srsfeqah.fotopages.com

By: srs feqah

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 25-Sep-2008 09:25 Email | Share | Bookmark
SELAMAT HARI RAYA, IFTAR @ k-Azue & SAMBAL DAUN

Assalamualaikum & selamat sejahtera

Mood RAYA!!
Dah ramai yang mula balik kampung..DAN
Ada juga yang akan balik ke kampung hujung minggu ni..TAPI..
Ada pula yang hanya akan balik ke kampung Malam Raya nanti..
Apapun..
Saya dengan segala hormatnya ingin mengucapkan..
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI..
Mohon Maaf Salah & Silap..
Selamat Balik Kampung..
BERHATI-HATI DI JALAN RAYA..Anda Mampu Mengubahnya..Ingat Orang Yang Tersayang..
BIAR LAMBAT ASAL SELAMAT..

Ini KAD RAYA daripada saya untuk semua..


IFTAR di Rumah k-AZUE
Pada 20 Ramadhan 1429H @ 20 September 2008 saya berbuka puasa di rumah k-Azue..Sempat jumpa kawan-kawan FP. Selain k-Azue, ada k-Nurul@k-Pau, k-Wawa, k-Sinchan & k-Linn..Baaanyak sangat makanan yang sodap-sodap..Terima kasih k-Azue & family..


SAMBAL DAUN
Atas permintaan kawanku Erliz, saya buat Sambal Daun 'for the 1stime'..Segala bahan di-import dari Johol N9, dengan bantuan Mak serta dibawa ke KL via adikku Anum..Ada macam-macam jenis daun..Ada pucuk ubi, daun kunyit, daun lidah kerbau, daun lampin anak, daun kaduk, daun mangun, daun keladi birah, pucuk labu, serai serta petai..Juga tidak lupa, tempoyak, lada api, kunyit hidup serta kelapa untuk santan..Terima kasih Mak & Anum..serta housemate-ku Hidayah yang 'menyertai' acara racik-meracik..
Hari tu k-MaDiHa buat Sambal (Tumis) Tempoyak, saya pun 'sibuk' nak buat..Kali ni k-MaDiHa buat Sambal Daun, saya 'masih jugak menyibuk' nak buat..Actually, saya ingat Sambal Tempoyak tu boleh 'melunaskan hasrat' nak makan Sambal Daun, rupa-rupanya tidak-lah pulak..

Sambal Daun


Segala Macam Daun


KAD RAYA daripada kawan-kawan FP..Terima kasih..

Daripada k-Nurul@k-Pau


Daripada k-watie


Daripada Pakcik Pemancing Ikan


Daripada fiza


Daripada k-linn


Daripada tutie


Daripada k-rinzura


Daripada k-Tie


Daripada k-wana


Daripada Bro Jeff


Daripada k-fazarina


Daripada boxhousestuido


Koleksi KAD RAYA





STUDY vs RAYA!!

Wassalam









View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net