srsfeqah.fotopages.com

By: srs feqah

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 25-Jul-2008 07:25 Email | Share | Bookmark
ANIMAL DIVERSITY

Assalamualaikum & selamat sejahtera

PAKU DULANG PAKU SERPIH, MENGATA ORANG DIA YANG LEBIH
Memang sangat biasa berlaku dalam kehidupan kita. Apabila orang buat sesuatu, kita sibuk nak mengomen/mengata macam-macam, tapi bila sendiri yang buat perkara yang sama, ada kemungkinan kita buat lebih teruk lagi. Masa tu pandai pulak berdiam diri. Kadang-kadang salah orang nampak, salah sendiri buat tak tahu, atau pura-pura buat tak tahu, atau memang tak nak tahu. Sebagai manusia, kita harus saling mengingati dan diingati.
Bermula minggu lepas, sibuk betul dengan isu pembelian kereta mewah di sebuah negeri di Pantai Timur. Orang yang tidak berkemampuan jugak yang tidak merasa pakai kereta. Jangankan Mercedes atau Perdana V6, Kancil pun belum tentu.

PRACTICAL VIII; ANIMAL DIVERSITY
Teruja melihat k-Azue beraksi dengan haiwan di One Utama, saya pun sibuk nak merakamkan aksi haiwan jugak . Tapi agak berbeza, haiwan-haiwan yang cuba saya ‘interframe’-kan ini bukan haiwan hidup, tetapi haiwan yang sudah tidak bernyawa, malah sudah diawet.

Dalam Practical VIII; ANIMAL DIVERSITY (PHYLUM MOLLUSCA, ARTHROPODA, ECHINODERMATA & CHORDATA), budak-budak PASUM (Pusat Asasi Sains UM) perlu melihat & mengkaji seterusnya melukis ciri-ciri luaran (external features) spesimen-spesimen haiwan yang disediakan.


Phylum MOLLUSCA terdiri daripada haiwan-haiwan yang mempunyai badan lembut yang dilindungi dengan cangkerang. Contoh;. Chiton, mussel; Mytilus sp. (kepah), garden snail; Achatina fulica (siput) dan squid; Loligo sp. (sotong).


Phylum ARTHROPODA merupakan filum (phylum) terbesar dalam Alam Haiwan (kingdom Animalia), dengan Insecta merupakan kelas terbesar. Kelas Serangga (Class Insecta) mempunyai cangkerang keras (exoskeleton) dan mempunyai segmen ber-‘appendage’ yang bersambung. Contoh; prawn (udang), cockroach; Periplanta sp. (lipas), horseshoe craf; Limulus sp. (belangkas), scorpion; Androctonus austraiis (kala jengking), millipede (ulat gonggok) dan centipede; Scolopendra (lipan).


Phylum ECHINODERMATA bersimetri radial, mempunyai ‘tube feet’ dan merupakan haiwan marin. Contoh; starfish; Asterias sp. (tapak sulaiman) dan sea cucumber; Holothuria sp. (gamat).


Phylum CHORDATA yang juga meliputi manusia pula merangkumi Acorn-worm, Ciona sp., Amphioxus sp., sea lamprey, shark (ikan yu), Tilapia sp., frog (katak), salamander, Caecilian sp., tortoise (kura-kura) dan lizard (cicak). Phylum Chordata juga merangkumi subphylum Vertebrata (haiwan bertulang belakang) yang mencakupi burung, amfibia, reptilia & mamalia.


J-CARD DAY MID VALLEY MEGAMALL
Semalam; 25.7.8, berlangsung J-Card Day di Mid Valley. Pada hari tersebut pemegang J-Card atau Kad Jusco, boleh menikmati diskaun hebat bagi pelbagai barangan di Jusco. Buat pertama kali, saya menyibukkan diri membuntuti adikku Anum ke J-Card Day; actually pada mulanya Anum yang membuntuti saya sebab saya yang bawak Anum ke Midvalley . Sebaik sahaja sampai di sana, kitorang berpecah. Anum pergi membeli barang-barang, saya pulak jalan-jalan je, sambil ambil gambar .

Orang ramai sangat. Semasa kitorang sampai di Jusco pada pukul 8.40 pagi, orang memang dah penuh; dari bahagian barangan elektrik , perhiasan rumah, pakaian, hinggalah ke barangan runcit. Majoriti orang Cina. Ada macam-macam gelagat. Ada yang bawa 2 troli sekaligus, ada pulak yang dah masuk 2nd round; 1st round+dah bayar+dah hantar ke kereta (padahal masa tu baru pukul 9.30 pagi) dan ada juga yang memohon cuti semata-mata untuk ber-shopping. Memang dahsyat ‘kuasa’ berbelanja diorang ni. Saya & Anum beredar 2 jam kemudian. Semoga diorang dapat membeli barang-barang yang betul-betul berkualiti, dan semestinya betul-betul ada DISKAUN..

Eh..saya bukan kaki shopping tau (window shopping tu ye kot..) Tapi saya saja je pergi 'tengok' aksi kaki shopping ber-shopping..ahaks

TEMUDUGA oh TEMUDUGA
Mesti ramai yang pernah pergi temuduga kan? Kadang-kadang dapat, kadang-kadang tak dapat. Ada macam-macam jenis temuduga ni; temuduga nak minta kerja, temuduga nak mohon biasiswa, temuduga nak sambung belajar, malah temuduga nak cari pasangan pon ada kot..Dah kena panggil pergi temuduga pun dah cukup bagus; lebih baik dari isi borang tapi tak pernah langsung dipanggil temuduga.
Ada 2 sebab utama seseorang gagal dalam temuduga; 1 sebab tidak layak, 1 lagi sebab terlalu (?) layak..haha ..Apa tidaknya, ada diploma lepas tu pergi mohon kerja jadi tukang cuci pinggan. Gerenti la orang tu tak nak ambil be-kerja. Yelah, nanti baru kerja 2-3 minggu, dah sibuk nak minta berhenti. Kalau nak mintak kerja tu biarlah bersesuaian dengan kelayakan. Betul tak? Tapi pernah tak rasa macam dapat, tapi tak dapat..Kadang-kadang rasa macam tak dapat tapi dapat..
Eh apsal tetiba cerita pasal temuduga lak ni Pergi..
STUDY!!!

Wassalam..


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net