srsfeqah.fotopages.com

By: srs feqah

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 20-Jul-2008 07:20 Email | Share | Bookmark
KEK KUKUS ASAM MANIS

Assalamualaikum & selamat sejahtera

TERLAJAK PERAHU BOLEH DIUNDUR, TERLAJAK KATA BADAN BINASA
Sebelum bercakap tentang sesuatu, kita perlu berfikir terlebih dahulu, agar ‘perkara’ yang kita cakap tidak akan mengundang kemarahan atau rasa tidak selesa sesetengah pihak, mahupun menyentuh sensitiviti, atau lebih teruk lagi menimbulkan kontroversi. Kalau setakat terlajak perahu, masih boleh diundur, atau lebih moden, KALAU TERLAJAK JALAN BOLEH PUSING BALIK (u-turn), kalau terlajak kata mengundang bala (tiada kena mengena dengan Bala)

Oh PC..
PC masih belum pulih..Kadang-kadang lebih baik ber-virus tapi semua fungsi ok, dari reformat balik tapi prestasi k.o..Terlajak jalan boleh u-turn, terlajak reformat pc, pikirlah sendiri..huhu..

Eksperimen lagi dan lagi
Ramai pulak yang ‘ter-sangka’ saya buat LAKSA hari tu..Itu baru cerita je, belum tunjuk gambar lagi..chewaahh..
Seperti yang telah dimaklumkan, semasa balik kampung baru-baru ni, saya sempat buat 2 resipi k-ida_isk. 1-MUFFIN COKLAT, manakala 1 lagi KEK KUKUS ASAM MANIS. Mak ‘excited’ sangat nak tolong sebab Mak cakap, “Bab melapih-lapih ni Mak memang tak ghoma boto. Buek sendighi maleh la. Kalau tolong buek tu buleh la” Saya berhasrat nak balik KL lepas Asar, tapi mula membancuh kek je dah lepas Zuhur; mano la sompek..Finally balik KL lepas Isyak..Adik-adik pun balik hostel lepas Isyak jugak, nak tunggu kek punya pasal. Ala, bukan’eh selalu kan..

Sila bersedia + sila jangan gelak..Kek lapis saya ‘kurang cun’, rupa ‘agak’ tiada, tapi rasa tetap ada Don’t judge the cake by the way it looks..hehe Gambar kek sebelum dipotong ihsan adikku Uda, via his new 5300..Akak jugak la yang ‘setia’ dengan 3315



KEK KUKUS ASAM MANIS
Sumber: Kek Kukus Asam Manis FP-ida_isk

Bahan2
250g (1 buku) butter
1 ½ cawan gula halus
7 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
1 peket biskut ‘cream crackers’ (kisar halus)
½ cawan susu cair
½ cawan susu segar
4 bungkus kecil asam manis
pewarna hijau & merah

Cara2
1-Panaskan kukus. Sapukan loyang dengan butter
2-Pukul butter & gula hingga kembang
3-Masukkan telur 1 demi 1, sambil pukul
4-Masukkan esen vanila & susu. Pukul lagi
5-Masukkan biskut. Gaul
6-Bahagikan kepada 2 adunan & campurkan pewarna
7-Sendukkan adunan ke dalam loyang & susun asam manis. Kukus 10-15 minit
8-Ulang 7 sehingga adunan habis

Nota: Terima kasih kepada k-ida yang sudi memberi penerangan (via fon) kepada saya dalam ‘menjayakan’ eksperimen ini. Mission accomplished..Yiiha..oppss..Alhamdulillah..

Sejak akhir-akhir ni saya rasa eksperimen di dapur semacam kurang menjadi..Adakah kerana eksperimen di lab sudah bermula?? Ado kono mengono ko..huhu..

Gosip
Kebiasaannya, kalau seseorang artis tu aktif semula selepas lama berehat setelah berkahwin, orang selalu kaitkan artis tersebut dengan isu pergolakan rumahtangga. Baru-baru ni seorang artis wanita 80-an bercerai taklik dengan suaminya. Lafaz cerai taklik suaminya, “Kalau u nyanyi semula, jatuh talak”
Quote:
Saya: Ingatkan F****z tu nyanyi balik sebab dia bercerai..Rupa-rupanya dia bercerai sebab dia nyanyi balik daa..
Kawan: La ye ke..Habis tu kenapa dia nyanyi balik hah?
Saya: Sebab dia nak bercerai la kot..
Kawan: Oo..


STUDY
Ini merupakan semester terakhir saya; dah maksimum..Mahu atau tidak mahu (??) saya terpaksa habiskan jugak..Doakan semoga saya berjaya..GO GO FEQAH!!
Terima kasih..

Wassalam..


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net