srsfeqah.fotopages.com

By: srs feqah

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 15-Nov-2008 11:15 Email | Share | Bookmark
BUBUR PULUT HITAM & MASTERS

Assalamualaikum & selamat sejahtera

TUNTUTLAH ILMU DARI BUAIAN HINGGA KE LIANG LAHAD
TUNTUTLAH ILMU HINGGA KE NEGARA CHINA
Tolabul ‘ilmi faridotan ‘ala kulli Muslim
terjemahan: MENUNTUT ILMU ADALAH KEWAJIPAN KE ATAS SETIAP MUSLIM

Sudah terang lagi bersuluh, ILMU itu PENTING dalam kehidupan kita. Tiada had umur apatah lagi batasan jarak dalam menuntut ilmu. Maka marilah kita menuntut ilmu..

IJAZAH SARJANA @ MASTERS
Bercakap tentang ILMU, timbul hasrat berkongsi ini..
Quote:
Bagi graduan yang sudah mempunyai Ijazah Sarjana Muda/Degree/Bachelor, mungkin ada yang berminat untuk menyambung Ijazah Sarjana @ Masters, namun ada juga yang lebih bersemangat untuk terus bekerja.
Buat makluman, ada 2 kategori utama IJAZAH SARJANA @ MASTERS iaitu:
1- coursework
Lebih kurang macam degree; perlu masuk kelas, ada peperiksaan, seterusnya buat research/paper work + tesis pada semester terakhir. Tempoh 4 semester. Boleh buat full time atau part time
2- research
Buat penyelidikan & tesis. Kebiasaanya pelajar perlu berunding dengan pensyarah terlebih dahulu bagi menentukan+memilih tajuk tesis. Tempoh 2-10 semester (1-5 tahun). Full time

Tips
-Bagi yang nak cepat+confirm habis study, coursework lebih sesuai
-Bagi yang sukakan risiko & cabaran, digalakkan buat research. Namun perlu diingat, PENTING memilih pensyarah yang ‘disenangi ramai’ + banyak ‘geran’. Khusus bagi yang melibatkan wet lab/bench work, ‘geran’ menjamin ‘kemudahan’, iaitu peluang untuk mendapat biasiswa lebih tinggi, paling tidak pun diserap sebagai RA (Research Assistant). Ber-supervisor-kan pensyarah yang disenangi ramai pula memudahkan pensyarah mendapat geran.

AMARAN
1-Tidak semua pensyarah yang popular disenangi ramai. Cadangan; buat siasatan terlebih dahulu sebelum memilih pensyarah..
2-Kalau rasa macam tidak berapa rajin, tapi berminat nak buat Masters, lebih baik buat coursework..

Sumber: 3P; Pengetahuan, Pengalaman & Pengajaran
Nota: sekadar berkongsi


Apapun yang paling penting ialah SEMANGAT & MOTIVASI DIRI..
SELAMAT SAMBUNG STUDY!!

BUBUR PULUT HITAM
Masih ‘MASAK-MASAK DI JOHOL’. Mak sakit gigi. Pada mulanya saya nak offer buat Bubur Nasi..Tapi secara bergurau cakap dengan Mak nak buat Bubur Pulut Hitam la..Alih-alih Mak cakap pulut hitam Mak memang ada bawa balik dari Terengganu (Mak ke Terengganu minggu sebelum-nya). Padan muko-ku..So buek-lah Bubur Pulut Hitam. Memula cadang nak buat untuk minum petang. Disebabkan lamo boto nak tunggu pulut hitam tu empuk, akhirnya jadi supper..Janji sodap..



Quote:
BUBUR PULUT HITAM
Bahan2
Pulut hitam
Air
Santan
Gula pasir
Gula Melaka
Daun pandan

Cara2
1-Rebus pulut hitam sehingga empuk/lembut, bersama daun pandan
2-Letak santan & gula
3-Siap


AWARD & LOVE

Award ni daripada k-jie jie & k-jasmeen..Segan jugak nak ambek..Tapi rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari..



LOVE ni pun daripada k-jie jie..



TERIMA KASIH ye kakak-kakakku..


TAHNIAH kepada pelajar-pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam UPSR 2008..
GOOD LUCK kepada semua pelajar yang menduduki SPM dan STPM serta pelajar universiti yang sedang menduduki peperiksaan. Semoga berjaya dengan cemerlang. Buat adikku IMAH, gambate!!

Emosi macam ter-kurang stabil..Apakah??..

STUDY-ku STUDY-ku jua..

Wassalam


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net