srsfeqah.fotopages.com

By: srs feqah

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 6-Aug-2008 08:06 Email | Share | Bookmark
HAPPY BIRTHDAY FEQAH & TAHNIAH WAN INDUK

Assalamualaikum & selamat sejahtera

GENGGAM BARA API BIAR SAMPAI JADI ARANG
ALANG-ALANG MENYELUK PEKASAM BIAR SAMPAI KE PANGKAL LENGAN
Kedua-dua peribahasa ini menggambarkan tentang usaha dan kesungguhan. Dalam membuat sesuatu, biar bersungguh-sungguh. Gunakan segala peluang yang ada, jangan mudah berputus asa.

Yahoo..Bulan 8 datang lagi..

6 OGOS
HAPPY BIRTHDAY to me
HAPPY BIRTHDAY to me
HAPPY BIRTHDAY to FEQAH
HAPPY BIRTHDAY to me
May Allah bless me..

TERIMA KASIH atas semua ucapan; samada secara lisan, panggilan telefon, SMS, mahupun YM. Terima juga atas segala hadiah (macam banyak bona yo bunyi'eh..hehe) Tidak lupa, terima kasih juga kepada ‘bakal’ komen-komen di FP..TERIMA KASIH sekali lagi..

HAPPY BIRTHDAY OGOS

1 Ogos : En Hasri; suami k-rinna (kwn JOHOL-FP), Husni (kwn sek men)
2 Ogos : k-Lieya Latif (kwn FP)
3 Ogos : k-Ina (kwn UM)
5 Ogos : Papa Mia-Mija; suami k-Lieya Latif (kwn FP)
6 Ogos : FEQAH, Huda Yusof (kwn sek ren), Awal Ashari (selebriti??)
7 Ogos : Zahirul; anak nhalilah (kawan FP)
8 Ogos : k-norae (senior sek men)
9 Ogos : k-aida (senior sek men)
10 Ogos : k-Ilah (x-housemate), Nannoor (kwn sek men)
11 Ogos : Diana Jamil (kwn sek ren)
12 Ogos : Hidayah (housemate)
15 Ogos : Amoi Azni (kwn sek ren)
17 Ogos : k-Fazzarinna (kwn se-JOHOL+kwn FP), Siti Khadijah (kwn sek ren)
18 Ogos : PIDAH adikku
20 Ogos : k-rinzura (kwn FP)
23 Ogos : Dini; anak k-MaDiHa ( kawan FP)
26 Ogos : Wan Induk Amah (nenek saudara)
27 Ogos : k-Dilla (kakak ipar)
28 Ogos : ABAH, Q (kwn UM)
29 Ogos : ciklinn (kwn FP) & k-masriyah (kawan FP)
31 Ogos : Husna (kwn sek men), k-Eta (x-housemate) anak k-Tun boxhousestudio; E-one?? (kwn FP)

Setakat ni, ini sahaja yang mampu saya senaraikan. Mungkin ada ramai lagi..

SELAMAT HARI LAHIR kepada semua yang menyambut hari lahir pada bulan Ogos. Semoga kita semua sentisa mendapat hidayah & rahmat daripada Allah dan semoga beroleh kejayaan dunia & akhirat, juga semoga panjang umur serta murah rezeki..

Dalam my family; 4 orang sambut birthday bulan Ogos; saya 6hb, PIDAH 18hb & ABAH 28hb, serta kakak ipar; 27hb..

KEK COKLAT KUKUS
Sempena Hari Lahir, saya buat Kek Coklat Kukus untuk jamu adik2 PASUM..Dah pernah buat sekali dulu; guna acuan kuih bahulu. Kali ni guna acuan cupcakes pulak..

ni versi 'togel'..


ni pulak versi topping..


Sila klik KEK COKLAT KUKUS untuk resipi..
Resipi asal FP k-Ana..Terima kasih ye k-Ana..

KONVOKESYEN UM 2008
Festival Konvokesyen Universiti Malaya 2008 (FESKUM 2008) berlangsung dari 5-10 Ogos 2008. Saya tidak konvo, namun meraikan nenek saudara; Wan Induk Amah yang menerima Ijazah Sarjana Pengajian Islam, semalam; 5 Ogos 2008. Wan Induk Amah ialah Mak Saudara kepada Abah, sekarang bertugas sebagai tenaga pengajar di Maktab Perguruan Raja Melewar Seremban N9. Kagum dengan Wan Induk; memperolehi Ijazah Sarjana Muda ketika berusia 37 tahun, seterusnya pada usia 49 tahun menamatkan Pengajian Master. Turut meraikan Wan Induk ialah suami & anak-anak beliau. Pada hari bersejarah tersebut saya jadi ‘bidan terjun’; 'bertugas' sebagai jururias (tak solek pun, tolong pakaikan jubah je; jubah UM kompleks maa..) & juga jurugambar (tidak bertauliah).. TAHNIAH Wan Induk!! Doakan Akak lak konvo tahun dopan yo..tq tq



4 tahun lepas, saya konvo sehari selepas my Birthday..Kalau saya konvo tahun ni, sudah tentu saya konvo sehari sebelum my Birthday..Tapi apo nak buek, lom ado rezeki..Kebetulan my family tengah tersangat sibuk sepanjang minggu ni. Mujur, ada hikmah di sebaliknya. Kalau tidak, kelam kabut jugak la kitorang..Lagipun kawan-kawan 1 batch dengan saya juga dijangka akan konvo tahun 2009. Maka marilah kita sama-sama menghabiskan study, wahai kawan-kawanku sekalian

Seperkara lagi, saya dah jumpa seorang lagi warga FP pada 3 Ogos lepas, selepas k-ida..Siapa & kenapa??..Tungguuuuuuu..

STUDY (nak konvo tahun 2009!!)

Wassalam..


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net