srsfeqah.fotopages.com

By: srs feqah

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 15-Sep-2008 09:15 Email | Share | Bookmark
MANTAI vs LEMANG+RENDANG & UCAPAN+AWARD

Assalamualaikum & selamat sejahtera

HANGAT-HANGAT TAHI AYAM
Melakukan sesuatu perkara dengan bersungguh-sungguh hanya pada permulaan. Apabila sudah mula bosan atau hilang semangat dan keinginan, perkara tersebut ditinggalkan. Boleh juga disebut sebagai melakukan sesuatu perkara secara separuh/sekerat jalan.

Alhamdulillah..Hari ini hari ke-15 kita umat Islam menunaikan ibadah puasa. Sama-samalah kita melipatgandakan amalan. Setiap amal ibadat yang kita lakukan akan dibalas dengan 10 kali ganda pahala..Mudah-mudahan kita tidak 'Hangat-hangat Tahi Ayam'..

Setakat hari ke-15 saya masih belum ada sebarang entry 'iftar' @ bukak poso..Apo nak buek, kamera 'balik kampung' da..

MANTAI vs LEMANG+RENDANG
Kali ini saya cuma nak 'ber-kisah' tentang aktiviti MANTAI @ bantai yang dilakukan di kebanyakan tempat di Negeri Sembilan, pada Hari Tengok Anak Bulan; iaitu pada 29 Syaaban & 29 Ramadhan (tapi kadang-kadang 28 Syaaban/28 Ramadhan orang dah mula mantai). Mantai ialah aktiviti menyembelih+menjual daging lembu/kerbau bagi menyambut ketibaan bulan Ramadhan/Syawal. Kebiasaannya pada hari tersebut, di beberapa lokasi bagi hampir setiap kampung, akan ada gerai yang menjual daging lembu/kerbau yang segar. Selepas membeli daging, segelintir penduduk akan melaksanakan 'projek' membuat lemang & rendang di rumah masing-masing.
Ya, keluarga saya juga tidak ketinggalan. Pada 28 Syaaban 1429H (30 Ogos 2008) yang lalu, berlangsung aktiviti membuat lemang & rendang di rumah Uwan (nenek) saya di Kampung Kuala Johol. Seperti biasa, Acik sekeluarga mengetuai aktiviti ini, dibantu oleh keluarga saya, keluarga Ateh, keluarga Acu serta Atam.

Ini sahaja gambar yang sempat saya 'save'..Lain-lain gambar kat kampung..hoho

Pak Cik & Bang Cik


Pidah si pengantin baru, Ateh, Uda, Mak, Atam & Acik


UCAPAN & AWARD
Ini pula koleksi ucapan & award daripada kawan-kawan FP..Terima kasih daun keladi..

Daripada k-jasmeen


Daripada mamasya & k-aishah@ummiaqil


Daripada abang meorjay


Daripada k-wanzee


Daripada wawa


Ini pula ucapan daripada saya kepada semua pengunjung srsfeqah.fotopages.com. Kepada yang belum ambil, harap sudi tepek di FP memasing ye..tq tq


SELAMAT MENGIMARAHKAN RAMADHAN AL MUBARAK

STUDY STUDY STUDY (nak KONVO 2009)

Wassalam


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net