srsfeqah.fotopages.com

By: srs feqah

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 5-Nov-2008 11:05 Email | Share | Bookmark
SARDINE ROLL

Assalamualaikum & selamat sejahtera

AJAL & JODOH DI TANGAN ALLAH
Kebiasaannya..
Apabila seseorang nak kahwin, orang akan cakap; 'Dah sampai jodoh..'
Kalau belum kahwin pulak orang akan cakap; 'Belum ada jodoh..'
Bila bercerai pulak orang akan cakap; 'Dah takde jodoh..'
Kalau kematian..
Apabila seseorang tu meninggal dunia, orang akan cakap; 'Dah ajal..'
Kalau yang terselamat dari kematian pulak orang akan cakap, 'BERPANTANG MAUT SEBELUM AJAL..'

Quote:
QADA' & QADAR
Beriman kepada qada' dan qadar merupakan Rukun Iman yang ke-6. QADA' bermaksud PELAKSANAAN manakala QADAR pula bermaksud KETENTUAN. Qada' terbahagi kepada 2 iaitu QADA' MUALLAQ dan QADA' MUBRAM. Qada' Mubram ialah ketentuan yang pasti, contohnya mati, manakala Qada' Muallaq ialah ketentuan yang boleh berubah dengan doa & usaha, contohnya jodoh.


CUTI SEKOLAH & KENDURI KAHWIN
Sepanjang bulan 11 ni, 5 orang kawan saya akan melangsungkan perkahwinan; Azizul, Azam, Aisyah, Afifah & Aniza..Eh, semua A?? Mungkin sekarang giliran team A kot..Lepas ni B, C, D, E..seterusnya F..etc..
Apapun SELAMAT PENGANTIN BARU & semoga berbahagia hingga ke akhir hayat kepada kawan-kawan semua..insya ALlah saya akan 'cuba' hadir..
Semalam kawan baik saya cakap beliau nak kahwin tahun depan..
Hmm..Jauh di lubuk hati, saya ter-'jeles'-lah..dengan kawan-kawan..
Ya, 'Belum ada jodoh..'

MUSIM PEPERIKSAAN
Selamat Maju Jaya & All The Best kepada adikku Imah @ Kak Teh yang akan menduduki peperiksaan SPM bermula minggu depan..Juga kepada sepupu; Fadzil & Ijad serta semua pelajar Tingkatan 5 di seluruh Malaysia..
Tidak lupa, selamat menduduki peperiksaan kepada semua pelajar universiti yang sedang mengambil peperiksaan..
Semoga berjaya dengan cemerlang..



SARDINE ROLL
Sekarang ni, selain musim hujan, ramai kawan-kawan FP yang 'aktif' membuat swissroll. Antaranya k-jasmeen, k-MaDiHa, mamafami etc..Saya pun buat roll jugak; SARDINE ROLL..



Quote:
SARDINE ROLL

Bahan2
Roti
Telur + garam (pukul sikit)
Serbuk Roti
Minyak
Inti Sambal Sardin/Sardin Mentah (hancurkan)

Cara2
1-Gelek roti (nipiskan)
2-Isi Inti
3-Gulung
4-Celup dalam telur
5-Gelek (?) atas serbuk roti
6-Masak atas pan


BULAN 11
Dah bulan 11, kurang 2 bulan lagi nak melangkah ke tahun 2009..Nervous?? Study belum selesai..

STUDY!!!

Wassalam


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net