srsfeqah.fotopages.com

By: srs feqah

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 7-Sep-2008 09:07 Email | Share | Bookmark
MAHA 2008 & ucapan

Assalamualaikum & selamat sejahtera

BAGAI AUR DENGAN TEBING
Sikap saling membantu perlu dijadikan amalan dalam kehidupan. Tugas yang dilakukan secara bekerjasama bertambah mudah dilaksanakan sekaligus merapatkan hubungan silaturrahim. Tidak salah bantu-membantu dalam melakukan sesuatu, selagi tidak melanggar hukum syarak.
Info Tatabahasa
saling membantu = betul
bantu membantu = betul
saling bantu membantu = salah


MAHA 2008
Saya, Mak, adikku Imah & Dik Wan sempat ke MAHA yang berlangsung dari 12-23 Ogos 2008 di Serdang, Selangor. Abah selaku 'pilot' cuma 'tolong' hantar & jemput je.. Mak yang paling 'excited' nak pergi, dayang3 ikut je..Tahun 2006 saya pergi dengan Mak, 'pilot' seperti biasa; 'tolong' hantar & jemput je..Nama pun 'pilot' kan..hehe..Timo kasih Bah!!
MAHA 2008 sangat jauh berbeza dengan MAHA 2006. MAHA 2008 melibatkan kawasan yang lebih luas serta peserta & pengunjung yang lebih ramai. Bangunan-bangunan juga serba baru, dilengkapi dengan pelbagai kemudahan. Selain itu, pengangkutan turut disediakan bagi memudahkan pengunjung-pengunjung melawat tapak-tapak pameran.

Sedikit pemandangan MAHA yang sempat di'snap'


Laman Sayur 'sure' pergi punya..Siap jumpa schoolmate Mak-Abah lagi; orang Johol


Menjamu mata tengok orkid..'confirm' borong..Buah Naga tu dimenangi oleh jiran kitorang; orang Johol lagi


Finally..Tapak Ternakan; 'wajib' pergi


UCAPAN
Ini pula ucapan-ucapan daripada sahabat-sahabat FP..Terima kasih tutie, k-MaDiHa & k-rinzura

Daripada tutie


Daripada k-MaDiHa


Daripada k-rinzura


Ini pula ucapan khas daripada saya kepada semua pengunjung srsfeqah.fotopages.com. Harap sudi 'tepek' di FP memasing ye..tq tq


SELAMAT MENGIMARAHKAN RAMADHAN AL MUBARAK..

STUDY!! (ke arah KONVO 2009!!)

Wassalam


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net