srsfeqah.fotopages.com

By: srs feqah

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 30-Oct-2008 10:30 Email | Share | Bookmark
GULAI IKAN & OPEN HOUSE

Assalamualaikum & selamat sejahtera..

HARI-HARI SELEMBAR BENANG, LAMA-LAMA MENJADI KAIN
Sama seperti SEDIKIT SEDIKIT LAMA-LAMA MENJADI BUKIT..Usaha yang berterusan (istiqamah) walaupun dilakukan dengan sedikit akan menghasilkan kejayaan. Lebih baik buat daripada tidak buat langsung; akhirnya tak siap..SATU HARI SEHELAI MUKA SURAT, LAMA-LAMA SIAP TESIS (?)

GULAI MASAK LEMAK CILI API IKAN & BACANG

Gulai ni saya buat masa 'ber-cuti' baru-baru ni. Sama seperti Ikan Bakar & Daging Bakar (previous entry), gulai ni pun saya (cuba) 'ceneke' (ngelat) sikit. Saya guna cili api & kunyit yang telah siap dikisar. Tapi kelapa 'masih' kena 'uruskan' sendiri. Bacang jiran bagi..

ni la deh gulai eh


kelapa sebelum di-mesin & bacang


OPEN HOUSE
Tahun ni saya seakan-akan ‘tidak beraya’. Apakah kerana sudah ‘cukup dewasa’ (boleh dibaca sebagai ‘remaja tua’) Atau mungkin-kah kerana saya ‘tidak cukup’ puasa?? (tapi dah berbelas-belas tahun la pulak..) Atau mungkinkah kerana ‘terlalu’ ‘me-mikirkan’ ‘study’ (hmm..study ke??) Hari Raya pertama, pulang dari solat sunat aidilfitri, kami sekeluarga singgah di rumah Uwan kek Kolo (Kuala Johol). Kemudian bersama kaum kerabat yang lain ke rumah Acu (pakcik) kat sebelah rumah Uwan pulak. Sebelum Zuhur, dah balik ke Johol. The End.

Namun begitu, akhirnya saya be-raya juga; memenuhi undangan open house RAYAvali (27 Syawal/27 Oktober) k-Nurul di Meru Klang, bersama kawanku Tie selaku co-pilot (baca sebagai tukang baca ‘direction’; yang panjang itu). Kami tiba di Meru Klang pada pukul 4.30pm; setelah menempuh hampir 1 jam perjalanan; menaiki J-Fa dengan kelajuan 70-90km/j (rempitkah daku?). Setiba-nya di rumah k-Nurul, saya sempat bertemu En Meorjay (baca sebagai Abg Meor) serta keluarga & juga fiza; buat pertama kali. Selain tu, k-Sinchan & k-wawa pun ada jugak. Terima kasih k-Nurul sekeluarga kerana sudi menjemput saya. Hmm, saya makan semua hidangan..Oppss.. Sebelum beredar, saya sempat mendapatkan sehelai blaus dari butikwawa..

Gambar sikit je..Segan seh


Dari Meru kami ke Damansara; ber-dekatan Sg Penchala. Konon-konon pergi beraya di rumah kawanku k-ilah; padahal bukan-nye makan kuih raya pun; kitorang pergi makan malam.. Agenda utama ialah untuk ‘be-ramah mesra’ dengan Nik Asma’; anak k-ilah yg 'very da active 1'..Susah betol nak ambik gambar Asma’ sebab Asma’ asyik bergerak je. Lepas tu Asma’ sibuk nak be-rebut kamera dengan Auntie pulak. Ummu Asma’ cakap, 'Tak boleh la Asma'..'Kamera digital' bukan mainan Asma’, itu mainan orang tua'..Aduh..tua-kah daku??..

dak Asma' yang comel lagi aktif


Minggu ni internet seperti k-o..Mungkin 'amaran' supaya study..

STUDY vs STUDY!!!

Wassalam


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net