srsfeqah.fotopages.com

By: srs feqah

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 20-Sep-2008 09:20 Email | Share | Bookmark
KUIH GELANG, SAMBAL TEMPOYAK MASAK & IKAN SINGGANG

Assalamualaikum & selamat sejahtera

DI MANA BUMI DIPIJAK DI SITU LANGIT DIJUNJUNG
Apabila kita berada di sesuatu tempat, kita perlu menghormati adat & budaya di tempat tersebut. Kalau di tempat orang, buatlah cara orang. Lainlah kalau di tempat sendiri, boleh buat sesuka hati. Sama juga dengan 'MASUK KANDANG KAMBING MENGEMBEK, MASUK KANDANG HARIMAU MENGAUM'.

Alhamdulillah..
Hari ni selesai 2/3 Ramadhan..10 more days to go..Bagi yang bertadarus 1 hari 1 juzuk, ada 10 juzuk je lagi..
Fasa 1 (awal) : rahmat
Fasa 2 (pertengahan) : maghfirah (keampunan)
Fasa 3 (akhir) : bebas dari api neraka
10 Ramadhan terakhir mengandungi 1 malam yang lebih baik dari 1000 bulan iaitu Lailatul Qadar. Marilah kita bersama-sama memperbanyakkan amal ibadat. Semoga kita memperolehi rahmat, keampunan dan terlepas dari siksaan api neraka..

KUIH GELANG @ KERIA
Ini merupakan kuih yang saya ter-amat paling sangat suka..Makan setiap hari pun tak jemu..Minggu pertama Ramadhan, 3 kali saya buat kuih ni..Kalau buat sendiri banyak keledek..Kalau beli biasanya liat sebab banyak tepung..


SAMBAL TEMPOYAK MASAK
Memang dah lama sangat teringin nak makan sambal tempoyak tumis. Pernah makan 2 kali; kali pertama tahun 1994 kawan (k-Bahiyah) bawa ke sekolah, kali kedua pulak tahun 2005; x-housemate (k-Lin) bawak. Nak masak sendiri, nama lauk ni pun tak tau, so takde idea kat mana nak cari resipi. Tapi alhamdulillah, masa jumpa k-MaDiHa aritu, k-MaDiHa ada sebut pasal sambal ni. Masa pergi beli bahan-bahan, kebetulan housemate (Hidayah) cakap tau masak sambal ni..So kita try versi Hidayah iaitu Sambal Tempoyak Masak..Terima kasih k-MaDiHa & Hidayah..
Sila klik Sambal Tumis Tempoyak Petai untuk resipi k-MaDiHa..


IKAN SINGGANG
Kali ni singgang Ikan Kembung pulak..Makan sekali dengan budu & bende celur..


Nota: Gambar-gambar ihsan daripada housemate-ku Lien & adikku Udo..Terima kasih..

UCAPAN DARIPADA KAWAN-KAWAN
Ucapan Ramadhan & Raya daripada kawan-kawan FP..Terima kasih daun keladi..

Daripada k-fazarina


Daripada k-zai


Daripada k-AZUE


Daripada zira


Daripada adik syafiq





UCAPAN DARIPADA SAYA UNTUK SEMUA
Harap sudi tepek di FP memasing ye..tq tq


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI..Mohon Maaf Salah & Silap..


SELAMAT MENGIMARAHKAN RAMADHAN AL MUBARAK

STUDY??

Wassalam



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net