srsfeqah.fotopages.com

By: srs feqah

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 10-Nov-2008 11:10 Email | Share | Bookmark
PAI UBI KENTANG & Institut Taufiq Islami & tag gambar pure

Assalamualaikum & selamat sejahtera

BERPANTANG MAUT SEBELUM AJAL
Walau bagaimana teruk sesuatu kemalangan apatah lagi parah kecederaan yang dialami, kalau belum sampai waktu untuk mati, tetap tidak mati juga. Kadang-kadang orang tu nampak cedera teruk, tapi hidup. Alih-alih yang nampak sihat walafiat pulak yang meninggal dunia. Tu mesti cedera kat bahagian dalam..

PAI UBI KENTANG
Pai ni buat masa 'bercuti' di Johol baru-baru ni. Sebenarnya cari resipi untuk makanan lain, tapi disebabkan sangat terpikat dengan pai ni maka pai pun buat jugak..Hmm, ada beberapa resipi tengah Q ni..



Quote:
PAI UBI KENTANG
Untuk resipi asal, sila rujuk k-MaDiHa

kulit pai
bahan2
kentang
mentega
lada hitam (tumbuk)
garam
bread crumbs

cara2
1-Rebus ubi kentang. Lecek.
2-Masukkan mentega, lada hitam, garam serta bread crumbs. Gaul hingga sebati.

inti pai:
bahan2
bawang merah
bawang putih
bawang besar
ikan bilis
lobak
kentang (potong dadu)
lada hitam
garam
tepung jagung + air
mentega/minyak

cara2
1-Tumbuk bawang merah, bawang putih, lada hitam & ikan bilis
2-Panaskan mentega/minyak. Tumis bahan tumbuk
3-Masukkan kentang, bawang besar, lobak serta garam
4-Masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air. Kacau sehingga masak

kuning telur untuk hiasan (saya 'skip')

Cara buat pai
1-Sapukan mentega pada loyang/mangkuk. Lekapkan kulit pai di dasar dan sekeliling sebelah dalam loyang/mangkuk
2-Letakkan inti di atasnya
3-Tutupkan inti dengan adunan kulit pai
4-Akhir sekali sapukan kuning telur di bahagian atas kulit pai (saya 'skip')
5-Bakar pada suhu 200C selama 15-20 minit atau sehingga masak


Nota: Kulit pai saya tak macam kulit pai k-MaDiHa..Kenapa yek? Rasa macam takde la pulak ceneke (ngelat)..

PROJEK AMAL INSTITUT TAUFIQ ISLAMI

Quote:
copy dari k-ssalwa
Setelah dipertimbangankan dan diperbincangkan maka dengan ini kami ingin memaklumkan bahawa Projek Amal Institut Taufiq Islami akan diadakan pada tarikh dan waktu seperti berikut :

Tarikh : 16hb November 2008
Hari : Ahad
Waktu : 10 pagi
**update

Bagi yang ingin memberikan sumbangan berupa barangan tetapi tidak dpt untuk turut serta ke Institut Taufiq Islami sila tinggalkan komen anda atau email kat ssalwa@yahoo.com bagi urusan pengambilan brg berkenaan. Alhamdulillah setakat hari ini sudah ada yg memberikan sumbangan untuk menyokong projek amal ini..Terima kasih kami ucapankan atas keprihatinan sahabat..Hanya Allah sahaja yg akan membalas kebaikan yg sahabat buat..

Bagi yg berminat utk turut serta pada hari itu anda adalah dialu-alukan. Senarai nama akan sentiasa diupdate utk mengetahui jumlah yg akan turut serta. Jamuan ringan pd hari itu akan dilakukan secara pot luck untuk tidak membebankan pihak Institut..

copy dari k-Azue.
Berikut adalah senarai sahabat-sahabat yg akan turut serta dlm projek amal ni dan menu yg akan
dibawa (ada yg hanya sponsor makanan sbb ada hal lain yg lbh penting..mekacih sahabat sekalian):-

1.Wawa n Co (bihun goreng n brownis)
2.Ila n partner (bihun goreng n puding custard)
3.Azue n Family (nugget,keropok, n pinggan polysterin)
4.Kak Fadzylah n Co (spageti goreng n puding)
5.Wana n Family
6.Tutie n Mr Canon
7.Kak Fafau n Family ~ dadih
8. Idida Pica ~ Reconfirm
9.Ciklinn n Family ~ to reconfirm
10. Mama Fami
11.Jamaliah and Family ~ to reconfirm
12. Feqah n Co ~cordial n air gula + apam pisang coklat
13. Kak Jasmeen ~ akan turut serta jika ada kelapangan (swiss roll)
14. Yul n Family
15. Kak Miss
16. Kak Ida Isk

**Andai kata anda tidak dapat untuk pergi bersama kami...anda boleh sahaja bank in kan
bantuan/jumlah bayaran fidyah anda ke dlm akaun Azue seperti di atas..***

**Alhamdulillah setakat hari ini sudah ada yg memberikan sumbangan untuk menyokong projek
amal ini..Terima kasih kami ucapankan atas keprihatinan sahabat..Hanya Allah sahaja yg
akan membalas kebaikan yg sahabat buat..***



Bagi maklumat lanjut sila klik ssalwa atau Azue. Semoga projek ini akan mendapat kerjasama yang baik daripada semua pihak sekaligus menjamin kelancaran program.

TAG GAMBAR PURE
Saya di-tag oleh k-watie. Agak kejam lagi ganas juga tag ni. Walaupun tidak se-comel (?) biasa, tapi boleh la kan..kui kui..

Quote:
TAG GAMBAR PURE
Syarat-syaratnya adalah:
1) Take a recent picture of yourself or take a picture of yourself right now.
2) Don't change your clothes, don't fix your hair...just take a picture.
3) Post that picture with NO editing
4) Post these instruction with your picture.
5) Tag 10 people to do this


Kesimpulannya, tag ini adalah bahaya..Seperti biasa, saya tidak sudi men-tag sesiapa..


GOOD LUCK untuk semua pelajar yang menduduki SPM dan STPM serta pelajar universiti yang sedang menduduki peperiksaan. Semoga berjaya dengan cemerlang. Buat adikku IMAH, gambate!!

STUDY!!

Wassalam


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net