srsfeqah.fotopages.com

By: srs feqah

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 25-Oct-2008 10:25 Email | Share | Bookmark
IKAN BAKAR & DAGING BAKAR

Assalamualaikum & selamat sejahtera..

DIAM-DIAM UBI BERISI, DIAM-DIAM PENGGALI BERKARAT

Diam-diam orang berilmu menghasilkan kebaikan atau faedah, manakala diam-diam orang tidak berilmu membawa kepada keburukan atau sesuatu yang sia-sia. Lebih baik diam serta menguntungkan, daripada diam tetapi membawa kerugian..
Tapi kenapa penggali? Bukan besi? Cangkul ke?

Saya ada ‘penyakit’ (baca sebagai perangai)..iaitu..Kalau dah ada di KL susah nak balik ke kampung..Dan kalau dah ada kat kampung, susah pulak nak balik ke KL..
2 minggu saya ‘nonggok’ (duduk) di kampung. Mak orang yang paling gembira sepanjang tempoh tersebut..Buat makluman, saya ‘un-employed’ dari bulan 9 hingga bulan 11..Sepatutnya saya ‘study’ la kan..

Quote:
Mak: Akak pukol beghapo nak balik KL nih?..
Akak: Lom tau laie la Mak..
Mak: Apo pulak?
Akak: Ingat nak ‘stay’ sampai minggu dopan la (cuti Deepavali)
Mak: Kek KL ado apo2 kojo nak kono buek ko? Kalau takdo apo2 baik dok umah yo..
Akak: Hmm..takdo kot..
Mak: Haa..Mak memang suko boto tu..Ado oghang masak, masuh (basuh)..Buleh la Mak kojo kek kobon (kebun) daghi pagi sampai potang..
Akak: Iyolah tu..
Mak: Ok-lah Mak dah nak poie ni..
Akak: Poie mano Mak?
Mak: Poie kobon la..Akak masak la apo2 yg patut'eh (lunch)..
Akak: ‘Happy’ nampak..
Mak: Macam tak biaso pulak..

Akak=Saya


Minggu terakhir di kampung, saya semakin ber-semangat waja memasak..Pilihan saya, semestinya yang simple2 sahaja..

IKAN BAKAR & DAGING BAKAR

Saya buat Ikan Bakar & Daging Bakar; versi kedai..Bakar atas 'pan' beralaskan daun pisang..Selalunya kat rumah buat versi salai; bakar atas api sabut+kayu..Ceneke (ngelat) sikit Tapi menu sihat ni; tak guna minyak langsung..





STUDY vs cuti!! (Diam-diam CUTI; STUDY??)

Wassalam..


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net