUH NGAN FAMILY
Form 1, masuk sekolah asrama kat Seremban, sampai Form 5. Lepas tu sambung belajar kat KL, sampai-lah sekarang. Nak cari kerja kat KL jugak. Bukannya apa, senang nak balik kampung kalau ada ‘emergency case’. Adik2 & kawan2 selalu mempertikaikan ‘ini’..

7- 1STIME MELAHIRKAN ANAK
Belum pernah, sebab belum kahwin..Target nak ada 1 orang anak b4 30..Tinggal beberapa tahun je lagi..Sempat ke ni..Adoi la..

8- 1STIME RASA DIRI GEMUK
Lepas makan banyak je rasa macam ter-gemuk..Setiap kali apabila lesung pipit macam dah nak hilang, mula-lah nak puasa, diet, exercise bagai..

9- 1STIME BERCINTA
Ini pun belum pernah..huhu..Cadang nak kahwin 2 tahun lepas, tapi takde orang sudi datang meminang pulak..haha..eh dah terkeluar tajuk..

10- 1STIME MASUK HOSPITAL (DOK WAD)
Oktober 2006, kena demam kuat sebab ter-kena hujan panas. Terpaksa meleburkan rekod tak pernah ‘warded’, sebab dulu lahir kat rumah..


EKSPERIMEN lagi
Balik kampung baru-baru ni, saya 'ter-running' 3 eksperimen sekaligus. Bukan tamak & bukan jugak rajin, tapi ‘berusaha’ menggunakan segala peluang yang ada..hehe Saya memang ada plan nak buat Laksa Penang kat rumah di KL tapi asyik tertangguh2 je. Actually masa kitorang buat projek KARIPAP aritu, saya ada cakap dengan Mak, plan asal saya nak buat laksa masa tu.. Alih-alih balik kampung kali ni Abah beli ikan kembung (favourite Abah) banyak pulak (adakah ini gimik??)

Quote:
Saya: Mak, banyak’eh Abah boli ikan kombong. Mak nak buek laksa ko?
Mak: Taklah..Nak buek lauk yo..Tapi kalau nak buek laksa pon takdo salah’eh doh..Memang dah lamo tak makan laksa ni..Mi laksa’eh pon ado tu..
Saya: ??
Tetiba selepas breakfast saya nampak Mak tengah rebus ikan..Saya pun tanya lagi..
Saya: Eh, Mak nak buek laksa ko..
Mak: A’ah..Tapi Mak tolong ghobush’an ikan’eh yo..Laksa’eh Akak la buek yeh..
Saya: Haahh..Mak nak poie mano?
Mak: Nak poie kobon
Saya: Iyo la..Tapi Mak bagi la resipi’eh yo..


So saya pun buat laksa.. Tapi tak ambik gambar pon, bateri kamera habis, charger lak adik tak bawak balik. 2 eksperimen lagi resipi k-ida_isk. 1 resipi guna mixer, 1 lagi guna oven. Yang inipun ambik gambar bila dah balik KL. Layan eksperimen muffin dulu-lah ye..Dah lama saya KIV resipi ni..



MUFFIN COKLAT-OATS
Resipi asal: Muffin Coklat Oren FP k-ida_isk

Bahan2
Bahan A
250g (2 ½ cawan) tepung gandum
175g (¾ cawan) gula halus
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
3 sudu besar serbuk koko
½ cawan oats

Bahan B
1 cawan susu segar
½ cawan minyak masak
1 biji telur ayam
1 sudu kecil esen vanilla

Cara2
1-Gaul kesemua bahan A
2-Kemudian campurkan bahan B dengan bahan A yang telah digaul
3-Sudukan ke dalam acuan & bakar pada suhu 180C selama 10 minit

Nota: Saya ‘belum mampu’ membuat muffin yang hebat. Sila rujuk resipi asal..tq tq

AFRINA ZAFIRAH & FAIZ DANIAL
Ahad baru-baru ni, saya serta Mak & Abah ke rumah Atam di Ampang. Selain Mak & Abah ber'urusan', saya dapat ‘jumpa’ anak buah baru iaitu Faiz Danial yang lahir pada 1 Julai 2008. Faiz yang dipanggil ‘Aisy’ oleh kakak-nye Afrina Zafirah (2 tahun) merupakan anak kedua kepada sepupuku Kak Lang @ Fida dan suaminya, Abang Hifni. Semoga Faiz menjadi anak yang soleh serta cemerlang dunia akhirat. Masa kitorang memula sampai, Afrina malu-malu kucing je, tapi bila nampak kamera, ter-muncul segala 'posing ala maut' gitu..hehe..




AWARDS lagi

Ya, saya dapat awards lagi..Kali ni dari Pantai Timur pulak; daripada k-Tie @ ibu wawanis..Terima kasih ye k-Tie, dengan ucapan, resipi kuih koleh kacang saya KIV dulu..ahaks..

*edit DEBAT ANWAR-SHABERY
Buat julung-julung kalinya, 2 pemimpin politik Malaysia menjayakan DEBAT berkaitan isu kenaikan harga petrol, bertajuk "Hari Ini Membentuk Kerajaan, Esok Harga Minyak Turun". 'Debat sihat penuh bersejarah' yang bertempat di Dewan Bahasa & Pustaka (DBP) itu turut disiarkan secara langsung di TV9 & Astro serta siaran tertunda (ulangan) di TV3.
Saya serta ahli rumah tidak melepaskan peluang mengikuti siaran khas lagi panas ini (mujur ada 2 TV; pasang 2-2 sekaligus ma..). Saya bukan nak 'kupas' intipati debat 1 jam itu (walaupun sepatutnya 1 1/2 jam), tapi saya cuma nak 'tulis', salah 1 dari pemimpin itu bercakap dengan penuh fakta, manakala yang 1 lagi hanya memutarbelitkan fakta yang sama, selain tidak menjawab soalan yang diajukan, dan yang paling 'tidak patut' ialah menyerang 'peribadi'. Apa kes??..

Quote:
Saya: eh Lien, nape lak Shabery yang 'terpilih' berdebat dengan Anwar ni?
Lien: Shabery tu kan Menteri Penerangan..dah kerja Menteri Penerangan, kena la bagi 'penerangan'..
Saya: oo..

Dialog yo laie..

STUDY ke..

Wassalam



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net