srsfeqah.fotopages.com

By: srs feqah

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 15-Aug-2008 08:15 Email | Share | Bookmark
PIDAH-SHARIF KAHWIN

Assalamualaikum & selamat sejahtera

Semoga kita semua sentiasa mendapat hidayah & rahmat daripada Allah..

BUAT BAIK BERPADA-PADA, BUAT JAHAT JANGAN SEKALI
Kita hendaklah sentiasa berbuat baik sesama manusia, BUAT BAIK DIBALAS BAIK, dan jangan sesekali cuba membuat jahat kerana BUAT JAHAT juga DIBALAS JAHAT. Tapi kalau yang nakal sikit suka cakap "Buat jahat jangan sekali, tapi buatlah 2-3-4-5 kali.." ish..ish..ish.. Nau'zubillah..

Huish..Agak lama jugak saya tidak meng-update..Ada yang rindu la tu..hehe..

Minggu pertama OGOS 2008 agak sibuk..Selain my birthday (?) dan Majlis Konvokesyen UM, ada satu lagi peristiwa bersejarah berlaku dalam my family..iaitu..adikku PIDAH kahwin!!..

Sejurus selesai akad nikah..


Pidah-Sharif serba hijau. Pidah memang tersangat suka warna hijau sejak kecil lagi


Majlis pernikahan & perkahwinan PIDAH-SHARIF berlangsung dalam suasana yang sederhana tetapi meriah di JOHOL. Adikku Pidah dinikahkan sendiri oleh Abah. Selesai ijab qabul Abah sempat cakap, “Kali pertamo jadi wali ni”, sekaligus disambut tawa mesra penuh ceria oleh sidang hadirin. Memulo tu memang la bedoba-doba kan Bah, dah selosai, apoto logo ghaso'eh..Suspen sungguh, macam tak cayo lak Abah jadi tukang nikah..Bravo Bah, ado 3 oghang laie anak dagho ni ha..ahaks..

Sesi bersama keluarga tercinta


Ya, disebabkan inilah saya berkesempatan bertemu dengan bukan 1 orang, tapi 2 orang warga FP. Yang pertama ialah TUTIE. Tutie ‘terpilih’ sebagai jurugambar rasmi untuk majlis akad nikah & kenduri kahwin Pidah-Sharif, manakala seorang lagi ialah selebriti FP yang tidak asing lagi iaitu k-AZUE. Tutie ni orang Tampin, tapi kerja di Klang, manakala K-Azue memang orang JOHOL. Mak & Abah memang kenal Mak k-Azue, Mak k-Azue pun kenal Mak & Abah. Adik2 saya pun kenal adik2 k-Azue & adik2 k-Azue pun kenal adik beradik saya..Cuma saya & k-Azue je tak kenal..hehe.. Terima kasih Tutie & k-Azue..Abah saya merupakan orang yang sangat excited apabila saya cakap ‘photographer’eh pompuan. Hampir tak cayo deh..Inilah wanita zaman sekarang. Sebagai wanita, saya tumpang gembira.
Kakak-kakakku, sok kenduri saya jangan lupo datang laie yo..Tapi lom tau bilo la..Jangankan calon, calon-calon’eh pon bolom ado..Ontah mano diam’eh gek’eh, nyughuk kot..huhu.. Hmm, saya berangan-angan nak ajak 1 dunia datang ke kenduri saya nanti, maksud saya; DUNIA FP la..A-haks..

Nilah deh..bersama k-Azue & family, serta Tutie


Majlis berlangsung dalam suasana kampung. Segala tugas masak memasak dilakukan secara gotong royong & memetik kata-kata Tutie; “Apa yang penting..KERJASAMA..”. Untuk gambar-gambar kahwin lain yang semestinya lebih ‘gempak’, sila klik TUTIE & k-AZUE..Copek boto dioghang ni update..Tak te-kojo kEk sE doh..

Acara masak memasak sedang rancak..Makcik2 & Pakcik2 sememangnya sangat gumbira apabila melihat saya datang membawa kamera (macam la kamera ni bosa bona..dah la kamera pinjam..huhu..)


Pada kesempatan ini saya mewakili pihak Cikgu Samsun, Puan Husni, Pidah-Sharif serta ahli keluarga ingin mengucapkan sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah bertungkus lumus membantu kami menjayakan majlis perkahwinan Pidah-Sharif ini. Kami juga memohon ampun & maaf atas segala kekurangan & kesilapan di sepanjang pelaksaan majlis.

Sesi meng-interframe-kan diri..


Walaupun tidak se-busy orang lain sewaktu kenduri, saya hampir demam & batuk sehingga ke hari ni. Saya ni kalau sesekali sakit, ambil masa nak sembuh..Ala-ala manja gitu.. SyafakALlah..Lab PASUM pulak full hingga ke hujung bulan ni. Agak terkejar-kejar jugak la nak marking lab reports..


Semalam saya bertemu seorang lagi selebriti FP..Siapa? Tungguuuuu..Ya, saya SUKO bulan OGOS!! Eh, adakah bulan Ogos bulan bertemu kawan-kawan FP?? k-jasmeen, kito bilo laie..tongah aghi ni yehh..a-haks..

AWARD
Last but not least, saya dapat award daripada mamasya..Huiyo, dari Brunei tu..Terima kasih yo mamasya. Mamasya ni sangat rajin memasak. Sila ke FP mamasya untuk melihat resipi-resipi yang hebat, sodap lagi unik..


Mak oii..Panjang bona lak ghaso’eh..Konon2 cover la tu..Maklum la dah lamo tak update kan..hehe..

Tapi nak selit jugak OGOS
Quote:
HAPPY BIRTHDAY OGOS
1 Ogos : En Hasri; suami k-rinna (kwn JOHOL-FP), Husni (kwn sek men)
2 Ogos : k-Lieya Latif (kwn FP)
3 Ogos : k-Ina (kwn UM) & Mr Bye (kwn FP)
5 Ogos : Papa Mia-Mija; suami k-Lieya Latif (kwn FP)
6 Ogos : FEQAH, Huda Yusof & Ramesh (kwn sek ren), Awal Ashari (selebriti??)
7 Ogos : Zahirul; anak nhalilah (kawan FP)
8 Ogos : k-norae (senior sek men)
9 Ogos : k-aida (senior sek men)
10 Ogos : k-Ilah (x-housemate), Nannoor (kwn sek men) & Maisya; anak k-masriyah (kawan FP)
11 Ogos : Diana Jamil (kwn sek ren)
12 Ogos : Hidayah (housemate)
15 Ogos : Amoi Azni (kwn sek ren)
17 Ogos : k-Fazzarinna (kwn se-JOHOL+kwn FP), Siti Khadijah (kwn sek ren)
18 Ogos : PIDAH adikku & k-kamalina@k-aimi (kawan FP)
20 Ogos : k-rinzura (kwn FP)
22 Ogos : aishah@ummiaqil (kawan FP)
23 Ogos : Dini; anak k-MaDiHa ( kawan FP)
26 Ogos : Wan Induk Amah (nenek saudara)
27 Ogos : k-Dilla (kakak ipar)
28 Ogos : ABAH, Q (kwn UM)
29 Ogos : ciklinn (kwn FP) & k-masriyah (kawan FP)
30 Ogos : Matsumoto Jun ARASHI (artis Jepun; ??)
31 Ogos : Husna (kwn sek men), k-Eta (x-housemate) anak k-Tun boxhousestudio; E-one?? (kwn FP)

HAPPY ANNIVERSARY
8 Ogos : k-Lee Lin
19 Ogos : idida-syakirzainol
25 Ogos : k-zai


STUDY (ke arah KONVO 2009!!)

Wassalam


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net